Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Buka Kedai Runcit Sendiri Secara Sederhana Atau Kecil-Kecilan

Cara Buka Kedai Runcit Sendiri Secara Sederhana Atau Kecil-Kecilan | Untuk pengetahuan, daku dan suami pernah ambil alih bisnes kedai runcit milik ayah suatu masa dulu. Kami uruskan perniagaan kedai runcit tersebut lebih kurang 5 tahun. Selama menjadi peniaga kedai runcit ini memang ada banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Bagi kalian yang ingin membuka perniagaan kedai runcit sendiri. kalian tidak boleh bertindak gopoh sebaliknya kena tahu dulu cara dan tips bagaimana untuk buka kedai runcit sendiri ini. Tidak kira kedai runcit tahap besar ataupun kedai runcit kecil-kecilan, masing-masing ada kelebihannya.




Antara perkara yang perlu di beri perhatian sebelum mula membuka kedai runcit sendiri ini adalah ;


#1. Ketahui berapa modal untuk buka kedai runcit

Berapa kos modal untuk buka sebuah kedai runcit sendiri bagi permulaan? Haaa soalan ni mesti ramai orang nak tahu jawapannya kan. Untuk pengetahuan, semakin besar perniagaan bermakna semakin besar modal. Begitu juga dengan perniagaan kedai runcit ini. 

Anggaran jumlah modal untuk membuka kedai runcit ini pula bergantung kepada saiz perniagaan. Jika sekadar nak buka kedai runcit kecil-kecilan untuk berniaga dari rumah maka modalnya mungkin dalam RM10,000 dah boleh. Sekadar untuk bermula secara kecil-kecilan dengan menjual barangan asas biasa. 

Tetapi untuk berniaga kedai runcit secara kecil-kecilan dari sebuah premis / kedai maka anggaran modal tadi akan menjadi semakin bertambah. Untuk tahun 2020 dan ke atas ini, anggaran modal terendah yang sesuai untuk membuka kedai runcit di dalam sebuah premis adalah sekitar RM30,000. 


#2. Apa yang perlu diberi perhatian untuk membuka kedai runcit sendiri 


Perkara yang paling penting untuk diberi perhatian bagi membuka kedai runcit sendiri ini adalah ;

  • lokasi yang strategik
  • senarai barangan yang hendak dijual
  • supplier kedai runcit untuk berurusan
  • tenaga pekerja jika perlu
  • kos elektrik dan air
  • kos sewa kedai



#3 - Kenali kehendak bakal pelanggan 

Bagaimana nak ambil hati pelanggan? Jawapannya adalah pada kelebihan sesuatu kedai runcit itu sendiri. Setiap peniaga kedai runcit ini perlu tahu siapakah golongan bakal pelanggan yang disasarkan bergantung pada lokasi premis perniagaan itu sendiri. 

Setelah mengenal bakal pelanggan maka bolehlah disediakan perkhidmatan yang sesuai di dalam kedai runcit tersebut. Sebagai contoh sediakan servis top up nilai credit handphone, servis bayar bil online, servis penghantaran tong gas dan sebagainya. 


#4 - Perhatikan saingan 

Pada tahun 70-an dan 80-an dulu, kewujudan kedai runcit tidak semeriah hari ini. Sekarang ni, kedai runcit ada di mana-mana. Jika dulu saingan tidak sehebat sekarang maka tidak hairanlah jika sesebuah kedai runcit pada ketika itu dapat berkembang maju dengan cepat. Namun untuk zaman ini perniagaan kedai runcit sudah menjadi semakin sukar. 


#5 - Checklist complete bagi barangan untuk sebuah kedai runcit


Setiap peniaga perlu senaraikan apakah barangan yang perlu dijual di kedai runcit masing-masing. Senarai ini boleh dijadikan sebagai checklist supaya berada di hala tuju yang betul. Setiap peniaga perlu senaraikan barangan yang wajib atau harus untuk di jual.

Antara contoh barangan wajib yang patut di jual oleh semua kedai runcit adalah seperti ;

  • gula
  • garam
  • bawang putih dan bawang merah
  • telur
  • minyak masak
  • aneka mee
  • roti dan biskut
  • bahan asas minuman seperti kopi, teh dan milo
  • aneka jenis tepung dan lain-lain lagi

Untuk contoh barangan harus di jual di kedai runcit ini pula adalah seperti ;
  • barangan basah seperti sayur dan ikan
  • bahan untuk membuat kek seperti baking soda, serbuk koko dan lain-lain lagi
  • bahan bacaan seperti surat khabar dan majalah
  • bahan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain
  • aiskrim 
  • ais batu dan lain-lain lagi

sekadar gambar hiasan - sumber google

#6 - Margin keuntungan kedai runcit


Kalau nak tahu, margin atau peratus anggaran untuk perniagaan kedai runcit ini tidaklah setinggi mana. Selalunya keuntungan untuk setiap barangan itu hanyalah sekitar 50 sen ke atas saja untuk setiap satu barang yang berjaya di jual. 

Cara atau tips mudah untuk tentukan margin keuntungan untuk perniagaan kedai runcit ini adalah ;

1) tengok cost / kos harga modal dan tambah margin keuntungan (lebih kurang 20%)

2) pergi survey harga barangan di mana-mana kedai runcit yang berhampiran

3) tanya pada pembekal apa itu  "retail recommended price"

4) margin bergantung kepada produk dan janganb lupa pada produk yang ada harga kwalan



#7 - Amalkan beli stok secara cash berbanding hutang 


Tak dinafikan ramai peniaga fikir cara singkat dengan cara berhutang dengan suplier untuk tambahkan stok. Akan tetapi percaya ataupun tidak, membeli barangan stok dengan cara hutang begini boleh memberi masalah. Rahsia untuk perniagaan kedai runcit kekal lama adalah dengan membeli stok kedai dengan cara tunai dan setiap barangan yang diambil hendaklah di bayar dengan cash juga walaupun untuk kegunaan tuan empunya kedai itu sendiri. 


sekadar gambar hiasan - sumber google


Tips Berkesan Lain Yang Boleh Diamalkan 


1. kurangkan cosignment atau bill to bill
2. Lihat keperluan sekitar / kuasa Belian
3. Rajin cari sumber murah dan banyak
4. Mesra Pelanggan
5. servis tiptop
6. rajin beri diskaun tanpa rugi
7. Kedai sentiasa di penuhi dengan produk
8. Buka setiap hari kecuali emergency
9. Cashier mestillah owner atau yg di percayai sahaja. 

10. Tempat cashier adalah larangan keras kpd pekerja lain.
11. bersedia menerima teguran dan kritikan pelanggan.
12. jangan menipu dalam timbangan
13. jangan menipu diri sendiri.



Itulah serba sedikit perkongsian untuk cara berserta tips bagaimana untuk buka kedai runcit sendiri sama ada yang berskala sederhana mahupun kecil-kecilan. Kebanyakkan peruncit kecil menggunakan cara manual menerima wang, cara ini boleh tetap digunakan cuma kena ada pengurusan akaun yang baik. Perlu juga fikirkan gaji dan cuti para pekerja. 

Jika dah lama bercita-cita untuk membuka sebuah kedai runcit sendiri, dah pasang hajat dari dulu untuk buka perniagaan begini, cara terbaik lain yang boleh dicuba adalah dengan berkerja di mana-mana mini market bagi menimba pengalaman terlebih dahulu. Lihat bagaimana ia beroperasi, bagaimana cara susunan rak, bagaimana cara susunan barang, bagaimana cara kendalikan stok baru danlama, bagaimana untuk serve pelanggan dan sebagainya. Kemudian bolehlah dipraktikan untuk perniagaan sendiri kelak. 

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan belajar dulu selok-belok perniagaan ini dari mereka yang lebih berpengalaman. Buka dulu satu kedai dan kembangkan secara sistematik. Siapa tahu berkat kesungguhan dan business plan kedai runcit yang baik, ada rezeki hingga boleh buka cawangan kedai runcit secara francais pula nanti. 

Selamat berjaya... selamat berniaga...


16 comments for "Cara Buka Kedai Runcit Sendiri Secara Sederhana Atau Kecil-Kecilan "

  1. Terima kasih atas perkongsian kak..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sharing. dulu memang jarang sangat nak jumpa kedai runcit. sekarang selang 5 langkah pun dah ada kedai runcit, saingan

    ReplyDelete
  3. wah !! menarik perkongsiannya Awa.. tulis lagi !!!

    ReplyDelete
  4. Menarik tips ni sis tapi part nak bayar stok guna cash tu yang susah tu.

    ReplyDelete
  5. Saya ingin tahu. Bagaimana mendapatkan pembekal?sebab saya hanya membeli dari pasar raya dan menjualnya semula.Terpaksa menjualnya mahal sedikit mengambil kos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli dr kedai2 pemborong.. di situ harga jauh lebih rendah dan selalunya kedai2 pemborong ni lg banyak beli lg murah harganya

      Delete
  6. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. saya xde modal langsung.
    tp sgt berminat nk buka kedai runcit sendiri.
    minat berniaga khususnya brg bmf dan buatan malaysia.
    jadi, perlukah saya mbuat pinjaman perniagaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat pinjaman boleh tapi pastikan buat kira2 utk beli stok termasuk bayaran sewa kedai dan bil2 dalam masa beberapa bulan ke depan. Ini kerana, kedai tersebut belum boleh beri keuntungan dalam jangka masa terdekat, takut nanti, pinjaman baru start bayar, sudah ada hutang lain dgn pemborong dek kerana nak tambah stok. Mind set kena betul, buat pinjaman boleh tapi jangan habiskan semuanya, pastikan ada sedikit simpanan dalam 10% @ 15% sebagai backup kecemasan.

      Delete
  8. Saya masuk bidang ni secara tak sengaja..macam bidan terjun..thanks atas tips..

    ReplyDelete
  9. Kalau modal 20k blh ke bukak kedai runcit, sy ingt nk berbisnes fulltime dr mkn gaji. Perlu utk standby backup kewangan

    ReplyDelete
  10. Perlu ke ada lesen SSM dan lesen majlis perbandaran untuk buat kedai di rumah sendiri di kawasan perkampungan.

    ReplyDelete
  11. Perlu ke ada lesen SSM dan lesen majlis perbandaran untuk buat kedai di rumah sendiri di kawasan perkampungan.

    ReplyDelete