Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih (Isteri Kena Hati-Hati)

Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih | Bayangkan satu hari suami salah panggil dengan nama bekas kekasihnya. Omg! Mau perang dunia oi! Kes salah sebut nama ni tak lain dan tak bukan mesti sebab rindu. Amboi, dah jadi suami pun masih ingat kekasih lama lagi ye? 

Jika difikirkan secara positif mungkin rasa sayang itu cuma masih merinduinya si bekas kekasih dan tertanya-tanya akan perkhabarannya. 

Agaknya bekas kekasih tu sihat ke tidak ye? 

Dah kahwin ke belum? 

Entah-entah masih solo mungkin! 

Haa part tertanya-tanya masih solo ni yang boleh bikin isteri naik hantu. Dah kahwin dan jadi suami pun.... tak payahlah rindu pada si bekas kekasih lama tu. 

Tanda Suami Masih Ingat Kekasih Lama Tapi Tak Nak Tunjuk 

Antara tanda suami masih ingat kekasih lama adalah :

[-] apabila mereka tersalah panggil si isterinya dengan nama bekas kekasih
[-] dia masih simpan gambar bekas kekasihnya dulu
[-] sikap pada isteri kerap berubah-ubah, kejap mesra dan kejap dingin
[-] rasa bahagia dan gembira seakan dibuat-buat
[-] sering bandingkan isteri dengan bekas kekasihnya yang dulu
[-] bawa isteri ke tempat yang pernah dia pergi bersama bekas kekasih


Ramai Lelaki Tunjuk Tanda Masih Sayang Tapi Ego

Part lelaki masih sayang tapi ego ni pun masalah juga. Kalau dah hati masih sayang, cinta dan suka kenapa mesti nak pendam rasa. Walau sendiri yang silap pergi sajalah minta maaf. Tapi ini untuk mereka yang masih solo lagilah. 

Kalau dah kahwin jangan pula cuba-cuba pergi cari bekas kekasih untuk minta maaf bagi jalinkan hubungan lama tu. 

Dah kahwin buat cara dah kahwin. Kalau tak mampu jangan nak mengada. Kahwin ini soal tanggungjawab bukannya sekadar nafsu.

Adakah lelaki mudah melupakan kekasih lama? Hmmmm untuk soalan ini aku sendiri kurang periksa. 

Jika berdasarkan pengalaman sepanjang bergelar isteri selama 20 tahun pada suami, rasanya seorang lelaki ini agak susah juga untuk lupakan bekas kekasihnya namun mereka malas fikir demi untuk jaga hati isteri masing-masing.

Lelaki dan perempuan ni bagi aku sama saja. Jika kebetulan ada sesuatu perkara yang boleh mengingatkan pada kekasih lama, mulalah memori silam tu datang kembali. 

Walau dah bertahun-tahun tapi masih ada tanda-tanda ingatan untuk sesuatu perkara. Namapun kenangan indah ketika masih bersama dulu kan. 

Bekas Kekasih Masih Menghubungi 

Kenapa bekas kekasih masih menghubungi? Itu tandanya si dia masih belum move on lagi. Masih teringat kenangan lama dan rindu pada kita. 

Kadangkala lelaki ni memang masih sayang bekas kekasihnya tetapi mereka ego. Mereka tak nak mengaku kesilapan sendiri dan akibatnya hanya mampu memendam rasa dari jauh. 

Itu yang jadi kes bekas kekasih masih menghubungi tetapi bila di tanya kenapa call, jawapannya sekadar ingin bertanya khabar.

Perasaan wanita terhadap bekas kekasih ini pula agak berbeza. Bagi si wanita memang agak susah untuk lupakan bekas kekasih tetapi apabila mereka dapat kasih sayang dari lelaki lain maka secara tidak langsung hati mereka akan mula diletakkan pada teman lelaki baru.

Malah ada di kalangan wanita yang dengan sengaja ingin pamerkan kekasih barunya demi kerana perasaan marah terhadap bekas kekasihnya yang dulu. Mudah cakap perempuan ni ada dendam tau! Lagi-lagi kalau si bekas teman lelakinya tu dapat kekasih baru lebih dulu.

Ada juga kes di mana perempuan ni dengan sengaja mencari cara membuat bekas kekasih rindu. Lagi-lagi kalau perpisahan dulu tu si lelaki yang buat keputusan untuk tamatkan hubungan. 

Antara cara yang perempuan gunakan untuk buat bekas kekasihnya rindu adalah seperti hantar kad ucapan happy birthday, tersalah call atau whatsapp, sengaja lalu di hadapannya kat tempat kerja dan lain-lain lagi.

Dah macam stalker pun iya juga tetapi sebaik saja dapat kekasih baru InshaAllah si perempuan ini akan segera move on. Haa saat itu kekasih baru pula ingin di tunjuk pada bekas kekasihnya yang dulu.


Tanda-Tanda Bekas Kekasih Ingin Kembali (Untuk Lelaki Bujang)

Berikut adalah tanda-tanda bekas masih sayang untuk lelaki yang masih bujang. Tanda lelaki masih sayang bekas kekasih ni bolehlah dijadikan panduan bagi mereka yang memerlukan. 

Manalah tahu memang sedang berdepan dengan bekas teman lelaki yang nampak macam sayang tapi tak juga buka mulut untuk bercakap soal kembali bersama. 

Jadi bolehlah dilihat tanda-tanda yang ditunjukkan dan jika confirm maka bolehlah tanya direct. Kalau dua-dua masih solo dan dua-dua juga masih ada sisa rasa cinta, hmmm terus kahwin je la dik oi! Antara tanda-tanda tersebut adalah :

[+] selalu telefon dan hantar mesej tanya khabar

[+] masih ambil berat dan caring macam dulu

[+] masih terus beri hadiah dan bunga sempena birthday 

[+] selalu imbas kembali kenangan lama waktu bersama dulu

[+] selalu follow gerak geri 
[+] semakin berubah sikap ke arah yang lebih baik
[+] selalu offer diri untuk bantu dalam pelbagai keadaan 


Tanda-Tanda Lelaki Sayang Pasangannya (Untuk Lelaki Berkahwin)

Walaupun bercerita tentang tanda lelaki masih sayang bekas kekasih tetapi janganlah terus kecam suami kat rumah tu. Jangan nanti semua benda nak selitkan dengan kekasih lama. Kan tak pasal jadi punca pergaduhan. 

Kita sebagai perempuan kena juga kurangkan sikit rasa cemburu yang over tu. Sebelum tahu nak kecam sila perhatikan juga tanda-tanda lelaki sayang pasangannya (isteri) seperti yang di bawah ini. 

[+] selalu buat isteri rasa bahagia dan gembira
[+] sering bergurau dengan isteri 
[+] ambil berat selalu 
[+] marah bila isteri buat salah (ambil peduli lebih baik dari buat tak tahu) 
[+] suka bermanja-manja
[+] sentiasa setia dan tidak curang
[+] cemburu bila isteri dekat dengan lelaki lain
[+] selalu pandang isteri dengan pandangan sayang
[+] sikap tak pernah berubah sejak mula kahwin sampai sekarang 


Jodoh dengan bekas kekasih atau sesiapa saja bukan kita yang tentukan. Kenapa nak marah dan kenapa pula nak balas dendam bagai. Si lelaki pun, tak perlulah ego sangat. Perasaan lelaki terhadap bekas kekasih dan perasaan si wanita terhadap bekas kekasih ini juga bagi aku sama saja.

Adakah lelaki mudah melupakan kekasih lama dan adakah si perempuan juga senang untuk melupakan kekasih lama ini?

Jawapannya bergantung pada si individu itu sendiri dan cara mudah untuk melupakan adalah dengan mencari kekasih yang baru. Rawat luka lama dengan cinta yang baru. Settle



Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 

9 comments for "Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih (Isteri Kena Hati-Hati)"

  1. buat masa ni tak pernah terjadi lagi, harapnya janganla terjadi...

    ReplyDelete

  2. Bersyukur sbb my ex semuanya alim2 belaka.. so tiada isu spt di atas. Bila kata move on je... Mmg 100% move on.. tp tak pasti ler pulak klu pihak sana sampai tersebut nama saya plak. Hihi.. Immposibble. Masing2 pun dah tua.

    ReplyDelete
  3. singgah jumaat
    happy weekend

    ReplyDelete
  4. barang yg lps jgn dikenang,
    sudah menjadi hak org lain...

    ReplyDelete
  5. Lupakan sajalah. Lagi2 dah ada famili kan ... Kang ada yang kena parang.

    ReplyDelete
  6. Sdh hmpir 15thn keksih hati bertemu ilahi.. Cuba untuk trima tp Kdg2 trigt bl trigat sgt2 merinduinya..
    Hanya tuhan sj yg tahu..
    Smoga tuhan merhmatimu disana.. Smoga sy dpt berjumpa dgnya disana

    ReplyDelete
  7. Normal ke kalau ex suami masih rajin komen² status suami kat media sosial ekk. Entah saya jadi cemburu pulak tengok, tapi bila ditegur katanya la kawan lama je pun. Hmm masalahnya emoji kemain lagi yang ada lambang love tu. Hmm 😪

    ReplyDelete
  8. Apa pendapat Korang kalau pasangan masih simpan banyak gambar bekas kekasih dan biarkan depan mata kita seperti menunjuk2.

    ReplyDelete