Bila masa kena mandi wiladah? Bila masa pula kena mandi nifas? Apa pula hukum dan cara mandi nifas dan mandi wiladah selepas bersalin ni? Mandi Wajib Nifas VS Mandi Wajib Wiladah, eh mana satu patut di buat? Kena mandi kedua-duanya sekali ke? Jika boleh disekalikan mandi wiladah dan mandi nifas, apa pula lafaz niatnya?

Banyak kan soalan yang timbul? Tak apa, di sini daku nak kongsikan info tentang Nifas dan Wiladah. Topik ni wajib untuk di ambil tahu oleh semua perempuan yang beragama Islam baik yang sudah berumahtangga mahupun belum. Walaubagaimanapun golongan utama yang perlu beri perhatian semestinya para isteri dan bakal ibu yang akan melahirkan.


Pertama sekali, ualls jangan terkejut jika aku katakan bahawa masih ramai wanita di luar sana yang masih belum tahu tentang kewujudan mandi wajib wiladah dan nifas ni walau sudah punya anak ramai. Mungkin kerana kita hanya terfikir tentang mandi wajib selepas bersetubuh dengan suami dan habis haid saja sedangkan hakikat sebenarnya masih ada lagi mandi wajib lain yang perlu kita lakukan.

Mandi wajib selepas bersalin ini dibahagikan kepada dua:
1. Nifas
2. Wiladah


NIFAS
Nifas adalah darah yang keluar daripada rahim selepas melahirkan anak. Walaupun hanya setitik darah yang keluar selepas bersalin, ianya tetap di panggil darah nifas. Darah nifas ni selalunya keluar sehingga 40 ke 60 hari.

WILADAH
Wiladah membawa maksud 'melahirkan kandungan' dan ia adalah mandi wajib yang perlu di lakukan selepas bersalin tak kira samada bersalin normal atau pembedahan. Niat mandi wiladah dan cara untuk mandi wiladah ini senang saja sebenarnya cuma ada ramai yang berpendapat bahawa wiladah dan nifas ini adalah dua jenis mandi wajib yang berlainan dan perlu di lakukan secara berasingan. Sebenarnya terdapat sedikit kesalahan pada perkara ini.


Bolehkah Mandi Wiladah Dan Nifas Disekalikan

Kesalahan yang di maksudkan adalah Mandi wiladah hanya perlu di lakukan sekiranya tiada sebarang darah nifas yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya ada darah nifas yang keluar maka wandi wiladah ini tidak perlu di lakukan sebaliknya kita hanya perlu mandi wajib sekali saja setelah darah nifas habis nanti.

Di sinilah berlakunya kesilapan. Ramai yang menganggap mandi wiladah perlu di lakukan segera. Lebih cepat lebih bagus. Sedangkan hakikat sebenarnya mandi wiladah ini hanyalah untuk ibu-ibu yang melahirkan tanpa ada sebarang darah nifas yang keluar.

Sekiranya ada darah nifas maka kita hanya perlu mandi sekali saja ketika darah nifas itu sudah habis kerana mandi wiladah dan nifas boleh di buat serentak. Tujuan kita mandi wajib adalah untuk menyucikan diri daripada hadas besar tetapi jika kita mandi wiladah awal sedangkan diri masih mengeluarkan darah nifas maka diri kita masih lagi berada dalam keadaan hadas besar. Kerana itulah, kita hanya perlu mandi sekali saja setelah darah nifas benar-benar sudah habis nanti.

Baca Juga : Tujuan Dan Kaedah Untuk Merancang Keluarga





Perlukah Mandi Nifas Atau Wiladah Jika Keguguran?

Mandi wiladah juga wajib di lakukan oleh ibu-ibu yang mengalami keguguran. Jangan ingat hanya perlu berpantang saja jika keguguran hinggakan mandi wiladah ini di abaikan. Selalunya wanita yang keguguran tidak akan keluar darah nifas, maka lakukan mandi wiladah untuk mengangkat diri dari hadas dan bolehlah solat seperti biasa walau diri masih dalam tempoh berpantang.

Begitu juga dengan ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan mahupun normal. Sekiranya tiada darah nifas yang keluar maka lakukanlah mandi wiladah ini dan solatlah seperti biasa walau tempoh berpantang belum habis. Jika badan berasa masih lemah boleh lakukan solat secara duduk.


CARA MANDI WILADAH DAN NIFAS / CARA LAFAZKAN NIAT

Ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan untuk lafaz niat mandi nifas dan lafaz niat mandi wiladah ini. Antaranya:
  • "Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan wiladah....."
  • "Sahaja aku mengangkat hadas besar....."

KESIMPULAN
- Mandi wiladah hanya perlu di lakukan sekiranya tiada sebarang darah nifas yang keluar.

- Mandi hanya sekali apabila darah nifas sudah habis nanti dan akan terangkatlah ke dua-dua hadas wiladah dan nifas.

- Menurut ulama Fekah, sekiranya kita mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika kita mengangkat ke semua hadas besar tersebut sekaligus dengan satu mandi saja.

- Tak perlu mandi dua kali (wiladah dulu kemudian nifas) kerana perbuatan ini tidak dianjurkan oleh hukum dan menyusahkan.


Baca Juga : HAK-HAK ISTERI KE ATAS SUAMI MENURUT PERKAHWINAN ISLAM






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.