Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi

Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi |Pernah tak berlaku pendarahan hidung secara tiba-tiba pada anak? Bila anak dalam keadaan sihat dengan tak semena-mena hidung anak berdarah pastinya membuatkan ibu merasa panik kan? Lagi-lagi ianya berlaku pada anak yang berumur sekitar 5 hingga 12 tahun. Jika mengikut panggilan orang utara, ia disebut sebagai 'pecah lindung' dan bagi masyarakat Indonesia ia dikenali sebagai 'mimisan'. Manakala untuk istilah perubatan pula ia dikenali sebagai epistaksis. 

Untuk pengetahun, hidung berdarah adalah kejadian yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau mereka yang berumur lebih 60 tahun malah sis sendiri pernah alami masalah hidung berdarah secara tiba-tiba ni. Masa tu masih kat alam sekolah rendah. Dengan tak ada apa-apa terus je berdarah. Tak ada sebarang rasa sakit juga. 



Cuma beberapa hari sebelum akan keluar darah tu memang akan perasan ada sesuatu menutup rongga hidung hingga susah nak bernafas. Keadaan ni berlaku tak tentu, kadang-kadang kat sebelah kanan dan kadang-kadang kat sebelah kiri. Berlaku ke dua-dua belah tak pernah la pulak. 

Punca Berlakunya Epistaksis (Pendarahan Pada Hidung)

Epistaksis adalah masalah pendarahan dalam hidung yang boleh berlaku disebabkan saluran darah di dalam hidung koyak. Dalam erti kata lain hidung berdarah atau epistaksis ini akan berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah dan Epistaksis anterior biasanya mudah diatasi. Ia juga bukan pertanda hal serius dan dapat ditangani dengan perawatan di rumah. 

Penyebab berlakunya epistaksis (pendarahan pada hidung) ini ada banyak. Untuk hidung anak berdarah selalunya ia disebabkan oleh tabiat kanak-kanak yang suka menggaru hidung akibat gatal. Untuk masalah lain, masalah ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu setempat atau sistemik.


  1. Penyebab Setempat:
    1. idiopathic/ Tidak diketahui puncanya (85%)
    2. Trauma ( patah hidung, korek hidung)
    3. Bendasing di dalam hidung
    4. Infeksi ( rhinitis, sinusitis)
    5. Hormon ( haid, mengandung)
    6. Persekitaran ( tempat tinggi,  penghawa dingin)
    7. Kanser hidung, sinus atau pangkal hidung.
    8. Ketumbuhan/ Tumor hidung ( contoh:Angiofibroma)
    9. Rhinolith
  2. Penyebab Sistemik:
    • Ubat ‘Anticoagulant’ (warfarin, aspirin )
    • Masaalah Haematologi/darah:
      • haemophilia,
      • leukaemia
      • Familial haemorrhagic telangiectasia.
      • Idiopathic Thrombocytopenic purpura
      • Infeksi Virus seperti Dangue   
    • Alkohol
    • Alahan
    • Sakit jantung
    • Darah tinggi
    • Kencing manis
    • Sakit buah pinggang kronik

Pengalaman Sendiri Saat Mengalami Epistaksis / Hidung berdarah Dulu
Jangan panik! Ya tidak panik adalah kunci utama untuk atasi masalah ini. Lagipun selalunya pendarahan hanya akan berlaku jangka masa yang sangat cepat cuma darah segar akan keluar dalam kuantiti yang agak banyak. Setelah semua darah keluar barulah ia akan berhenti dengan sendirinya. 
Pendarahan yang singkat begini selalunya disebabkan oleh trauma, korek hidung dan mukosa hidung menjadi kering (yakni udara sekitar kering dengan suhu yang agak panas). Situasi inilah yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak. 


Langkah Yang Patut Dilakukan Saat Mengalami Pendarahan Hidung (Rawatan Kecemasan Untuk Hidung Berdarah)
Okay, di sini sis akan kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan berkenaan masalah hidung berdarah di kalangan kanak-kanak. Semua langkah ini sama seperti yang telah sis lakukan saat sedang mengalami masalah epistaksis ini sewaktu di alam kanak-kanak dulu. Semoga perkongsian ini dapat membantu orang lain di luar sana. 
1. Saat mengalami pendarahan hidung, wajib duduk tegak dan membongkok sedikit ke depan supaya semua darah boleh turun dengan lancar. Sama sekali tidak boleh duduk bersandar ke belakang atau berbaring kerana bila hidung berdarah dalam keadaan berbaring kerana ianya boleh menyebabkan darah mengalir masuk ke tekak dan tercekik. Malah lebih serius boleh terus ke paru-paru. 
2. Bernafas hanya dengan menggunakan mulut dan picit hidung pada bahagian bawah (tempat tidak bertulang) selama 10 ke 20 minit. Ini bagi memastikan semua darah dapat keluar hingga habis supaya cepat boleh berhenti. 
3. Jika ada darah yang turun ke tekak, hendaklah di ludah dan jangan di telan. Darah segar dari hidung ini kalau di telan ia boleh mengakibatkan sakit perut dan punca masalah lain. 

4. Jangan hembus hidung saat darah baru berhenti kerana ia boleh menyebabkan pendarahan berulang sekali lagi. 
5. Ambil daun sireh. Betul! Hidung yang alami pendarahan boleh dibantu dengan menggunakan daun sirih. Caranya adalah dengan mengambil satu ke dua helai daun sirih dan gumpalkan supaya baunya keluar. Kemudian bolehlah di hidu perlahan-lahan. Jangan di sumbat ke dalam rongga hidung pula kerana cara itu adalah salah. Hidu saja baunya, InshaAllah darah akan cepat berhenti. Cara ini sis guna pakai dah banyak kali saat kanak-kanak dulu.
6. Boleh juga diletakkan pek atas ke atas dahi dan atas bahagian hidung. Jika nak hisap atau kulum ais kiub juga boleh. Cara ni dapat bantu mengecutkan salur darah. 

Amaran! Terus ke hospital jika hidung masih berdarah selepas 30 Minit
Rawatan Epistaksis Cara Tradisional 

Masalah hidung berdarah adalah suatu kejadian yang kerap berlaku. Lagi-lagi untuk cuaca negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita ataupun pada anak orang lain. 


Mencari tahu punca hidung berdarah adalah satu perkara yang baik dan untungnya di sini akan dikongsikan juga petua bagaimana untuk hentikan masalah hidung berdarah (epistaksis) dengan cara tradisional yang sama sekali tidak menyakitkan. Malah kosnya juga tersangatlah murah.  


Sebelum tu, suka untuk sis beritahu yang petua rawatan cara tradisional ini sis sendiri dah lalui. Masa tu sis masih di waktu kanak-kanak dan emak sendiri lakukan cara ni pada sis. Itu semua berlaku dek kerana kebetulan ada seorang hamba Allah kongsikan petua pada emak. 

Lepas emak lakukan petua ni pada sis beberapa kali, alhamdulillah masalah berdarah hidung yang sering berlaku hampir setiap bulan terus berhenti hinggalah sis melangkah ke alam dewasa! Kiranya lepas emak buat petua ni pada sis, sama sekali masalah berdarah hidung selesai. Nak tahu apa caranya? Jawapannya adalah dengan menggunakan buah MANJAKANI 



Cara Rawat Hidung Berdarah Secara Semulajadi Dengan Buah Manjakani 

1. Ambil sebiji buah manjakani dan bersihkan

2. Ambil lesung batu dan bersihkan di bahagian bawahnya 

3. Asah (gosok tanpa henti) buah manjakani pada bahagian bawah lesung batu 

4. Ambil hasil 'asahan' buah manjakani yang melekat pada lesung batu dan sapu ke seluruh bahagian luar hidung

5. Lakukan sehari sekali selama 3 hari berturut-turut



Doa Untuk Menghentikan Pendarahan Pada Hidung Dan Sebagainya

Walau ada petua namun kita tidak boleh lupa yang penyembuh sebenar adalah Allah SWT. Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran. Maka untuk hentikan darah apabila berlaku kecemasan, bolehlah dibacakan doa sebagai salah satu usaha





Jangan Pandang Ringan Sepenuhnya! 

Walapun keadaan ini selalunya tidak berbahaya tetapi sebagai ibubapa kena juga sentiasa waspada kerana faktor darah hidung ini kadangkala merupakan gejala untuk sesuatu pesakit yang lebih serius. Kerana itu, jika ada kanak-kanak hidung berdarah, ibu ayah kena ambil tahu. 

Jika ada tanda-tanda di bawah ini, kena cepat-cepat di bawah ke doktor untuk rawatan.
  • Jumlah darah keluar dengan banyak dan sukar untuk berhenti
  • Kelajuan jantung menjadi laju dan tidak teratur 
  • Terjadi pada anak-anak berusia dibawah 2 tahun.
  • Berlangsung lebih dari 30 minit.
  • Terjadi kemalangan pada bahagian muka atau hidung seperti jatuh dari kerusi dan sebagainya
  • Diikuti dengan pendarahan pada bahagian lain seperti pendarahan pada urine (buang air kencing / air besar)
  • Mengalami demam dan ruam pada saat berlakunya pendarahan pada hidung

Selain daripada itu kena juga ambil serius jika hidung berdarah ketika hamil, hidung bayi berdarah setelah jatuh, hidung berdarah dan sakit kepala dan sebagainya. Ini kerana hidung berdarah pada anak dengan hidung berdarah pada wanita hamil dan bayi adalah tidak sama. Hidung anak berdarah setiap hari juga perlu diberi perhatian walaupun hidung berdarah sedikit saja. 



Sumber : myhealth.gov.my/





1 comment for "Pengalaman Anak Hidung Berdarah Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi"

  1. Terima kasih atas perkongsian. Selalunya saya yg berdarah hidung macam ni bila selsema. Bila berdarah hidung, selsema pun hilang la 😅

    ReplyDelete