Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Slipped Disc : Maksud Lengkap, Punca, Cara Atasi & Claim Perkeso

Slipped Disc : Maksud Lengkap, Punca, Cara Atasi & Claim Perkeso | Sekarang ramai orang dapat sakit slipped disc! Tahu tak tentang sakit slipped disc ni? Okay untuk pengetahuan, slipped disc adalah sakit tulang belakang dan waktu ini bukan hanya warga tua yang dapat sakit slipped disc tapi juga golongan muda muda dan remaja juga. 

Tak dinafikan, ramai yang selalu ambil ringan bila sakit belakang. Ramai yang anggap sakit belakang ni normal dan akan hilang sendiri nanti. 

Tapi sepatutnya kita tak boleh pandang ringan kerana takut nanti sakit belakang tu adalah tanda sedang mengalami slip disc.




Sakitnya bila kena slipped disc ni hanya Tuhan saja yang tahu. Sakit pinggang dan bahagian belakang yang memang tak di buat main! Rasa sakit tu dah macam nak patah pinggang. Bagaikan lumpuh separuh badan. 

Mungkin ramai yang masih tak dapat nak bayangkan tapi untuk mereka yang dah pernah kena slipped disc ni memang akan tahu sakit tu macamana. Sakit sampai tak leh bangun tau!

Sakit Slip Disc Bahaya Atau Tidak?


Jika di tanya soal bahaya atau tidak, daku ada terbaca tentang slip disc ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh doktor. 

Ini berdasarkan bacaan sajalah ya, kalau nak tahu lanjut kena pergi jumpa mana-mana doktor secara bersemuka untuk dapatkan nasihat.

Menurut pembacaan tersebut, slip disc ini memang agak bahaya. Slipped disc ni selalunya berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang dan paling kerap sekali adalah pada kawasan pinggang (lower back). 

Untuk lebih mudah faham, Slipped Disc ini adalah keadaan di mana tulang belakang jadi "teralih” atau “menggelongsor” dari kedudukannya yang asal. Memang sakit dan jika tidak dirawat ia boleh membawa kepada masalah lumpuh. 




Slipped disc ni tak kira umur tau! Remaja pun boleh kena slipped disc lagi-lagi untuk yang selalu sangat duduk sepanjang hari. 

Sebagai contoh pelajar dan pekerja kilang. Begitu juga dengan pekerja pejabat yang asyik kena duduk je sepanjang masa selama tempoh berkerja. Jika ada rasa sakit pinggang ke apa, eloklah segera ambil peduli. 

Punca Berlakunya Slip Disc


Sakit slipped disc bukannya seperti sakit belakang yang hanya akan berlaku apabila usia dah lanjut tu ya. Sakit slip disc atau tulang rawan tergelincir ini boleh menyebabkan sakit belakang yang teruk berpunca dari beberapa faktor seperti :

1. Jatuh / Accident 

Sakit slipped disc atau tulang belakang ni memang boleh berlaku jika seseorang itu jatuh atau kemalangan (accident). 

2. Cara Duduk Atas Kerusi

Ini sebab utama mengapa ramai kena slip disc. Sebab itu ramai remaja, pekerja pejabat dan pekerja kilang dapat sakit slip disc yang berpunca dari cara duduk atas kerusi yang salah dalam tempoh yang lama. 

Sepatutnya untuk duduk di atas kerusi ini, kita perlu merapatkan kerusi pada meja supaya kedudukan ketika duduk tidak membongkok. 

Untuk lebih faham boleh rujuk gambar cara duduk di atas kerusi dengan betul bagi mengelakkan slip disc sperti di bawah artikel ini nanti.

3. Angkat Barang Berat 

Ini satu lagi punca kenapa slip disc boleh berlaku. Untuk mereka yang berkerja berat kena angkat itu kena angkat ini agak bahaya juga ni. Sepatutnya untuk angkat benda berat kita perlu bengkokkan kaki bukannya bengkokkan badan. 

4. Membongkok

Keadaan ketika membongkok pun boleh menyebabkan slip disc tau! So kalau nak bersenam ke apa tu, tolonglah buat dengan cara yang betul. 

5. Postur Badan Ketika Tidur

Tidur yang berkualiti sebenarnya turut meningkatkan kesihatan dan rehat yang bagus untuk badan. Untuk tidur yang betul dengan mudah adalah dengan mengekalkan postur tulang belakang. Apabila berada dalam posisi ini, biarkan tubuh badan relaks ketika meringkuk. 

6. Postur Badan Ketika Bangun Dari Tidur 

Ramai di antara kita akan terus bangun berdiri sebaik saja terjaga dari tidur. Sebenarnya cara tu salah. Sepatutnya kita kena mengiring duduk dulu kemudian baru bangun berdiri dengan postur yang betul.

7. Obesiti 

Masalah obesiti juga merupakan salah satu punca untuk slip disc. 

Tanda Awal Terkena Slip Disc 

Slip disc berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah bocor dan berikut adalah beberapa tanda awal sedang terkena slip disc. Kita perlu ambil tahu akan tanda slip disk ini supaya untuk elak dari keadaan yang lebih teruk. Antara tanda-tanda awal slip disc tersebut adalah ;

  • pernah rasa sakit pada bahagian tengkuk, belakang pinggang atau atas pinggang
  • sesekali datang rasa sengal dan kebas pada bahagian punggung dan kaki
  • kaki rasa lemah dan tidak kuat
  • sakit berdenyut-denyut pada bahagian paha dan kaki
  • sesetengah kes, bahagian atas pinggang terasa lemah dan sukar untuk berdiri
  • sakit belakang teruk dengan kesan darah dalam air kencing
  • pesakit juga mungkin boleh mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, pandu kereta dan sebagainya
  • rasa tidak selesa ketika tidur malam akibat sakit pada bahagian belakang dan pinggang 
  • terasa lemah dan bagai ada tusukan walau sedang dalam keadaan berehat 
  • lemah tenaga batin 

Cara Elakkan Slip Disc

1. Praktik Postur Badan Yang Betul Selalu 

Pastikan postur yang betul semasa beraktiviti dan kawal berat badan. Berdiri tu terutamanya, kena tegap!




2. Mandi Air Suam

Mandi atau berendam air suam dapat legakan sakit belakang. Cubalah untuk 20 minit setiap hari.Pasti anda rasa lebih tenang dan kurang sakit.

3. Berehat Dan Tidur Atas Tilam Yang Sesuai Dengan Postur Yang Betul

Tilam lembik dan buruk boleh jejaskan sakit belakang. Jadi, berubah dan berikhtiar untuk elak sakit berterusan. 
Sebaiknya baring di atas tilam yang rata, firm, padat yang menyokong tulang belakang dengan baik dan boleh juga diletakkan bantal di bawah lutut atau dicelah lutut semasa tidur mengiring.



4. Ambil Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit ni memang ada kesan sampingan dan tidak elok. Jadi pastikan mendapat pandangan dari doktor dan mengambil ubat pada dos yang disyorkan sahaja. Pakai kasut tumit rendah semasa berjalan untuk lebih selesa dan elak sakit.

5. Bertenang

Solat dan zikir. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga ada yang berpunca dari tekanan emosi. Bila kita mampu bertenang dan mengubah fokus, sakit dapat dikurangkan. Ketika berjalan terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir – gilir di atas bangku kecil yang rendah.

6. Gunakan Kusyen Dan Kerusi Sandar

Cari kusyen dan kerusi sandar yang selesa terutama semasa memandu dan duduk. Kerusi kenderaan kebanyakkannya membuatkan pesakit slip disk bertambah sakit dan teruk jika memandu terlalu lama.



7. Berenang, Berjalan Dan Lakukan Senaman Yang Disukai Sebagai Rutin 

Berenang sangat berkesan untuk redakan sakit belakang. Menarikkan. Ha, apa lagi, jomlah ke swimming pool. Kalau tak tahu, anda boleh bersenam dengan berjalan pantas dan melalukan senaman untuk tulang belakang.

8. Hati-Hati Semasa Angkat Barang Yang Berat 

Pastikan barang di hadapan, dekat dengan badan. Rendahkan badan untuk mengangkat barang terlebih dahulu.

9. Gunakan Icepack

Untuk sakit belakang akut, balut ICE pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
Untuk sakit belakang kronik dan berulang, balut HOT pack dengan tuala secukupnya sampai tak rasa terlalu panas dan letak di bahagian sakit selama 20 minit. JANGAN sapu minyak panas di bahagian sakit sebelum letak hot pack. 

10. Gunakan Bantal Sokongan Untuk Leher


Slip Disc Boleh Sembuh Tak?


Bolehkah pesakit slip disc sembuh? Jawapannya adalah ya. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan merujuk pada mana-mana hospital yang dipercayai untuk dibuat diagnosa dan jika benar sedang mengalami penyakit slipped disc maka bolehlah memulakan rawatan untuk sembuh. 

Memang bahaya kena serangan slip disc dan slipped disc ni kalau tak dirawat boleh menyebabkan kepada keadaan lumpuh dan sebagainya. Kerana itu kena bertindak dan jangan terus dibiarkan rasa sakit tu begitu saja. 

Rawatan untuk slip disc ini akan dimulakan dengan rawatan sokongan dulu. Maksudnya rehat yang cukup, makan ubat tahan sakit dan anti keradangan, makan ubat untuk relakskan otot, elakkan dari melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang dan sebagainya. Ia juga boleh melibatkan penggunaan alat untuk membetulkan semula postur badan. Jika keadaan masih berterusan maka rawatan secara pembedahan akan dilakukan. 

Doa Untuk Sakit Pinggang (Slip Disc) 


Ini pula adalah doa sebagai salah satu kaedah untuk merawat sakit pinggang untuk diamalkan. Untuk doa sakit pinggang ini eloklah dimulakan dengan :

1. Niat untuk Allah SWT sembuhkan penyakit dengan izinNya

2. Istighfar 3 kali

3. Baca surah Al-Fatihah

4. Teruskan dengan doa di bawah dan bacalah selalu sebagai amalan


Baca doa atau ayat penawar sakit pinggang ini dengan penuh yakin yang segala penyembuh untuk apa jua penyakit adalah Allah SWT. Dalam masa yang sama jangan lupa untuk dapatkan juga rawatan dari doktor sebagai usaha.

Senaman Yoga Untuk Slip Disc Pinggang 

Untuk atasi slip disk dengan bersenam, boleh amalkan senaman di bawah ini untuk melegakan masalah sakit pinggang yang boleh menjurus kepada slip disc tersebut. 

Kaedah senaman begini secara tidak langsung dapat menjadi salah satu kaedah mencegah dan rawatan awal slip disc tanpa pembedahan. Boleh juga bertanya akan kaedah senaman yang bagus dan sesuai dari mana-mana doktor atau pakar yang telah di rujuk untuk masalah slip disc tersebut. 




Sakit Slip Disc Boleh Claim Perkeso 


Ramai di antara pekerja yang ada Perkeso tapi pejabat Socso (Perkeso) tu sekalipun tak pernah jejak. Alamak, janganlah macam tu. Sebagai salah seorang pekerja yang berkhidmat untuk mana-mana majikan sekalipun, jika ada Perkeso/Sosco ni maka kena juga ambil tahu. 

Kita kena tahu yang skim PERKESO ni menyediakan perlindungan untuk para pekerja dalam bentuk pampasan dan sebagaimana yang telah diberitahu tadi yang slip disc ini boleh berlaku akibat duduk dan sebagainya kan? 

Maka tak mustahil untuk mereka yang bertugas sebagai penjaga kaunter bayaran, pekerja kilang, kerani dan sebagainya untuk claim Socso (Perkeso) jika benar dah dapat sakit slip disc ni. Rugi kalau tak cuba claim kerana sakit slip disc ini juga dah dimasukkan dalam senarai penyakit yang boleh claim Perkeso.

Walaubagaimanapun, untuk claim Socso (Perkeso) bagi sakit slip disc ini, ia akan bergantung pada jumlah berapa hari tidak dapat berkerja dan jumlah cuti ini tidak boleh di kira sekali dengan cuti umum dan cuti hujung minggu. 

Hanya hari alami slip disc hingga tidak boleh kerja mengikut waktu kerja umum saja akan di kira. Mudah cakap, lepas ni kalau sakit slip disc datang menyerang sampai tak boleh pergi kerja, kita boleh claim mengikut berapa hari tak dapat berkerja tu dari Perkeso. 

Bayaran untuk kecatatan sementara/bayaran untuk MC ni takdelah banyak sampai libatkan jumlah ribu-ribu tu. 

Sebagai contoh jika MC melibatkan jumlah seminggu (7 hari), jumlah faedah yang dibayar mungkin dalam RM450 macam tu bergantung pada jumlah gaji si pekerja itu sendiri. 

Kalau libatkan kecatatan kekal, haaa itu baru melibatkan angka yang agak besar. 



Apapun jumlah pengiraan yang akan di bayar ini adalah berdasarkan kepada keputusan para jemaah doktor yang telah dilantik oleh pihak Perkeso. Daku sendiri tak ada lagi pengalaman berjumpa jemaah doktor Perkeso ni. 

Nampak macam rumit tapi jika kena caranya InshaAllah semuanya akan menjadi mudah. Apapun, jangan sesekali pandang remeh untuk tuntutan pampasan Perkeso ni. 

Jika ada berlaku apa-apa kecatatan baik sementara mahupun kekal eloklah pergi ke mana-mana pejabat Socso (Perkeso) yang terdekat untuk cuba mohon pampasan. Mana tahu memang ada rezeki untuk claim duit dari Perkeso tu. At least ringanlah sikit beban yang ada. 

Cara-Cara Untuk Membuat Tuntutan Dengan PERKESO


Di sini dikongsikan sekali cara-cara untuk buat tuntungan dengan Perkeso. 

1. Semak nama dan nombor kad pengenalan anda dengan PERKESO sama ada anda layak membuat tuntutan.
2. Dapatkan borang tuntutan yang berkenaan di mana-mana pejabat PERKESO terdekat. Borang boleh diambilkan oleh orang lain. Sesetengah borang boleh juga dimuat turun di laman web PERKESO.
3. Dapatkan laporan perubatan doktor dari Bahagian Rekod hospital.
4. Borang tuntutan bersama laporan dihantar ke PERKESO.
5. Perkeso akan memberi maklumbalas melalui surat berserta tarikh anda perlu hadir untuk menghadap jemaah doktor panel PERKESO. Pihak yang menuntut akan ditemuduga oleh doktor. Maklumbalas ini diterima dalam tempoh sebulan.
Dalam kes seperti suami saya yang terlantar dan sukar untuk dibawa menghadap jemaah doktor, wakil pihak yang menuntut (saya contohnya) perlu memaklumkan kepada pihak PERKESO.
Wakil PERKESO akan datang membuat penilaian keadaan pesakit di rumah, dan mengambil gambar untuk dilampir sebagai laporan kepada jemaah doktor. Pada hari temuduga, hanya waris terdekat yang perlu menghadiri temuduga tersebut.
6. Jawapan dari pihak PERKESO tentang temuduga (lulus atau tidak diluluskan) akan dihantar melalui surat. Biasanya dalam tempoh 2 hingga 3 minggu dari tarikh temuduga.
7. Sekiranya lulus, PERKESO akan meminta anda menghantar salinan buku atau kad bank yang disahkan oleh pegawai bank berkenaan untuk mereka masukkan jumlah tuntutan yang diperolehi terus ke dalam akaun.

Sakit Slipped Disc Jangan Dipandang Ringan! Jangan Juga Lupa Untuk Cuba Buat Tuntutan Perkeso Jika Dirasakan Layak!


Slipped disc merupakan salah satu penyakit disebabkan postur badan yang agak sakit! Untuk yang berkerja pula walau sakit tapi terpaksa tahan jua demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. 

Sakit slipped disc memang boleh berlaku pada siapa saja dan pastikan sentiasa peka pada perubahan diri sendiri. Jangan juga lupa untuk amalkan tips cara nak elak dan sebagainya berdasarkan apa yang telah dikongsikan tadi.


Pampasan dari PERKESO untuk slip disc ini juga eloklah pergi pohon. Jangan difikirkan berapakah jumlah bayaran untuk pampasan Perkeso ini. Sikit atau banyak itu serahkan saja pada cara kiraan tuntutan Perkeso itu sendiri. Yang penting ambil tahu akan senarai penyakit yang boleh claim Sosco / Perkeso dan usahakan untuk claim bagi meringankan sikit beban yang ada. 

Sumber : Amani4life dan The Vocket


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

4 comments for "Slipped Disc : Maksud Lengkap, Punca, Cara Atasi & Claim Perkeso "

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. terima kasih share info. semoga lebih ramai orang dapat manfaat daripada info ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, banyak maklumat yg sy dpt dari website tuan tanah. Sy menghidap slipped disk Dan degenerated disk. Dah 9 tahun, tapi baru 3 hari lepas dapat pengesahan dari hj hospital Kuala Lumpur. Sakitnye jangan ditanya, tengah drive pun boleh kena, tengah tidur pun boleh kena. Dan kalau kena, air mata je mampu jd jurucakap. Sbb memang x mampu nak gerak kan walaupun bibir. Rase mcm lumpuh. Tapi jarang berlaku. Kalau buat kerja berat, memang akan jd mcm tu. Kalau sebab berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, posture badan x betul, biasenye akan jd lemah bahagian pinggang ke bawah. Baby tenaga batin, yes, memang betul. Jadi sangat lemah. Tp bukan laa langsung x dpt bertahan. Kdg2, dpt lg 15 ke 30 minit. Kdg2, langsung x bangun. Sampai terpaksa menduda. Hihuhu

    ReplyDelete
  4. Sudah ada yg berjaya ke dalam tuntutan penyakit yg Sya alami ni..Sya sudah melakukan pembedahan.

    ReplyDelete