Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jenis Jenis Peguam Bela Dan Tugasnya

Jenis Jenis Peguam Bela Dan Tugasnya | Apabila menyebut perkataan PEGUAM BELA, benda pertama yang terlintas di fikiran adalah mahkamah. Iyalah, dah terang lagi nyata peguam bela ini tugasnya ada kaitan dengan mahkamah. Lagipun memang selalu tunjuk dalam TV yang peguam itu akan berhujah di depan hakim dan juri. Akan tetapi, pernah tak kalian ambil tahu akan jenis jenis peguam bela dan tugasnya? 


jenis peguam dan tugas


Untuk pengetahuan bersama, peguam bela in English disebut sebagai 'defendant lawyer'. Dan menurut pembacaan, fungsi untuk setiap peguam ini adalah berbeza mengikut tugas mereka masing-masing. 

Peguam bela ini selalunya akan dikaitkan juga dengan jawatan peguam cara. Walaupun peguam bela dan peguam cara ini mempunyai dua tugas yang berbeza tetapi keduanya saling berkait rapat. Disebabkan itulah selalunya seseorang peguambela itu boleh berperanan sebagai peguamcara juga. 


PERBEZAAN ANTARA PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA

Secara kasar, peguam bela ialah peguam yang hadir ke mahkamah dan menjalankan perbicaraan kes di mahkamah. Manakala peguam cara pula ialah peguam yang menguruskan surat-surat cara, perjanjian serta urusan jual beli tanah, penyewaan dan lain-lain urusan urusan yang tidak melibatkan peguam itu untuk hadir ke mahkamah. 

jenis peguam dan tugas

Peguambela adalah seseorang yang termasuk dalam memberi khidmat nasihat peguam dan bantuan guaman kepada client (pelanggannya). Tugas peguambela ini juga adalah untuk mempertahankan clientnya sedaya upaya yang termampu. 

Dalam banyak-banyak jenis peguam bela ini, ada peguam bela kes jenayah, peguam bela kes kemalangan, peguam bela sivil, peguam bela kerajaan dan tidak lupa juga peguam bela percuma. 

PEGUAMBELA SIVIL = khidmatnya akan diperlukan apabila kalian ingin menyaman seseorang

PEGUAMBELA JENAYAH = untuk peguambela jenayah, apabila kalian didakwa melakukan jenayah. 

PEGUAM SYARIE / PEGUAMBELA SYARIAHpeguam syarie atau peguambela syariah ini hanya khusus untuk menguruskan kes-kes di mahkamah syariah sahaja. Tugas peguam syarie ini adalah untuk membantu kes yang melibatkan isu rumahtangga seperti nikah kahwin, penceraian, rujuk dan sebagainya. 

Peguam syarie juga boleh membantu dalam kes yang berkaitan dengan jenayah dalam rumahtangga. Secara ringkasnya peguam bela syarie ini boleh berperanan sebagai peguam bela sivil dan peguambela jenayah akan tetapi hanya untuk kes yang ada di mahkamah syariah sahaja. 


jenis peguam dan tugas


Peguam syarie ini juga ada untuk setiap negeri seperti peguam syarie Selangor, peguam syarie Kelantan, peguam syarie Terengganu, peguam syarie Melaka, peguam syarie Perak, peguam syarie Kuantan, peguam syarie Johor dan lain-lain lagi. 


Bagi yang kurang berkemampuan untuk menggunakan khidmat para peguambela ini terutamanya untuk peguambela syarie, jangan risau kerana memang ada biro bantuan guaman penceraian yang dapat membantu. Badan bantuan guaman lain yang ditaja oleh kerajaan dan mengendalikan sesetengah jenis kes sivil dan jenayah juga ada. 

Itulah serba sedikit info mengenai jenis-jenis peguam setakat yang daku tahu. Jenis-jenis peguam ini ada kepentingan dan cirinya masing-masing. Walaupun kita semua tahu yang kos peguambela ini mahal akan tetapi itu tak bermaksud kita tidak boleh mendapatkan khidmat peguam dengan bantuan yang ada. Tidak kisahlah peguam bela, peguam cara, peguam syarie atau apa sekalipun. Yang penting tugas peguam ini memang sangat besar. 

Untuk orang awam pula, jika ada sebarang kemusyikilan boleh saja hubungi mana-mana pejabat peguambela terdekat untuk bantuan. Dalam masa yang sama, boleh juga cuba-cuba Google, mana tahu kalau-kalau boleh tanya peguam online untuk bantu atasi apa yang sedang berlaku.





18 comments for "Jenis Jenis Peguam Bela Dan Tugasnya "

  1. terima kasih atas perkongsian info. dapat ilmu baru harini ^_^

    ReplyDelete
  2. Satu penerangan yang cukup teliti. Ya peguam mempunyai pelbagai tugas. Sis tahu sebab anak pun peguam.

    ReplyDelete
  3. Teringat kawan Sis yang anaknya mula nak menjadi peguambela..Anaknya kata pada kawan Sis, sebaik dia bekerja esok, selangkah dah masuk neraka hehehe..gulp emaknya dengar..
    Tapi dah namanya kerjaya kan, nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  4. tq sharing ilmu bermanfaat ni. banyak jugak jenis peguam ye..ada khusus2 utk masalah tertentu diasingkan

    ReplyDelete
  5. Rawlins pun tau perbezaan peguam bila ada kes yang melibatkan ahli keluarga. InsyaAllah info ini akan membantu ramai yang memerlukannya

    ReplyDelete
  6. Never even bother to know bout this before 😅😅 but now i know haha thanks to you. Thanks for sharing 😆

    ReplyDelete
  7. Bagus artikel ni sebab terangkan semua jenis2 peguam dan fungsinya. Hahah kawan2 i mostly jadi lawyer i je tak jd lawyer so that baca article ni tau la apa jenis2 lawyer kawan i tu hahah

    ReplyDelete
  8. I have to be honest that I x byk sgt knowledge about lawyers. So thank you for sharing yeh. Good knowledge sharing.

    ReplyDelete
  9. terima kasih kongsi ilmu sis awa. selama ni tahu peguam tu jer lah, tak tahu ada macam2 jenis rupe yer...

    ReplyDelete
  10. Info baru bagi saya tentang jenis2 peguam ni. Sebelum ni ingat peguam buat semua kerja. Rupanya lain skop masing2

    ReplyDelete
  11. saya tak tau peguam civil tu. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. baru tau

    ReplyDelete
  12. TQ sharing sis. Dapat ilmu baru hari ni. Dulu2 ada jugak bercita2 nak jadi peguam hehe

    ReplyDelete
  13. Pernah la dgr jenis-jenis peguam. Tapi tak tahu sangat bidang tugasnya. Utk basic peguam sivil dan syarie tu taula. Tq berkongsi info.

    ReplyDelete
  14. It was a good info. Thank you for sharing the info. Nanti in future bolehlah huda rujuk balik.

    ReplyDelete
  15. bagus betul article ni. satu ilmu baru yang saya dapat belajar hari ni. terima kasih atas perkongsiaannya ya.

    ReplyDelete
  16. good , lagipun sya otw nk jadi jdi lawyer. Tpi , x tak taula boleh jdi ke x , sbb nmpk susah , but it's okay kita hanya merancang Tuhan yg menentukan

    ReplyDelete
  17. alhamdullilah dapat ilmu hehe jelas dan faham

    ReplyDelete