Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Hubungi Operator Digi Dan Cara Transfer Kredit Digi Ke Digi

Cara Hubungi Operator Digi Dan Cara Transfer Kredit Digi Ke Digi | Digi - Let's Inspire, We're always ready to help! Other than general information, our help center also provides solutions for any problems that you may encounter. Ini bermakna pihak Digi sentiasa bersedia untuk membantu jika ada sebarang masalah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghubungi mereka melalui talian yang telah ditetapkan. 



Antara Sebab Yang Memerlukan Bantuan Dari Operator


Kenapa perlu hubungi operator Digi? Antaranya mungkin ingin tahu bagaimana untuk sambungkan kembali talian Digi yang telah tamat tempoh akibat kelalaian tidak menambah kredit. Ingin tahu kenapa akaun Digi disekat. Cara untuk aktifkan semula nombor Digi.

Kenapa tak boleh buat panggilan keluar dan masuk, asyik kena potong credit phone selalu serta lain-lain lagi. Maka nak tak nak terpaksalah hubungi melalui telefon bimbit lain kepada operator Digi bagi mengetahui status dan langkah untuk selesaikan masalah yang ada. 

Setiap panggilan di anggap sebagai privasi dan pihak operator Digi akan menjelaskan masalah yang berkaitan dengan cara bertanya soalan dan memproses maklumat bagi mendapatkan langkah terbaik untuk disyorkan kepada para pelanggan. 


Perbezaan Antara Digi Postpaid dan Digi Prepaid


Postpaid untuk senang faham adalah penggunaan handphone dengan menggunakan bil. Guna dulu nanti cukup bulan bayar. Tapi tak semua orang mampu guna postpaid kerana takut akan menganggu bajet bulanan. 

Prepaid ini dalam dalam bahasa melayunya bermaksud pra bayar. Prepaid atau pra bayar dan lama wujud dan prepaid ini tak perlu nak pening kepala. Ada duit boleh topup ke mana-mana handphone berdasarkan nombor telefon bimbit masing-masing. 

Untuk plan Postpaid dan Prepaid ini ada kelebihannya yang tersendiri. Sebagai contoh untuk postpaid boleh guna dulu nanti dah gaji, sampai bil baru jelaskan. Tak payah pening kepala nak top up dari masa ke semasa. Manakala untuk pengguna Prepaid pula akan mendapat keistimewaan lain seperti dapat terima dan transfer credit Digi dengan yang tersayang dan sebagainya.

Cara Semak Plan Digi



  1. Dial *128#
  2. Pilih My Account
  3. Call Plan

Cara Transfer Kredit Digi Ke Digi (Share Credit)

Talktime Transfer™ let you transfer prepaid credit to Digi prepaid user easier. Maknanya Talktime yang digunakan oleh pelanggan Digi amat mudah untuk transfer kredit Digi ke Digi hanya dengan menggunakan handphone masing-masing. 

Cara step by step untuk memindahkan kredit Digi kepada pengguna Digi dengan mudah ini adalah:
  1. Dial *128#
  2. Pilih My Account
  3. Pilih Talktime Services
  4. Pilih Talktime Transfer
  5. Masukan jumlah amaun yang mahu dihantar 
  6. Tekan Send
  7. Selesai

Pastikan salah seorang (penerima atau penghantar) tidak menggunakan plan Prepaid Easy, Prepaid LiVE, Prepaid Smart Plan ataupun Smart Prepaid. Ini adalah antara plan Prepaid yang tidak diberikan servis Talktime Transfer



Cara Hubungi Operator Digi (Digi Customer Service) 


Hubungi operator Digi di talian 016 221 1800.

Setelah hubungi boleh beritahu masalah yang ada, kemudian bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Digi yang terdekat untuk tindakan lanjut sekiranya perlu.



4 comments for "Cara Hubungi Operator Digi Dan Cara Transfer Kredit Digi Ke Digi"

  1. kat pedalaman ni susah sangat la nak pakai digi. huhu

    ReplyDelete
  2. Digi dulu tak bagus tapi sekarang sudah.. pakej pun murah!

    ReplyDelete
  3. pernah pakai digi tapi tulah, line tak berapa nak cantik kat tempat eda..last² tukar

    ReplyDelete
  4. Sim digi saya kena suspended mcm mana mahu tukar setting tersebut agar boleh di guna kembali

    ReplyDelete