Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Rendahkan Bounce Rate Blog Dengan Cepat Dan Mudah

Cara Rendahkan Bounce Rate Blog Dengan Cepat Dan Mudah Bounce Rate? Apa sebenarnya bounce rate ni? Mula-mula berblog dulu aku sendiri ikut terpinga-pinga bila disebut tentang bounce rate. Alhamdulillah lama kelamaan dah faham. 

Isu berkaitan bounce rate dikalangan blogger memang dah lama diperkatakan. Malah pelbagai tips di cuba demi untuk rendahkan bounce rate tetapi tak semuanya menjadi. Hinggalah bertemu dengan satu trick ni. 


Sebelum bercerita tentang trick atau tips cara nak rendahkan bounce rate, di sini aku terangkan serba sedikit cara ringkas berkaitan bounce rate dan maksudnya.


 Apa Itu Bounce Rate? 


Cara paling senang untuk faham apa itu bounce rate mudah saja. Kalian bayangkan ada sebuah blog. Di dalam blog tersebut ada beberapa artikel yang telah diterbitkan. Sekarang ada pembaca yang singgah ke blog tetapi mereka tidak berminat untuk terus berada di blog untuk baca artikel-artikel lain. Ada ketika, mereka hanya singgah ke blog scroll itu scroll ini kemudian terus pergi. 

Maka apabila keadaan itu berlaku, maka kadar Bounce Rate akan menunjukkan jumlah angka yang tinggi. Angka ini akan ditunjukkan dalam bentuk peratus. 

Kewujudan bounce rate ni seakan memberitahu tentang kualiti isian bagi sesebuah blog. Kalau bounce rate tinggi, maknanya kurang okay dan kalau rendah maksudnya baik. 






Bagaimana Nak Rendahkan Bounce Rate?


Jika ditanya soalan bagaimana nak rendahkan bounce rate ni, ada dua kategori jawapan yang boleh diberikan. Di dalam artikel ini, aku akan kongsikan jawapan untuk kedua-duanya sekali. 


#1 - TIPS RENDAHKAN BOUNCE RATE BLOG CARA KONSISTEN

Sebelum ni bila buka Google Analytics terpandanglah jumlah bounce rate dengan nilai bounce yang akan tinggi. Oh sedih! Antara cara yang boleh dilakukan pada waktu itu adalah seperti ;
  • tingkatkan kualiti penulisan blog
  • letakkan widget popular post di sidebar
  • pasang 'artikel berkaitan' pada penghujung entry
  • letakkan backlink artikel yang berkaitan untuk sesebuah entry

Cara ni memang ada tempiasnya sedikit dan sebanyak tapi untuk nak dapatkan penurunan Bounce Rate dengan cepat memang agak sukar. Kadang-kadnag terfikir juga. Pembaca ramai, trafik not bad tapi Bounce Rate tetap mengecewakan. Hmmm..

#2 - CARA RENDAHKAN BOUNCE RATE DENGAN TRICK

Hinggalah suatu hari dapat jumpa satu kaedah yang lebih berkesan. Ianya menggunakan trick. Trick ini simple sajaUntuk merendahkan bounce rate dengan kaedah trick ini aku dapat daripada Sifu Hasrul Hassan melalui blognya. 

Tips atau cara pantas merendahkan bouce rate blog ini aku dah cuba. Alhamdulillah memang betul-betul berjaya. Maka bolehlah kalian cuba guna cara yang sama ini untuk kurangkan kadar bouce rate blogspot masing-masing.



Benar-Benar Nak Rendahkan Bounce Rate Blog? Jom Follow Cara Di Bawah Ini 

Langkah Pertama : Daftar Google Analytics >> DI SINI << 


Setelah itu, follow langkah pendaftaran step by step seperti cara di bawah ini.







Sekarang, Copy Code Tracking Google Analytics kalian tu... 




Dah Copy? Okay,  Masukkan Ke Dalam Blog Theme (Template)

-  di bawah perkataan <head> 


Tambahkan Ayat Had Masa Ini Pada Sebelum penutup code Google Analytics 


setTimeout(&quot;ga(&#39;send&#39;,&#39;event&#39;,&#39;Profitable Engagement&#39;,&#39;time on page more than 3 minutes&#39;)&quot;,180000);


[boleh ke artikel INI , jika code di sini tidak boleh di copy]


Jika diperhatikan betul-betul, ini bukanlah code untuk trick cara tidak baik. Sebaliknya ini hanyalah code untuk memberitahu pihak Google untuk 'memandang' pada pembaca yang berada di blog bermula dari 3 minit dan ke atas.


Pastikan Kedudukan Code Itu Betul (rujuk gambar di bawah)





Langkah terakhir : SAVE TEMPLATE!


Itulah cara untuk rendahkan bounce rate pada blog. Bounce rate ini akan turun secara perlahan-lahan dan bolehlah dipantau dari masa ke semasa.

Selamat mencuba, goodluck!

15 comments for "Cara Rendahkan Bounce Rate Blog Dengan Cepat Dan Mudah "

  1. Mmg b'kesan kak.. Sy dah lama guna cara nie cuba sy x ingat mana nak dapat kod masa tu..

    ReplyDelete
  2. Kalau bounce rendah terlalu rendah? OK x?

    ReplyDelete
  3. Kita pun guna tricks ni juga.

    ReplyDelete
  4. baru cuba..nnti k.fiezz update menjadi ke idak..

    ReplyDelete
  5. tak dapat nk copy ayat had masa... mcm mana sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klik pd link yang sis bgi pd bahagian bawah code tu.. boleh copy dr sana

      Delete
  6. alhamdulillah sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  7. Tenkiu sis awa.. Kite nak try la..

    ReplyDelete
  8. nak cuba ni... tak tau la jadi ke idak...

    ReplyDelete
  9. baru dapat jengah untuk baca..nanti akan dicuba kot boleh bagi rendah lagi hehe

    ReplyDelete
  10. Ok Marsha dah cuba. Aritu ada something salah sikit. Doakan bounce rate blog Marsha ok nt ya Awa :)

    ReplyDelete
  11. Lepas tukar template.. Trick ni tak jadi... Haha.. Nak kena cari trick lain pula..

    ReplyDelete