Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pageviews Blog Sis Hawa Berjaya Capai 6 Juta, Terima Kasih Readers

Pageviews Blog Sis Hawa Berjaya Capai 6 Juta, Terima Kasih Readers | Syukur... syukur Alhamdulillah. Sekali lagi pageviews blog dah bertambah lagi satu juta. Ini bermakna total buat masa ini bertarikh 04.02.2020 adalah sebanyak 6 juta views. 

Nampaknya masih ada lagi pembaca yang sudi follow dan bertandang di blog daku yang tak sepertinya ini. Jejak tinggalan dalam bentuk pageviews blog dengan angka 6 juta views ini sangat-sangat dihargai. Terasa berbaloi segala penat lelah. 




Macam tak percaya juga sebenarnya bila Blog Sis Hawa ni berjaya mencecah sejuta demi sejuta. Sekali lagi dipanjatkan rasa syukur alhamdulillah dengan jutaan terima kasih pada semua pembaca. Siapa sangka, walaupun blog ini baru berusia setahun jagung tapi berjaya juga mendapat jutaan pageviews sedikit demi sedikit. 

Inilah tarikh perjalanan blog ini berdasarkan jumlah PV yang direkodkan.


  • 19.06.2019 - pencapaian 2 juta PV 
  • 07.09.2019 - pencapaian 3 juta PV
  • Oct - Nov 2019 -  pencapaian 4 juta PV
  • 13.12.2019 - pencapaian 5 juta PV
  • 04.02.2020 - pencapaian 6 juta PV


Memang betul-betul tak sangka bila lihat pageview blog boleh capat 1 juta views dalam masa kurang 2 bulan. Dah macam tengok papan bursa saham. Seronoknya tu hanya Allah SWT saja yang tahu walaupun tak melibatkan sebarang pendapatan hehe..  

Doa dan harapan moga coretan di blog ini akan terus di baca dan moga-moga dapat kumpul angka jutaan pageviews yang seterusnya. 




Misi untuk usaha capai 10 Juta total pageviews blog. akan diteruskan. Moga-moga tak jemulah untuk berkunjung ke sini ya.  


Sebagai soerang penulis blog yang tak seberapa dan masih baru ini, sesunguhnya jumlah Pageviews Blog dalam angka Juta PV begini adalah satu hadiah yang sangat terindah. Kenangan capai pageviews blog akan terus diingat sampai bila-bila.

Boleh tak blog capai 10 juta total pageviews ni agaknya ya? Tak apalah, tak cuba tak tahu kan? Apapun, daku akan terus berusaha menulis untuk memberi info sedaya yang termampu dan terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca BLOG PARENTING - SIS HAWA ini. 

Salam sayang, take care! 




6 comments for "Pageviews Blog Sis Hawa Berjaya Capai 6 Juta, Terima Kasih Readers"

  1. Tahniah awa. Insya Allah, boleh bah tu capai 10juta.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah sis..bestnyaaa...teringin nak blog pageview mcm sis

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tahniah. kami tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis hawa.. tak taulah, bole ke PV blog saya mencapai angka juta tu...

    ReplyDelete