Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba | Cuaca panas bila dapat pekena menu ssagu gula melaka yang sedap memang sangat asyik! Lagi-lagi bila resepi sagu gula melaka tu nampak mengiurkan dengan campuran warna yang cantik. 

Makin best makan bila sagu tu masak dan menonjol macam mata ikan. Tak dinafikan, sagu gula melaka adalah salah satu menu yang sangat sedap.

Untuk resepi sagu gula melaka ini ada yang mudah dan ada yang susah. Macam biasa, daku lebih suka untuk masak menggunakan resepi sagu gula melaka yang mudah. Paling penting rasanya mesti sedap. 

Dan dalam banyak-banyak resepi yang ku jumpa, daku tertarik dengan resepi sagu gula melaka yang dikongsikan seperti di bawah ini.


Bila lihat rupa untuk resepi Sagu Gula Melaka ini memang dah makin kecur air liur dibuatnya. Daku pasti ramai lagi peminat kuih sagu gula melaka ini merasakan perkara yang sama kan? Tak mengapa, ayuh kita sama-sama buat ikut resepi sagu gula melaka yang mudah ini. Dapatlah kita nikmati bersama-sama suami dan anak-anak sebagai juadah minum petang. 



Resepi Sagu Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap

Cara Untuk Memasak Sagu 

1. Rendam 2 cawan sagu dalam air + pewarna mengikut pilihan selama 10-15 minit.
2. Toskan sagu dan bilas dengan air.
3. Didihkan 4 cawan air dalam periuk.
4. Bila air dah mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga jernih.
5. Angkat sagu dan bilas dengan air supaya kanji hilang

Air Gula (sukatan agak-agak saja sebenarnya tetapi jumlah gula putih tu lebih sikit saja dari gula melaka)
1. Gula putih
2. Gula melaka
3. Daun pandan

Step Terakhir 
Masak semua bahan sehingga mendidih dan tapis sebelum digunakan.
Santan + garam dan masak sehingga mendidih dan tapis sebelum digunakan.

Ohya jika nak gantikan santan ini dengan susu cair juga boleh. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Walaupun ini bukannya resepi kuih sagu gula melaka untuk jualan, bukannya resepi sagu gula melaka dari Azie Kitchen dan bukan juga resepi sagu gula melaka Azlina Ali yang terkenal dengan resepi sagu gula melaka viral mereka, namun daku tetap happy kerana dah jumpa resepi sagu gula melaka cara simple dan mudah yang ku cari-cari selama ini. =D

Kalau nak tahu, dulu-dulu daku juga tak begitu pandai nak masak sagu hingga menjadi rupa seperti mata ikan. Lagipun sagu ni bersifat melekat dan nak dapatkan sagu yang masak sepenuhnya. Hinggalah dapat jumpa tips bagaimana untuk masa sagu dengan baik dan betul, barulah dapat disedikan sagu mata ikan mengikut kaedah yang betul step by step tanpa sebarang masalah.



2 comments for "Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba"

  1. ah terus terasa di tekak. jahat! hahahahahhaa. nampak gaya kena cari lah esok :P

    ReplyDelete
  2. dessert yang memang kegemaran lah... all time feveret menu nih... makan time sejuk-sejuk baru kuar dari peti pun layan...

    ReplyDelete