Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nifas Dan Wiladah, Mandi Selepas Bersalin Yang Wajib

Nifas Dan Wiladah, Mandi Selepas Bersalin Yang Wajib | Mandi Wajib Nifas VS Mandi Wajib Wiladah, eh mana satu patut di buat? Kena mandi kedua-duanya sekali ke? Bila kena mandi wiladah dan bila pula kena mandi nifas? 

Bolehkah mandi wiladah dan nifas disekalikan? 

Jika boleh, bagaimana niat mandi wiladah dan nifas disekalikan ni? 

Di sini akan dikongsikan segala info berkaitan nifas dan wiladah sebagai mandi selepas bersalin yang wajib ibu lakukan. 

Ibu boleh tahu tentang cara mandi wajib selepas bersalin khas buat panduan wanita yang telah berkeluarga.

Topik ni wajib untuk di ambil tahu oleh semua perempuan yang beragama Islam baik yang sudah berumahtangga mahupun belum. Walaubagaimanapun golongan utama yang perlu beri perhatian semestinya para isteri dan bakal ibu yang akan melahirkan.


Mandi Selepas Bersalin

Selesai proses kelahiran, pastinya ibu mahukan keselesaan. Boleh ke mandi selepas bersalin? 

Jawapannya sudah tentu boleh malah Islam minta ibu lepas bersalin mandi untuk sucikan diri. Dalam Islam kita ada mandi wiladah atau mandi nifas.

Tak dinafikan, masih ramai wanita di luar sana yang masih belum tahu tentang kewujudan mandi wajib wiladah dan nifas ni walau sudah punya anak ramai. 

Kita selalu mandi wajib selepas bersetubuh dengan suami dan habis haid saja sedangkan hakikat sebenarnya masih ada lagi mandi wajib lain yang perlu kita lakukan.


Jenis Darah Yang Keluar Dari Rahim Wanita

Dari segi feqah, ada 4 jenis darah yang keluar dari rahim wanita iaitu 
  1. darah haid
  2. darah nifas
  3. darah istihadhah (juga dipanggil fasad)
  4. wiladah

Darah yang keluar daripada faraj wanita yang mengandung boleh jadi darah haid, istihadah, wiladah dan nifas.

Jenis Darah Berkaitan Perempuan Serta Beza Nifas Dan Wiladah

Kita boleh jadi keliru antara darah nifas, haid, wiladah dan istihadah. Berikut adalah beberapa penjelasan dari persoalan yang sering dikaitkan dengan perbezaan darah haid, istihadah (darah penyakit), wiladahdan nifas.

1. HAID 

Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir.

2. ISTIHADAD 

Darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan tidak tetap waktunya. Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau.

3. NIFAS

Nifas adalah darah yang keluar daripada rahim selepas melahirkan anak. Walaupun hanya setitik darah yang keluar selepas bersalin, ianya tetap di panggil darah nifas. Darah nifas ni selalunya keluar sehingga 40 ke 60 hari.

4. WILADAH

Wiladah membawa maksud 'melahirkan kandungan' dan ia adalah mandi wajib yang perlu di lakukan selepas bersalin tak kira samada bersalin normal atau pembedahan
 
 

Bolehkah Mandi Wiladah Dan Nifas Disekalikan? Ini Jawapannya!


Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua:

1. Nifas
2. Wiladah

Mandi wajib selepas bersalin ini senang saja sebenarnya cuma ada ramai yang berpendapat bahawa wiladah dan nifas ini adalah dua jenis mandi wajib yang berlainan dan perlu di lakukan secara berasingan. Sebenarnya terdapat sedikit kesalahan pada perkara ini.

Kesalahan yang di maksudkan adalah Mandi wiladah hanya perlu di lakukan sekiranya tiada sebarang darah nifas yang keluar setelah melahirkan. 

Sekiranya ada darah nifas yang keluar maka wandi wiladah ini tidak perlu di lakukan sebaliknya kita hanya perlu mandi wajib sekali saja setelah darah nifas habis nanti.

Di sinilah berlakunya kesilapan. Ramai yang menganggap mandi wiladah perlu di lakukan segera. Lebih cepat lebih bagus. Sedangkan hakikat sebenarnya mandi wiladah ini hanyalah untuk ibu-ibu yang melahirkan tanpa ada sebarang darah nifas yang keluar.

Sekiranya ada darah nifas maka kita hanya perlu mandi sekali saja ketika darah nifas itu sudah habis kerana mandi wiladah dan nifas boleh di buat serentak
 
Tujuan kita mandi wajib adalah untuk menyucikan diri daripada hadas besar tetapi jika kita mandi wiladah awal sedangkan diri masih mengeluarkan darah nifas maka diri kita masih lagi berada dalam keadaan hadas besar. Kerana itulah, kita hanya perlu mandi sekali saja setelah darah nifas benar-benar sudah habis nanti.





Perlukah Mandi Nifas Atau Wiladah Jika Keguguran?

Mandi wiladah juga wajib di lakukan oleh ibu-ibu yang mengalami keguguran. Jangan ingat hanya perlu berpantang saja jika keguguran hinggakan mandi wiladah ini di abaikan. 

Selalunya wanita yang keguguran tidak akan keluar darah nifas, maka lakukan mandi wiladah untuk mengangkat diri dari hadas dan bolehlah solat seperti biasa walau diri masih dalam tempoh berpantang.

Begitu juga dengan ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan mahupun normal. Sekiranya tiada darah nifas yang keluar maka lakukanlah mandi wiladah ini dan solatlah seperti biasa walau tempoh berpantang belum habis. Jika badan berasa masih lemah boleh lakukan solat secara duduk.

Niat Mandi Wiladah dan Nifas Disekalikan, Ini Cara Sebutannya

Cara mandi nifas setelah melahirkan anak., ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan untuk lafaz niat mandi nifas dan lafaz niat mandi wiladah ini. 

Antara niat mandi nifas selepas 40 hari adalah : 
  • "Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan wiladah..."
  • "Sahaja aku mengangkat hadas besar..."

Ini pula adalah tempoh normal dan maksimum untuk haid, istihadah, nifas dan wiladah. 
  • Darah Haid – Minimum 1 hari (24 jam), biasanya 7 hari, dan maksimum 15 hari.
  • Darah Istihadah – Tiada tempoh yang minimum atau maksimum. Semua darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid atau bukan kerana melahirkan anak adalah dikira istihadah.
  • Darah Wiladah – Sepanjang proses bersalin.
  • Darah Nifas – Bermula sebaik saja rahim dikosongkan, biasanya 40 hari, dan maksimum 60 hari.

Bagaimana jika nifas terputus-putus dan berapa lama darah keguguran kering? 

Bagi darah nifas yang terputus-putus rasanya elok pastikan darah nifas benar-benar sudah kering dan begitu juga dengan keguguran bergantung pada tahap diri seseorang individu itu sendiri. 

Apapun, hendaklah buat semua mandi ini kerana hukumnya adalah WAJIB! 


Waktu Mandi Selepas Bersalin 

Bilakah waktunya untuk mandi wajib selepas bersalin ini? 

Jawapannya selepas habis pantang.


Cara Mandi Wiladah dan Nifas Selepas Bersalin


- Mandi wiladah hanya perlu di lakukan sekiranya tiada sebarang darah nifas yang keluar.

- Mandi hanya sekali apabila darah nifas sudah habis nanti dan akan terangkatlah ke dua-dua hadas wiladah dan nifas.

- Menurut ulama Fekah, sekiranya kita mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika kita mengangkat ke semua hadas besar tersebut sekaligus dengan satu mandi saja.

- Tak perlu mandi dua kali (wiladah dulu kemudian nifas) kerana perbuatan ini tidak dianjurkan oleh hukum dan menyusahkan.
 
- Mandi wajib selepas bersalin czer juga wajib untuk dilakukan. Cara mandi selepas bersalin czer sama saja dengan cara mandi selepas bersalin normal. 
 

Kesimpulan

Itulah dia cara mandi wajib selepas bersalin. Juga dikenali dengan mandi nifas / wiladah. Mandi ini wajib selepas kering darah nifas lepas tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

Ibu perlu tahu hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin dengan cara yang betul supaya segala amal ibadah selepas melahirkan anak ini diterima.

Selain bersalin, darah wiladah dan darah nifas juga berlaku kepada ibu yang keguguran atau mengalami anak meninggal dunia semasa berada dalam kandungan.

Dengan perkongsian info ini, terjawablah persoalan bolehkah mandi wajib wiladah dan nifas disekalikan dan semoga niat mandi wiladah dan nifas disekalikan ini dapat dijadikan panduan pada yang memerlukan. 

 
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



17 comments for "Nifas Dan Wiladah, Mandi Selepas Bersalin Yang Wajib"

  1. terima kasih pengkongsian ni sis awa..

    ReplyDelete
  2. Good info sis.. penerangan yg mudah dan senang difahami..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus kak. Baru ira faham sekarang sebab pernah baca sebelum ni pasal mandi wiladah tapi yang ira faham kena mandi wiladah dan nifas pada waktu yang berlainan. Wiladah selepas je bersalin wajib dan nifas selepas bersih diri dari segala darah kotor tu.

    Walaupun ira belum kahwin dan beranak tapi rasanya memang kena tahu ilmu ni sebelum salah buat nanti huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tahu ira.. nnti2 mudah bila dh kahwin

      Delete
  4. Logiknya pelik pula klo mndi wiladah sdngkn nifas ad lg..tak terangkat juga hadas tu..hehe..nice sharing kak hawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga yg sis faham... sbb tu tgk video ustaz

      Delete
  5. Dulu2 selalu jugak konfius dgn mandi wiladah dgn mandi nifas.. Alhamdulillah entri kak Awa nie dapat lagi menambah kefahaman saya dalam mandi wajib.. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  6. betul tu sis..xsemua wanita maklum hal ini,,terutama yg keguguran tu..ade erk kes xde darah nifas ?

    ReplyDelete
  7. Tq sis hawa, boleh wawa jadikan panduan nanti.

    ReplyDelete
  8. good info!dulu pernah orang salahkan gee sebab tak mandi wiladah ni..rupa2nya orang menegur tu yang salah paham..huhu..

    nak share lah post ni!thank you sis hawa!

    ReplyDelete
  9. Good info..n xkeliru dh..ade yg ustzh tu bgtau wajib mandi wiladah lepas bsalin x kira ade darah or x..sbb kite xkn dterima amal Ibadat oleh Allah sekiranya x suci dari wiladh..mandi hadas lepas nifas je xsama dgn mandi wiladh..maknenyer wajib mndi 2 kali jgk..huhuu

    ReplyDelete
  10. Good info..n xkeliru dh..ade yg ustzh tu bgtau wajib mandi wiladah lepas bsalin x kira ade darah or x..sbb kite xkn dterima amal Ibadat oleh Allah sekiranya x suci dari wiladh..mandi hadas lepas nifas je xsama dgn mandi wiladh..maknenyer wajib mndi 2 kali jgk..huhuu

    ReplyDelete
  11. Tq atas perkongsian ini....padat,ringkas dan mudah difahami....

    ReplyDelete