Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Udang Goreng Butter Cara Simple Yang Sedap Amat !

Resepi Udang Goreng Butter Cara Simple Yang Sedap Amat ! | Resepi udang goreng butter (butter prawn) ni ada banyak nama panggilan sebenarnya. Ada yang panggil sebagai udang goreng mentega, butter prawn creamy dan juga udang buttermilk. 

Tak kisahlah apa pun yang penting resepi udang goreng butter, resepi udang goreng mentega, resepi udang buttermilk dan resepi butter prawn creamy ni sama je sebenarnya. Lebih kurang je cara masak dan rasa. So jangan pening la lepas ni ye.

Kat rumah ni, udang goreng mentega memang favourite! Lagi-lagi pada anak-anak. Mujurlah cara nak masak resepi udang goreng mentega ni pun tak sesusah mana. Malah resepi pun takde la remeh sangat. 

Simple je sebenarnya resepi udang goreng mentega ni. Yang penting cukup bahan dan pandai balancekan rasa.


Inilah rupa udang masak buttermilk (udang goreng mentega) yang disediakan. Daku suka yang agak basah sikit sebab lebih sedap untuk makan bersama nasi. Makin nikmat bila dapat makan udang goreng butter dengan sarang telur kat atasnya. 

Superb sangat! Kombinasi yang sangat sempurna. Rasa lemak dari susu serta mentega memang terangkat! Lagi-lagi kalau letak cili padi bagi yang sukakan pedas.

Jika yang masih tercari-cari resepi udang goreng butter yang sedap dan mudah, bolehlah follow resepi yang akan daku kongsikan ni. Jangan risau, memang simple sangat-sangat! InshaAllah mesti boleh buat punya.




Resepi Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh : Siti Awadah

Inilah dia resepi Udang Goreng Butter yang ohsem. Yang tak pandai buat pun rasanya akan boleh follow sebab step sangat simple dan nak buat juga sangat cepat. Soal rasa pula InshaAllah seakan yang makan kat restoran seafood tu. 


BAHAN & CARA UNTUK MASAK RESEPI UDANG GORENG BUTTER 

STEP 1 - SARANG TELUR

  • 2 biji telur (ambil bahagian kuningnya saja)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 senduk butter/marjerin


Pukul kuning telur dengan ringan. Panaskan minyak masak bersama butter/marjerin di dalam kuali hingga keduanya nampak sebati. Pastikan minyak betul-betul panas tau!

Bila minyak dah betul-betul panas, sekarang tuangkan kuning telur tadi ke dalam kualiti dengan halus sekali. Nak mudah faham, angkat mangkuk sedikit tinggi dan tuang telur kuning ke dalam kuali hingga habis. 

Terus kacau dengan kuali secara pusingan mengikut arah jam dengan laju tanpa henti. Masak hingga telur menjadi sedikit garing. 


Setelah masak tuangkan ke dalam tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Setelah siap ketepikan dulu telur ini sekejap.



STEP 2 - UDANG 

  • 15 ekor udang saiz sederhana besar
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng 

Bersihkan udang. Tak kisah sama ada nak buang terus kepala dan ekor atau bagaimana. Itu atas citarasa masing-masing.

Gaulkan udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng udang bertukar warna. Lebih kurang macam 3/4 masak macam tu. 

Jangan goreng lama sangat nanti isi udang akan menjadi keras dan rasa manis udang juga sudah kurang. Setelah siap, bolehlah ke step yang terakhir. 



STEP 3 - KUAH BUTTERMILK YANG CREAMY 

5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 

Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 


Bila dah siap bolehlah diletakkan di atas pinggan. Jangan lupa untuk taburkan 'sarang telur' tadi di atasnya. Siap! Haa kan dah cakap, mudah je pun... =D 




5 comments for "Resepi Udang Goreng Butter Cara Simple Yang Sedap Amat ! "

  1. Alaaaa...nak pi cari udang besar- besar la...lama x makan udang goreng butter ni...

    ReplyDelete
  2. Dah cukup2 buat resepi, apa ni masak sedap2 ... Meh sini seketul dua. Nak jugakkkkkk , biarlah dietku hancur , prawn butter tu sedappp. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau makan luar, mesti order menu ni. Sedapnya lahai.

    ReplyDelete
  4. waa rambu ramba dia tu yg paling sedap kan..

    ReplyDelete