Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Himpunan Resepi Kek Batik Simple Yang Mudah Dan Sedap

ffResepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap | Hari ni tetiba plak rasa teringin nak makan kek batik. Tetiba saja terbayang kek batik dengan rasanya yang lemak manis sesedap rasa. Nikmat rasanya kalau dapat makan kek batik untuk menu petang bersama minuman panas. Cari cara buat kek batik bagus juga ni. 

Untuk makan kenalah masak ikut resepi kek batik yang ada sebabnya kalau beli rasa macam tak puashati. Bila Google resepi kek batik memang boleh terkejut bila lihat begitu banyak resepi-resepi kek batik yang ada. 

Antaranya resepi kek batik cheese leleh, resepi kek batik coklat moist, resepi kek batik milo lembut, resepi kek batik tanpa milo, resepi kek batik indulgence, resepi kek batik cadbury, resepi kek batik oreo, dan lain-lain lagi. 

Meriah betul resepi kek batik ni tapi dalam banyak-banyak resepi kek batik simple yang mudah dan sedap juga menjadi pilihan. Sis memang lebih suka buat resepi yang senang dan cepat.



Bagi yang berhajat nak buat resepi kek batik sedap dan lembut, bolehlah follow resepi kek batik guna marjerin seperti di bawah ni. Sis sendiri pun terasa nak cuba ikut cara yang dikongsikan kat resepi ni. Lagipun resepi kek batik sukatan cawan begini memang mudah nak ikut tutorialnya.


RESEPI & CARA BUAT KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP IKUT SUKATAN CAWAN

Banyak-banyak kek, kek batik adalah antara kek yang paling mudah nak buat. Serius cakap, resepi kek batik memang senang dan sedap! Resipi Kek Batik ikut sukatan cawan senang tanpa perlu letak telur lagilah mudah nak siapkan. Bagi yang ikut teringin, jom cuba resepi kek batik sukatan cawan ini sama-sama. Bila dah siap bolehlah makan sampai puas bersama famili tersayang.


#1 - Kek Batik Biskut Marie

sumber : Google


BAHAN-BAHAN :

1 pek biskut Marie (ramai sarankan biskut Marie jenama Munchy)
250 gram buttercap (lebih sedap pakai butter dari pakai marjerin)
1 1/2 cawan serbuk Milo
2 sudu besar serbukn koko
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah sukatan jika mahu lebih manis)
sedikit air jika perlu


CARA BUAT KEK BATIK BISKUT MARIE :

1. Masukkan 250 gram butter ke dalam kuali atau periuk yang ingin digunakan untuk tujuan memasak.

2. Panaskan butter dengan api kecil sehingga cair sepenuhnya

3. Masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati. Api maintain dengan tahap yang sama, jangan dikuatkan. 

4. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit sambil terus dikacau. Jika rasa nak lebihkan lagi serbuk milo itu terpulang. Tak ada masalah!

5. Sentiasa di kacau hingga semuanya menjadi agak pekat dan berkilat. Jika dirasakan adunan tu terlalu pekat akibat terlajak letak serbuk milo, bolehlah dimasukkan sedikit air. Jangan letak air banyak sangat kan tak pasal terus spoil sebab dah jadi terlajak cair. 

Okay untuk langkah seterusnya ni ada 2 pilihan..... 

#1 - boleh patahkan biskut Marie kepada empat kemudian masukkan ke dalam adunan dan tuang semuanya ke dalam loyang. Setelah itu padatkan kek batik di dalam loyang tersebut dengan menekan belakang sudu ke permukaan kek batik.

#2 - susun biskut marie ke dalam loyang dan selang selikan dengan adunan coklat. Maksudnya biskut, coklat, biskut, coklat. Ulangi langkah ini hingga selesai. 

Terpulang nak guna cara yang mana satu dan bila dah siap bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. 



#2 - Kek Batik Milo

sumber Google

Bahan-bahan : 
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
1 paket biskut meri
Cara buat kek batik milo


Cara-Cara :

1. Masukkan butter yang telah dicairkan dan susu pekat ke dalam periuk.

2. Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
3. Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
4. Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
5. Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
6. Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
7. Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastic dan padatkan kek.
8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras.


#3 - Kek Batik Cheese Leleh 

sumber : Instagram

BAHAN - BAHAN : 

1 bungkus biskut marie

1 bungkus kecil milo

Susu pekat 1/2 tin
1 ketul buttercup
1/4 cawan susu cair
2 biji telor
1 sudu kecil nescafe



TOPPING CHEESE :



250 g cream cheese
1/2 cwn susu pekat +-
1 sudu perahan lemon
sedikit susu cair

*Pukul sampai sebati.


CARA - CARA MEMBUATNYA :


1. Cairkan buttercup dalam kuali. 


2. Bila dah cair masukan milo,serbuk nescafe,susu pekat susu cair serta telur dan masak sampai sebati. Masak dengan api kecil supaya milo dan buttercup sebati dan tak berketul.

3. Masukan biskut Marie. Kacau lagi hingga sebati.



4. Masukan dalam bekas / loyang. Tekan sehingga menjadi rata dan padat.

5. Biarkan sedikit sejuk kemudian bolehlah dituang dengan Topping Cheese. Boleh letakkan chocolate rice, nestum dan sebagainya sebagai hiasan 

#4 - Kek Batik Cream Creaker Cheese

sumber : Facebook MAHN

Bahan-bahan:
1 kotak kecil cream cheese philadelphia
300ml nestle cream
2sb mentega
3sb gula
Biskut cream cracker

Cara-cara:
  1. Pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati & lembut kecuali biskut cream cracker.
  2. Sediakan loyang. Pastikan loyang dilapis dengan wrapping cling film, atau kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan bila dah siap nanti.
  3. Susun biskut cream cracker di dalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan adunan no.1 tadi. Ulangi step ini sehingga adunan no.1 habis.
  4. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang. Kek sedia untuk dimakan bila dah dipotong.
*Resepi asal oleh ning5044 dari MyResipi.Com


#5 - Kek Batik Oreo



Bahan-bahan:
- 2 cawan Milo
- 3 sudu besar serbuk koko
- 250g mentega
- ½ tin susu pekat
- lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan)
- 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Cara-cara:
1. Dengan api kecil, cairkan mentega
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati
3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan
4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul
5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan
7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
8. Hias dengan kepingan Oreo
9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini


#6 - Kek Batik Cheesekut



#7 - Kek Batik Ganache


#8 - Kek Batik Milo Indulgence



VIDEO PANDUAN CARA BUAT KEK BATIK YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Kek Batik adalah juadah pemanis mulut yang sangat popular di Malaysia. Rasanya yang manis dan berlemak hasil gabungan coklat dan biskut memang sangat padu. Inilah rupa dan cara untuk membuatnya melalui panduan video. 

Untuk faham dengan lebih jelas bagaimana untuk buat resepi kek batik biskut marie dengan lebih mudah, bolehlah ikut cara-cara sebagaimana yang dikongsikan melalui video di bawah ini. 




Kenapa Kek Batik Berketul?

Kek batik boleh menjadi berketul jika campuran milo dan serbuk koko tidak dikacau dengan baik. Seharusnya semasa pembuatan kek batik, campurannya perlulah dikacau selalu tanpa henti dengan api yang kecil (perlahan) supaya semuanya menjadi sebati dengan baik. 

Kenapa Kek Batik Lembik Dan Susah Kerasa Di Dalam Peti Sejuk?

Sebab mengapa kek batik menjadi lembik adalah disebabkan jangka memasaknya yang belum cukup. Adunan yang baik adalah dengan cara memasaknya sehingga menjadi pekat dengan warna coklat kehitaman. 

Kenapa Kek Batik Boleh Menjadi Tawar Dan Tidak Sedap?

Kek batik boleh menjadi tawar dan tidak sedap disebabkan kurangnya campuran milo dan susu pekat. Ia juga boleh disebabkan salah masukkan air semasa dalam proses campuran milo dan susu pekat tadi. 

Adakah Resepi Kek Batik Ini Boleh Dianggap Mudah?

Ya, memang mudah sangat-sangat! Tak susah nak buat resepi kek batik milo ni sebenarnya. Yang penting pastikan semasa sedang membuat adunan campuran antara milo dan susu tersebut, gaul semuanya hingga betul-betul sebati dan pastikan serbuk Milo sama tidak berketul-ketul.

Kek Batik Boleh Bertahan Berapa Lama?
Jika mengikut pembacaan kek boleh bertahan selama seminggu dengan rasa yang masih okay tidak berubah. 

Kenapa Kek Batik Jadi Keras?

Kek batik boleh jadi keras jika terlajak letak banyak milo semata-mata tanpa diseimbangkan dengan jumlah susu pekat dengan baik. Ia juga boleh disebabkan oleh jumlah biskut marie yang terlajak banyak berbanding dengan jumlah adunan coklat yang ada. 
Ohya, masa sedang mencari resepi kek batik simple ikut sukatan cawan tadi, sis ternampak juga resepi kek batik indulgence cheese yang viral. Memang patut viral sebab kek batik indulgence cheese tu memang nampak sedap sungguh dengan rupanya yang moist dan melting. 

sumber : Google


Inilah salah satu kelainan kerana kek batik ini juga boleh diletakkan dengan topping kegemaran masing-masing. Nak tahu macamana rasa dan tahap kesedapan kena buat sendirilah kan. Takpe ada masa boleh cuba nanti. InshaAllah. 


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 


Semoga bermanfaat. 




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

3 comments for "Himpunan Resepi Kek Batik Simple Yang Mudah Dan Sedap"

  1. kek manis lemak berkrim dan bercoklat. sedap nyaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Macam Mana Tau kita tengah nak makan kek batik ni? Tup2 Ada resepi mudah kat blog awa ... Haah, mmg nak buat la next week insya Allah.

    ReplyDelete
  3. kek batik, antara kek yang semua orang suka... antara kek pertama yang dana reti buat heheheh

    ReplyDelete