Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sujebi : Resepi Makanan Ringkas Korea Yang Mudah Dan Sedap (Jom Cuba!)

Apa itu sujebi? Jika kalian salah seorang peminat Korean Food, rasanya korang akan terus kenal dengan menu ni. Dan untuk yang tidak terlalu gemarkan makanan Korean mungkin menu ini agak pelik sedikit. Tapi jangan risau kerana rasanya sama sekali tidak pelik malah sedap dap dap! Sekali makan mesti akan terus rasa nak makan lagi, lagi, lagi dan lagi....



Apakah Sebenarnya Sujebi Ini?

For your information, Sujebi is a traditional Korean noodle soup, and is well-loved and popular among Koreans. The noodles are made with homemade dough. Dalam bahasa melayunya pula, sujebi ni merupakan salah satu menu makanan tradisional masyarakat Korea yang diperbuat daripada tepung gandum. 



Ia dikategorikan sebagai salah satu 'mee' yang cukup senang di buat oleh sesiapa saja. Sujebi ini boleh di makan dengan banyak cara mengikut citarasa masing-masing. Untuk diri aku ini, aku lebih suka memakannya dengan salutan kuah bersos dengan rasa masam manis dan pedas. 

Resepi ini daku ambil secara tidak sengaja semasa sedang menonton salah satu rancangan realiti Korea yang di beri nama 3 Meals A Day. Disebabkan cara pembuatannya sangat simple dan mudah maka daku cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Alhamdulillah siapa sangka rasanya boleh di terima dan anak-anak juga ikut suka. 


Sujebi Sedap Dimakan Dalam Pelbagai Cara 

Untuk lebih mudah paham, sujebi ini adalah carikan doh tepung gandum yang boleh dimasak bersama apa jua menu. Untuk masyarakat Korea mereka sering masukkan sujebi ke dalam kuah teobokki manakala untuk citarasa Malaysia, kita boleh tambahkan sujebi ini ke dalam sup sayur, rebusan makanan laut, kuah tomyam, kuah yong tau fu mahupun kuah sos pedas masam manis. Tak kisahlah yang penting ianya sedap di makan dengan tambahan kuah yang sesuai. 

Ini adalah contoh menu sujebi yang dinikmati oleh masyarakat Korea.





Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Sujebi (Hanya guna 3 bahan saja)

  • tepung gandum
  • air panas
  • sedikit garam 

Cara Untuk Membuat Sujebi (Hanya 3 langkah saja) 

1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan bersama sedikit garam.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Bentuk sujebi dengan cara menariknya sedikit demi sedikit. Terpulang mahu tebal yang bagaimana.


Untuk lebih mudah, boleh sediakan dulu doh kemudian siapkan kuah yang dimahukan untuk makan bersama sujebi tadi. Adunan sujebi boleh terus di tarik dan dimasukkan ke dalam kuah untuk di masak. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa. 


Resepi Kuah Masam Manis Pedas Untuk Dimakan Bersama Sujebi 

Sebelum daku kongsikan resepi kuah masam manis pedas tersebut, di sini daku kongsikan dulu bahan asas yang sering digunakan oleh masyarakat Korea untuk membuat kuah untuk di makan bersama sujebi. Tetapi disebabkan kita susah nak dapat bahan ini dan demi untuk mengikut selera tekak anak Malaysia, maka daku olah bahan dengan mengikut kehendak daku sendiri tetapi tetap dengan kaedah yang hampir sama.


Bahan yang diperlukan itu adalah........

  • sedikit ikan masin / ikan bilis
  • sedikit daun bawang (potong bahagian batang dan akar, jangan di buang. Manakala daunnya pula di hiris kasar)
  • madu
  • sos cili
  • serbuk cili 
  • cili api (jika suka pedas)
  • bawang putih yang ditumbuk lumat
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • sedikit gula dan garam 
  • sedikit sos ikan (jika ada)
  • air secukupnya
  • carrot, kundur, kentang dan labu yang dipotong dadu (jika mahu)

Cara untuk membuatnya pula adalah.............

1. Didihkan air bersama ikan masin / ikan bilis bersama batang daun bawang dan juga bawang besar.

2. Setelah mendidih, keluarkan batang daun bawang bersama ikan masin/ikan bilis tadi. Tinggalkan bawang besar di dalamnya.

3. Masukkan semua sayur dan masak sehingga sayur menjadi separuh masak. 

4. Sekarang masukkan pula sos cili, serbuk cili, bawang putih, dan juga madu. Masak semuanya sehingga kuah menjadi sedikit pekat. 

4. Rasa kuah tersebut dan tambahkan cili padi (jika mahu pedas), sos ikan dan juga garam serta gula. Rasakan semuanya sehingga balance mengikut citarasa masing-masing.

5. Setelah itu, masukkan sujebi dan biarkan sehingga sujebi bena-benar masak. Waktu ini jika mahu menu sujebi yang sedikit berkuah maka boleh tambahkan sedikit air. Macam daku sendiri lebih sukakan sujebi dengan kuah yang pekat melekat! 

6. Setelah sujebi masak, masukkan hirisan daun bawang bersama sedikit lagi madu. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan.



Sujebi boleh di makan dengan tambahan makanan sampingan yang lain seperti hot dog, telur rebus, fishcake, fishball dan lain-lain lagi. Ia juga sangat sedap jika di makan bersama makanan bergoreng lain seperti cendawan goreng tepung dan sebagainya.  Sujebi paling best makan secara santai sambil tonton TV. 


Okaylah... selamat mencuba....... =D


6 comments for "Sujebi : Resepi Makanan Ringkas Korea Yang Mudah Dan Sedap (Jom Cuba!)"

  1. Pernah makan sujebi sup ikan bilis...mmg sedap..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu pun tentang sujebi sebelum ni😅

    ReplyDelete
  3. macam2 benda first time tengok daripada resepi korea ni hehe

    ReplyDelete
  4. cara nak buat simple dan tak guna banyak bahan pun.

    ReplyDelete
  5. Sujebi ni macam sup tepung yang selalu liez buat hihihi
    memang layan makan time cuaca sejuk.. pergghhh teringat nak buat nnt

    ReplyDelete