Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cetak Borong : Syurga Tempahan Kad Kahwin Murah Untuk Kelantan Dan Seluruh Malaysia

Cetak Borong : Syurga Tempahan Kad Kahwin Murah Untuk Kelantan Dan Seluruh Malaysia  | Mengadakan sebuah majlis perkahwinan bukan satu kerja yang mudah. Macam-macam benda perlu disediakan. Paling penting baju pengantin dan juga kad kahwin. Ya, tak dinafikan yang sekarang ini sudah boleh jemput menggunakan kaedah whatsapp, mesej, email dan sebagainya tetapi kad kahwin yang dicetak juga perlu sebagai tanda jemputan yang lebih rasmi. Malah boleh juga dijadikan sebagai peringatan dan kenangan.

Bila sebut tentang kad kahwin, sis terus teringat masa nak kahwin dulu. Memang pening kepala nak fikir tentang design. Makin susah hati untuk mendapatkan kad kahwin murah dan cantik. Almaklumlah dulu tak ada kemudahan Google seperti sekarang.

Dulu tak ada juga servis tempahan kad kahwin murah dan cantik yang boleh ditempah secara online. Sekarang ni tersangatlah beruntung para bakal pengantin kerana sudah ada banyak pihak yang menawarkan servis cetak kad kahwin dengan design yang cantik serta murah. Salah satu daripadanya adalah CETAK BORONG



Cetak Borong Beroperasi Dari Kelantan Dengan Menawarkan Servis Cetak Kad Kahwin Yang Sangat Murah!

Tidak dinafikan sana sini ada servis cetak kad kahwin. Malah di Kelantan ini sendiri, memang ada banyak pihak yang menawarkan servis buat kad kahwin murah dan cantik. Salah satu kedai cetak borong yang giat menawarkan pakej kad kahwin murah di Kelantan adalah CETAK BORONG.

Cetak Borong ini merupakan sebuah kedai printing bercirikan Islamik sepenuhnya yang terletak di dalam bandar Tanah Merah Kelantan. Bagi yang sedang mencari syarikat printing kad kahwin termurah di Tanah Merah Kelantan, bolehlah baca review melalui artikel ini dari awal hingga akhir.


Sebenarnya kedai ini dah lama beroperasi dan memang dah heboh sebagai salah sis satu kedai printing termurah di Tanah Merah Kelantan cuma sis saja yang kurang perasan. Malah memang ramai pun pasangan pengantin yang menempah kad di sini kerana tawaran harga kad kahwin termurah dengan kualiti yang baik. 


Disebabkan itu sis cuba luangkan masa menjejakkan kaki ke kedai Cetak Borong ini dan apa yang sis nampak dengan mata kepala sis sendiri, memang banyak barangan berkaitan perkahwinan boleh ditempah dari pihak Cetak Borong. Paling sis tertarik adalah design kad kahwin 2019 dan 2020 yang agak popular.


Cetak Borong Menawarkan Kad Kahwin Dengan Harga Yang Sangat Rendah

Terus terang, saat mula-mula sis nampak harga kad kahwin yang ditawarkan, sis rasa sangat-sangat terkejut! Sis ulang sekali lagi.... Sangat-sangat terkejut!

Mana boleh tak terkejut kalau dah 300 keping tempahan kad kahwin hanya berharga RM99 saja. Malah turut di beri sekali sampul, banner dan servis pengeposan secara percuma! Biar betul!

Disebabkan rasa tak percaya itulah sis tanya secara terus dengan tuan empunya kedai sama ada benar ataupun tidak apa yang telah sis baca pada banner mereka. Ternyata jawapannya adalah BENAR.

Terlintas di fikiran, eh macamana mereka ni boleh dapat untung kalau dah jual dengan harga murah terlajak begini. Tapi bila sis fikir semula yang kedai ini berada pada tahap 'cetak skala borong' maka sis mula buat kesimpulan sendiri saja. Iyalah, dah namanya pun borong maka tak hairanlah kalau mereka boleh jual dengan harga yang sangat rendah begini.


Hasil dari pertanyaan tersebut, sis telah dapat beberapa info. Info-info inilah yang akan sis kongsikan di sini. Manalah tahu kalau-kalau ada di antara pembaca blog ini yang sedang mencari servis cetak kad jemputan murah di Malaysia.

Tak kisahlah nak kad jemputan untuk majlis perkahwinan, majlis ulangtahun kelahiran, majlis pertunangan atau sebagainya, selagi memerlukan kad jemputan maka bolehlah membuat tempahan yang berkaitan.


10 Kelebihan Utama Yang Ada Pada Cetak Borong

#1 - Antara Pihak Yang Menawarkan Harga Cetak Kad Kahwin Berkualiti Yang Termurah di Malaysia

Sebagaimana yang telah sis beritahu tadi. Inilah dia, hanya RM99 sahaja untuk 300 keping kad! Bagi sis harga ni memang sangat murah! Di beri juga sampul, banner dan postage secara Percuma, eh memang ilang akal betul harga ni kan? Tapi hakikatnya memang inilah harga yang sedang ditawarkan oleh pihak CETAK BORONG. 




#2 - Setiap Kad Tempahan Disertakan Bersama Dengan Sampul Yang Sepadan 

Mana mungkin beri kad undangan kahwin tanpa sampul kan? Kerana itu pihak Cetak Borong turut menyediakan sekali sampul untuk setiap keping kad kahwin yang di tempah. Secara tidak langsung pelanggan tidak perlu pening kepala dan tidak perlu juga mengeluarkan belanja yang lebih kerana sampul ini akan diberikan secara Percuma!

#3 - Banner Turut Di Beri Sebagai Hadiah Percuma Untuk Setiap Tempahan

Tidak hanya sampul surat saja yang diberikan secara percuma malah satu banner juga turut disediakan sebagai hadiah dan ucapan tahniah kepada setiap pasangan yang ingin di raikan. Ini juga dapat menjimatkan lagi wang yang ingin dibelanjakan. Alhamdulillah. 

#4 - Caj Pengeposan Untuk Seluruh Semenanjung Malaysia Juga Adalah Percuma 

Sudah di beri sampul surat dan banner percuma, eh kos pos untuk seluruh Semenanjung Malaysia juga adalah percuma. Pengeposan pula dilakukan hampir setiap hari (kecuali hari cuti) dan antara servis pengeposan utama yang digunakan oleh pihak Cetak Borong ini adalah Citylink.






Jika kebetulan kalian berada di Sabah, Sarawak dan juga Brunei, tempahan secara online dengan pihak Cetak Borong masih boleh dilakukan cuma untuk kos pengeposan perlu di bayar mengikut tahap harga pihak pengeposan.

#5 -  Menyediakan Beberapa Pilihan Desigan Kad Kahwin Yang Cantik 


Design yang disedikan oleh pihak Cetak Borong adalah dari design yang terkini. Design ini juga antara yang sangat popular untuk tahun 2019. Maka para pelanggan tidak perlu risau dan jika sukar untuk membuat pilihan boleh meminta saranan daripada pihak Cetak Borong itu sendiri sebagai bantuan. 

#6 - Setiap Tempahan Akan Disiapkan Mengikut Tarikh Yang Telah Dipersetujui 

Setiap tempahan yang diterima akan di cuba sedaya upaya untuk disiapkan mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Dan adalah disarankan untuk membuat tempahan dalam jangka masa yang jauh lebih awal dari tarikh majlis untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. 


#7 - Tiada Sebarang Caj Tambahan Yang Tersembunyi 

Jangan risau kerana pihak Cetak Borong tidak ada sebarang caj tambahan tersembunyi. Apa yang perlu dibayar hanyalah mengikut jenis pakej atau jenis dan jumlah kad tempahan yang di pilih.



#8 - Semua Tempahan Boleh Dilakukan Secara Online Dengan Mudah 


Tak perlu nak susah payah hadirkan diri ke premis. Semua tempahan boleh dilakukan dengan mudah hanya dengan menggunakan kemudahan whatsapp dan panggilan telefon. Disebabkan ini, pihak Cetak Borong dapat menerima tempahan dari mana-mana pelanggan di seluruh Malaysia termasuklah juga untuk Sabah Sarawak dan Brunei.

Sis juga dapat lihat designer yang sedang tekun menyiapkan semua design tempahan dan pembungkusan dengan penuh fokus.


#9 - Tawaran Pakej Istimewa Turut Disediakan Untuk Tempahan Kad Dalam Skala Yang Lebih Besar 


Jika ada hajat untuk menempah jumlah kad yang lebih besar, ini adalah tempat yang sesuai sekali. Mana taknya, semakin banyak jumlah kad yang di tempah bermakna semakin banyak penjimatan yang dapat dilakukan.

Malah pihak Cetak Borong sendiri ada menyediakan pakej jimat berganda untuk para pelanggan yang ingin menempah kad undangan perkahwinan dan lain-lain kad jemputan dalam skala yang lebih besar. Untung! Sangat-sangat untung!


#10 - Layanan Staff Yang Mesra Dengan Penuh Senyuman 

Sis sendiri sudah jejakkan kaki ke premis milik Cetak Borong ini dan dari apa yang sis dapat lihat, semua staffnya sangat mesra dan peramah. Sepanjang sis berada di sana sebagai salah seorang pelanggan, wajah staff sentiasa mesra dengan senyuman.



Ada Banyak Barangan Lain Yang Turut Ditawarkan Dengan Harga Murah Oleh Pihak Cetak Borong 

Tidak hanya terikat pada servis cetak kad kahwin, malah CETAK BORONG turut menawarkan barangan lain dengan harga yang sangat rendah. Maka tidak hairanlah kenapa Cetak Borong digelar sebagai 'syurga' tempahan kad kahwin yang menepati citarasa setiap bakal pasangan pengantin. Pakej yang lengkap dengan harga yang murah dan kualiti yang terbaik juga tidak mengecewakan. 


Antara barangan lain yang boleh ditempah di sini adalah seperti : 
  • guest book 
  • mock-up cheque mengikut jumlah mas kahwin
  • Surah Yasin dengan cetakan nama 
  • prop untuk foto
  • banner penunjuk arah
  • label sticker untuk doorgift
  • backdrop kahwin 
  • paper bag 
  • dan macam-macam lagi

Dipendekkan cerita, macam-macam ada. Bukan setakat boleh mencetak peralatan kahwin seperti kad kahwin, sticker doorgift, button badge dan lain-lain malah lebih dari itu. 


Cetakan pada baju dan tuala kecil untuk kegunaan pihak 'crew' di majlis itu juga boleh ditempah di sini. Kualiti baju dan tuala juga sangat bagus dan cantik. Pilihan warna juga ada banyak mengikut saiz yang pelbagai. Jadi kalau sedang mencari kedai printing baju Tanah Merah Kelantan termasuk juga seluruh Malaysia khususnya, bolehlah dapatkan servis cetak baju di sini. 




Jika berhajat untuk servis yang lain seperti cetakan tulisan di mug, sticker, kad nama bisnes, buku bil dan sebagainya, semua ada di CETAK BORONG. Sebut apa saja, InshaAllah sis percaya pihak Cetak Borong akan cuba bantu sedaya upaya yang mereka boleh dengan layanan yang baik.




Inilah Sebahagian Daripada Testimoni Pelanggan Yang Happy Dan Berpuashati Dengan Pihak Cetak Borong










Mengapa Perlu Menempah Kad Kahwin? 


Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu menempah kad kahwin? Kalau di tanya pada diri sis sendiri, tidak dinafikan ramai orang suka menerima jemputan dengan kad fizikal yang nyata berbanding dengan kad kahwin digital.

Kenapa? Antara sebabnya kad kahwin nyata ini menampakkan yang jemputan itu penting untuk dihadiri. Ia juga boleh membuatkan si tetamu berasa seperti salah seorang tetamu istimewa yang akan diraikan.



Tidak hanya itu, kad kahwin fizikal ini juga boleh membuatkan si tetamu rasa tak sabar untuk hadir ke majlis bersama hadiah di tangan. Exclusive gitu!

Paling penting! Dengan adanya kad kahwin yang di cetak begini dengan mudah dapat dijadikan 'tiket' untuk melihat peta dengan lebih jelas dan dalam masa yang sama untuk sahkan sama ada majlis yang dihadiri itu adalah benar. Manalah tahu buatnya ada beberapa majlis di kawasan tersebut, eh boleh jadi malu tau kalau tersalah majlis.


Tidak Kisah Di Mana Lokasi Kerana Tempahan Boleh Dibuat Dengan Hujung Jari

Bila Google nampak kad kahwin KL, kad kahwin Bangi, kad kahwin Penang sedangkan semua lokasi ini dalam Malaysia. Tak ada istilah kad kahwin ini dari mana sebenarnya kerana semua boleh di tempah secara atas talian.

Begitu juga dengan servis kad kadwin murah yang dibawakan oleh pihak Cetak Borong ini. Tempah saja melalui whatsapp atau panggilan telefon, kemudian boleh dapatkan kad kahwin ini secara terus melalui penghantaran pos. Apa susah kan? Kos pos percuma pulak tu! Rasanya memang sangat berbaloi-baloi.


Masih mencari tempat untuk tempah kad kahwin? Mahu perkhidmatan cetak kad kahwin dengan design kad yang bagus dan harga meletup? Bagi warga Kelantan sendiri, tak kisahlah sama ada tinggal di Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan sebagainya, jom buat tempahan kad kahwin dari pihak Cetak Borong. 

Jika ada masa bolehlah datang sendiri ke kedai dan jika kebetulan tinggal di luar daerah dan tak ada masa untuk hadir sendiri, terus saja hubungi menggunakan handphone untuk membuat tempahan.

Bila dah siap boleh minta sedara terdekat untuk ambil tempahan ataupun minta saja pihak Cetak Borong pos direct sehingga ke lokasi kampung masing-masing. Kan senang begitu untuk mudahkan urusan ibu ayah menjemput semua tetamu untuk hadir ke majlis bersejarah itu nanti.

Apapun, untuk semua bakal pengantin di luar sana.... tahniah sis ucapkan dan semoga ikatan yang bakal di bina akan terus utuh hingga ke jannah. Aamiin =D


CETAK BORONG : KEDAI PERCETAKAN KAD KAHWIN MURAH 
DAN CANTIK UNTUK KELANTAN & SELURUH MALAYSIA

Lokasi Premis :
NZ SALES & SERVICE
JALAN HOSPITAL (PECHONG)
TANAH MERAH, KELANTAN


11 comments for "Cetak Borong : Syurga Tempahan Kad Kahwin Murah Untuk Kelantan Dan Seluruh Malaysia "

  1. Wahh tak sangka ada tempat yang murah eh di Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Alahai zaman dulu takda google kan. Kalau tak, dah beli dah kat sini 😂

    ReplyDelete
  3. banyak juga service yang diorang buat, boleh la tempah kat sini nanti kalau harga dia okay. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. apa yang suka dalam entri ni adalah kad murah dan di kelantan. kebetulan adik nak kahwin ni. satu negeri je pun. tq!

    ReplyDelete
  5. Wah bagusnya syarikat ni ada banyak servis dan murah. Dapat lagi banner free etc. Oklah tolong sesama umat kan. Nanti boleh usha lah kalau nak buat kad dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. Tu dia memang murah... untung la orang orang di Tanah Merah Kelantan. Jgn risau boleh je order online kan,

    ReplyDelete
  7. Murahnye kad kawin 350 keping Rm99. Macam2 bole tempah kt situ..untunglah orang Kelantan

    ReplyDelete
  8. Sekarang dah murah ye kad kawin. Untungnya. Mudah pun mudah. Tempah online ja

    ReplyDelete
  9. Wah adik adik I semua dah kahwin.. nampaknya kena bagitahu kat saudara mara I ada kad kad murah untuk dorang tempah bila nak kahwin nanti

    ReplyDelete
  10. Terbaiklah servis begini.. mudah urusan kerja kahwin. Harganya pun berpatutan.. kita kena sokong bisnes begini.. boleh rekomen dgn kawan-kawan nanti..

    ReplyDelete
  11. berbaloinya harga yang ditawarkan. lepas ni boleh lah tempah baju kad jemputan dekat sini.

    ReplyDelete