Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Info Lengkap Mengenai Mengandung Luar Rahim Berserta Doa

Info Lengkap Mengenai Mengandung Luar Rahim Berserta Doa  | Mengandung luar rahim merupakan salah satu masalah ketika mengandung yang agak digeruni. Ini kerana mengandung luar rahim ini agak berisiko kepada si ibu dan juga bayi yang sedang dikandungkan. Namun begitu, mengandung di luar rahim ini masih boleh selamat sebenarnya. 

Antara kaedah utama bagaimana untuk selamat ketika mengandung luar rahim ini adalah dengan mengambil tahu pelbagai info mengenainya. Dengan pembacaan dan pemahaman InshaAllah mengandung luar rahim boleh selamat. 




Bahkan di Malaysia ini sudah ramai ibu mengandung di luar rahim yang dapat diselamatkan ibu dan bayi. Daku sendiri saat berada di dalam ward untuk bersalin dulu pernah jumpa seorang ibu lain yang sedang berada di hospital untuk melahirkan bayi bagi kandungan di luar rahim. Ohya, mengandung luar rahim ini juga dikenali sebagai mengandung anggur. 


Perkara Berkaitan Mengandung Luar Rahim Yang Patut Kita Ambil Tahu 


Antara perkara yang perlu di ambil tahu mengenai mengandung di luar rahim ini adalah : 


#1 - Maksud Kehamilan Di  Luar Rahim 

Maksud kehamilan di luar rahim dalam bahasa Inggeris (in English) dikenali sebagai Ectopic Pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Kandungan luar rahim  terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim iaitu serviks. Dalam erti kata lain, kehamilan luar rahim ini berlaku di dalam tiub fallopio.

Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang boleh mengundang bahaya kerana ia membesar di luar rahim. Nisbah untuk kandungan luar rahim adalah di antara 1 dalam 90 kehamilan. Agak jarang berlaku namun bila-bila masa boleh terjadi pada mana-mana bakal ibu. 




Anda tahu tak apa penyebab untuk kehamilan ektopik? 

Untuk pengetahuan, kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim berlaku apabila sel telur (ovum) yang baru bersenyawa tidak berjaya untuk tiba ke rahim. 

Antara sebab mengapa ovum tidak berjaya menuju ke rahim mungkin di sebabkan ada sebarang kerosakan pada tiub fallopio seperti jangkitan, proses pembaikian oleh tubuh, atau kerana mengalami kerosakan disebabkan oleh pembedahan. 





Untuk kandungan yang berlaku di dalam tiub fallopio ini disebut sebagai kandungan tuba (tubal pregnancy) dan kebanyakan wanita yang mengalami kandungan tuba akan mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan.

Antara Faktor Risiko Untuk Kehamilan Luar Rahim

Komplikasi kehamilan luar rahim dianggarkan boleh berlaku kepada 1 dalam 50 ibu mengandung.  
Berikut ialah hal-hal yang meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat kehamilan luar rahim:
  • Pernah mendapat jangkitan kuman pada kawasan pelvis (penyakit radang pelvis)
  • Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Pernah mengalami keguguran kandungan
  • Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim (intrauterine contraceptive device)
  • Pembedahan pelvis
  • Bertukar-tukar teman seks/seks bebas
  • Usia yang semakin tua


#2 - Simptom atau Tanda Untuk Kandungan Luar Rahim 

Kehamilan luar rahim bukanlah sesuatu yang asing dan ada wanita mengalaminya selepas mengandung kali pertama. Ada juga ketika anak yang ke dua, ke tiga dan seterusnya. Terdapat juga beberapa simptom atau tanda-tanda mengandung luar rahim.

Antara tanda-tanda utama yang sering dilalui oleh ibu yang mengandung luar rahim ini adalah :

  • Tiada haid (kerana mengandung)
  • Pendarahan dari vagina (biasanya sedikit sahaja)
  • Sakit pada bahagian pelvis yang berlarutan

#3 - Tanda Sakit Hamil Luar Rahim 

Bagi ibu yang disyaki sedang melalui kandungan luar rahim, si ibu perlu sentiasa alert dan berwaspada dengan perubahan diri. Ini kerana kandungan tuba yang berada di luar rahim boleh pecah apabila kandungan semakin membesar. Ingat, kehamilan ektopik ini adalah sangat berisiko dan boleh menyebabkan kematian. 

Antara tanda yang boleh berlaku untuk kandungan tuba yang baru pecah adalah :


  • Pitam
  • Pening kepala
  • Denyutan nadi yang laju
  • Tekanan darah yang rendah  
  • Sakit pada bahagian bahu

Jika ada tanda-tanda di saat, segeralah bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 


#4 - Teknik Yang Dilakukan Untuk Kenal Pasti Kandungan Luar Rahim 

Berikut ialah teknik-teknik yang biasa digunakan bagi mengenal pasti kandungan luar rahim. Mengenal pasti kandungan luar rahim pada peringkat awal adalah penting agar rawatan boleh dilakukan secepat mungkin.

- Mengukur aras hormon hCG (gonadotrofin korion manusia, human chorionic gonadotropin) secara berkala 48 jam sekali. Peningkatan aras hCG yang lebih rendah daripada peningkatan sepatutnya boleh menjadi bukti tentang berlakunya kandungan luar rahim.

- Kajian daripada imbasan alat ultrasonar (ultrasound). Jika kandungan luar rahim berlaku, imbasan ultrasonografi akan menunjukkan rahim yang kosong, malah boleh menunjukkan terdapat embrio yang terletak di kawasan lain (contohnya, tiub fallopio).

- Laporoskopi, iaitu satu teknik pembedahan dengan menebuk lubang pada abdomen dan melihat keadaan dalam abdomen dengan menggunakan kamera kecil (scope). Ini hanya dilakukan jika kajian aras hCG dan kajian ultrasonografi tidak memberikan keputusan yang memuaskan bagi membuktikan kewujudan kandungan luar rahim.






#4 - Ibu Mengandung Luar Rahim Selalunya Perlu Dibedah 

Selalunya wanita yang mengandung terpaksa melahirkan bayi dengan kaedah pembedahan apabila disahkan mengandung luar rahim. Kandungan di luar rahim boleh diketahui seawal 1 hingga 2 bulan kehamilan mengikut keadaan si ibu itu sendiri. Ada yang mudah dipastikan dan ada juga yang agak payah. Mengandung luar rahim biasanya akan bleeding sikit sikit. 

Antara teknik yang paling biasa dan paling berkesan ialah pembedahan untuk membuang kandungan luar rahim tersebut. Pembedahan membuang embrio merupakan salah satu cara yang sering dilakukan demi untuk menyelamatkan nyawa ibu yang mengalami kehamilan ektopik atau hamil luar rahim ini. 

Pembedahan sebegini terpaksa dilakukan kerana kandungan luar janin tidak akan bertahan lama dan mempu mengancam nyawa si ibu. 

Kadang-kadang dalam keadaan yang mendesak, tisu yang terlibat juga terpaksa dibuang bersama-sama dengan embrio; contohnya ialah pembedahan salfingektomi (salphingectomy) iaitu pembuangan tiub fallopio yang terjejas disebabkan oleh kandungan tuba. 




Ada juga beberapa kes ibu mengandung luar rahim yang mendapat rawatan tanpa pembedahan dengan syarat-syarat tertentu yang ketat. 

Rawatan bukan pembedahan ini termasuklah menyuntik pesakit dengan prostaglandin, kalium klorida atau methotrexate. Akibat daripada rawatan ini, embrio yang masih baru itu akan berhenti berkembang dan biasanya akan mengecut, diserap dan hilang di kawasan implantasi. 

Dalam keadaan lain, embrio tersebut mungkin akan diusir keluar bersama-sama dengan darah haid. Namun selepas rawatan seperti ini dilakukan, pesakit perlulah terus dipantau dengan ultrasonografi dan diukur aras hCG untuk beberapa minggu agar dapat dipastikan bahawa kandungan luar janin tersebut sudah benar-benar tiada.

Tempoh berpantang selepas pembedahan kandungan luar rahim adalah sama tempohnya dengan tempoh berpantang biasa. Selalunya, selepas dari pembedahan, tempoh berpantang adalah selama 44 hari dan ke atas. Malah penjagaan selama tempoh pantang ectopic ni lagi hebat dari berpantang bersalin normal.

Berapa lama tempoh masa pembedahan itu tidak pasti cuma selepas pembedahan, maka kandungan sudah tidak lagi ada dan yang tinggal hanyalah kesakitan selepas pembedahan.

#5 - Pengalaman Suspek Mengandung Luar Rahim

Pengalaman untuk kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy) ini telah pernah dikongsikan oleh ramai ibu-ibu yang pernah melaluinya. Tidak dinafikan juga detik suspek mengandung luar rahim memang agak mengejutkan. Hati ibu mana tak gembira bila dalam rahim ada bakal zuriat yang comel namun berita kegembiraan mula bertukar risau bila disahkan kandungan itu berada di luar rahm. 
Beberapa bulan sebelum ini juga  telah viral status seorang suami yang baru saja melalui situasi berkenaan mengandung luar rahim. Pengalaman isteri beliau yang terpaksa dibedah kerana disyaki mengandung luar rahim ini turut dikongsikan melalui media massa. 
Dalam banyak-banyak pengalaman tentang hamil luar rahim ini, daku amat tertarik dengan pengalaman sebagai suspek ibu mengandung luar rahim yang dikongsikan oleh Cik Za melalui perkongsian penuhnya di blog beliau. 


sumber : Cik Za Dot Com 


Di sana beliau ada ceritakan detik-detik melalui proses keguguran, ambil beta HCG, scan rahim, tiub sebelah kanan pecah, demam pula hingga seminggu lepas operation, tips sembuhkan luka dengan cara penjagaan yang betul dan lain-lain lagi. 

Jadi bagi para ibu yang sedang melalui situasi mengandung luar rahim, bolehlah baca pengalaman beliau sebagai persediaan awal. Jika Cik Za boleh lalui, InshaAllah ibu-ibu yang lain juga pasti boleh lalui. 

Selain Cik Za, ada beberapa orang dikalangan artis yang pernah mengalami masalah mengandung di luar rahim ini. Antaranya isteri kepada Hazama dan juga Sari Yanti. Sari Yanti sendiri pernah hamil luar rahim dan 1 daripada tiub fallopiannya telah di buang. Namun Alhamdulillah Sari Yanti berjaya menimang cahayamata perempuan selepas itu. 



#6 - Cara Mengelak Mengandung Luar Rahim 

Bagi mengelakkan diri dari mengandung luar rahim teruatama untuk mereka yang telah melaluinya, cara untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan adalah seperti : 
  • - suami menggunakan pelindung semasa bersama 
  • - jumpa doktor jika haid terhenti untuk satu jangka masa yang lama 
  • - jika disyaki diri terkena jangkitan saluran air kencing, jangan berlengah untuk segera berjumpa doktor 
  • - jangkitan saluran air kencing ni selalunya akan tunjuk simptom sakit semasa buang air kecil dan semasa bersama 

Antara golongan wanita yang mengalami risiko besar untuk kehamilan luar rahim ini adalah : 
  • - pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini 
  • - ibu tetap hamil walau sudah dipasang dengan IUD - salah satu alat mencegah kehamilan
  • - struktur tiub fallopian yang bermasalah (tidak normal) 
  • - wanita yang mengalami masalah kesuburan 
  • - wanita yang tidak setia hanya dengan seorang lelaki
  • - wanita yang merokok 


Doa Elak Mengandung Luar Rahim Dan Penyakit Lain 


Doa Untuk Elak Keguguran


Berzikirlah pada Allah SWT dan berdoalah semoga dijauhkan segalanya.  Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:

1.Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:


hijr1
hijr2
hijr3


Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


2. Membaca zikir Ya Mubdi yang bermaksud Pencipta


https://i1.wp.com/cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png


Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.

Mengandung Luar Rahim Boleh Selamat Dengan Tindakan Awal

Melalui artikel ni dah dapat tahu cara mengelak mengandung luar rahim, tanda sakit hamil luar rahim, tanda sakit hamil luar rahim, pengalaman suspek mengandung luar rahim dan sebagainya. 

Jika ada sebarang tanda-tanda kehamilan luar rahim tolong jangan berlengah. Segera bertindak dengan pergi ke mana-mana hospital terdekat. Jika takut sangat-sangat, at least boleh ke mana-mana klinik swasta dulu untuk rawatan awal dan jika sahih maka segeralah rujuk ke hospital untuk tindakan lanjut. 

Ikut nasihat doktor. Jika tidak puashati dengan pendapat seorang doktor, boleh dapatkan nasihat daripada beberapa orang doktor yang lain sebelum membuat apa-apa keputusan. Andai disahkan mengandung luar rahim jangan terus fikir negetif ya. 

Andainya benar sedang mengandung di luar rahim, tolonglah jangan stress! Ingat, doa banyak-banyak kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang kita tidak tahu. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



19 comments for "Info Lengkap Mengenai Mengandung Luar Rahim Berserta Doa "

  1. Trauma baca pasal ectopic pregnancy ni sebab pernah kena diagnos ada ectopic pregnancy sebab doc scan baby xde dalam rahim. Tapi mujur , false diagnosis jer lepas pergi klinik pakar yg check.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. dapat ilmu baru harini :)

    ReplyDelete
  3. Nyilu perut membacanya sebab belum pernah alaminya, dan dah 2o tahun tak beranak lagi hahaha bila dengar dan baca bab kehamilan ni, adehhh sebu perut...

    ReplyDelete
  4. New knowledge everyday! I never heard bout this before but glad to know now. Great share 👍

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian. semoga bakal ibu terutamanya dijauhkan daripada kejadian seperti ini. Doa banyak2 semoga dijauhi seperti yang diajar diatas.

    ReplyDelete
  6. Org kata mengandung luar rahim ni mmg sakit giler. Separuh nyawa sakitnya

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.. Baca pun dh seram. Tapi kene ambil tau juga.. Gigih nad baca sampai habis.. Tq sharing..

    ReplyDelete
  8. Ngilu baca pasal kandungan luar rahim walaupon takde pengalaman tapi rasa takut nak mengandung lagi

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat menarik ni. Kalau ada rasa tak kena, elok cepat berjumpa doktor, orang yang pakar dalam bidangnya. Bukan jumpa orang yang tak sepatutnya yang akan menambah stress si ibu saja.

    ReplyDelete
  10. thanks perkongsian. semoga dipermudahkan urusan semua mak2 mengandung, smg sihat selalu

    ReplyDelete
  11. Inshaa Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak ada wanita yang nak mengandung luar rahim. Pasti ada jalan penyelesaian kan. Bagus untuk bacaan wanita kat luar sana.

    ReplyDelete
  12. Takut juga kita bila dengar tentang mengandung luar rahim ni walaupun kita orang lelaki tak ada rahim tak rasa mengandung ini tapi bila baca sini dapat rasa kesakitan dan juga apa yang dihadapi. Moga semua sihat-sihat berlaka.....

    ReplyDelete
  13. Satu info yg bagus dikongsi kepada ibu2 yg mengandung luar rahimapatah lagi ada doa doanya.

    ReplyDelete
  14. Asmkm.. tq info macam ni, ibu-ibu yang sdg mngalami mcm ni tau langkah2 cmne nak buat tindakan selpas mgtahuinya..
    ........................
    anda di tag

    https://hatinufid.blogspot.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
  15. ilmu baru lagi hari ni. walaupun nampak mcm asing bagi kaum lelaki, tapi pendapat saya kaum lelaki pun kena ambil tahu.

    ReplyDelete
  16. Kawan baik emi baru je lepas setel pembedahan disebabkan ectopic pregnancy ni. Kesian dia, ini kandungan pertama dia. Katanya dengan fallopian tube sekali terpaksa dibuang.

    ReplyDelete
  17. Dah pernah kena ectopic pregnancy tahun lepas. Sakit dia taktahu nak cakap mcm mana.

    ReplyDelete
  18. Doc diagnose sy ruptured ectopic pregnancy..ini kandungan ke3..ank p1 mninggal..yg ada skrgni ank no2..Baru lepas operation 2hb julai.sekrg tgh berpantang..ya allah..teramat la sakit..hanya tuhan saja yg tahu...allahuakhbar..betul2 pengalaman yg xdpt dilupakan sampai bila2..rasa seram nak pregnant lagi..subhanallah..sesungguhnya ALLAH s.w.t dah aturkan smuanya..

    ReplyDelete