Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Kek Buah (Pastry Fruit Cake) Sedap Yang Terlajak Mudah

Resepi Kek Buah (Pastry Fruit Cake) Sedap Yang Terlajak Mudah | Keinginan nak makan kek buah buatan sendiri dah lama sebenarnya. Dah berulangkali juga mencari resepi yang sesuai. Aku dah lihat resepi fruit pastry cake mat gebu, resepi fruit pastry cake danish harraz, resepi fruit pastry cake azlina ina dan resepi fruit pastry cake dari kak Azie Kitchen juga.

Fruits Pastry Cake yang sedap, lembut, lembab dan gebu ni memang dah pernah viral suatu masa dulu. Jadi sekarang ni dah ada banyak pihak kongsikan resepi bagaimana nak buat Pastry Fruit Cake. 

Cuma kebanyakan resepi dah bercampur jadi untuk nak dapatkan resepi Pastry Fruit Cake yang buahnya tidak tenggelam dan nampak cantik agak mencabarlah juga. 



Resepi Pastry Fruit Cake dengan resepi kek buah biasa, dikatakan yang Pastry Fruit Cake lebih sedap lagi. Sebab itulah resepi pastry fruit cake ni sangat viral pada sekitar tahun 2018 yang lepas. Malah resepi kek Fruits Pastry ni terus menjadi trending di media sosial hinggalah sekarang ni. 

Ramai jugalah yang dah mencuba resepi Fruit Pastry Cake ni dan menjadi dengan baik, itu yang daku ikut jadi teringin nak cuba. 

Dari resepi fruit pastry cake, daku beralih kepada resepi kek buah biasa. Bila search, hmm berlambak-lambak pula resepi kek buah yang keluar kat Google Search! Antaranya resepi kek buah sunquick, resepi kek buah bakar citarasawan, resepi kek buah bakar azlita masam manis, resepi kek buah kukus Azlina dan lain-lain lagi.

Alamak! Bikin makin confuse nak pilih resepi yang mana. Nak kek buah kukus ke kek buah bakar ni. Nak ikut resepi pakai gram ke atau resepi sukatan cawan? Ah sudah! Kalau gini tak makan kek buah buatan sendiri la jawabnya..

Nak dijadikan cerita (rezeki mungkin), beberapa hari selepas tu singgah sekejap di group FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Pucuk di cita ulam mendatang, ternampak resepi fruit pastry cake yang baru dikongsikan di sana. Apa lagi, terus klik nak lihat resepi dan cara-cara membuatnya.

Antara buah-buahan yang boleh digunakan untuk resepi kek ini adalah strawberry, blueberry, kiwi, peach dan mulberi.



Bila lihat gambar kek Pastry Fruit Cake tu, sekali lagi impian nak buat kek Pastry Fruit Cake ni sendiri kembali membuak-buak. Nampaknya kena buat betul ni. Dah kepingin sangat dah... hahaha... Maka untuk mudahkan cara, daku gunakan blog ini untuk simpan dua resepi Pastry Fruit Cake yang bagiku sangat mudah untuk di ikut.


Yang pertama resepi Pastry Fruit Cake viral yang terjumpa dari FB group MAHN dan yang ke dua resepi Pastry Fruit Cake sukatan cawan oleh Azlina Ina.

Resepi Pastry Fruit Cake Viral Dari MAHN


Bahan A
100g Butter
160g Gula
60g Plain Yogurt

Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila

Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
**ayakkan


Cara-Caranya : 
1. Bahan A dipukul sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan Bahan B.Telur dimasukkan satu per satu
3. Masukkan Bahan C.Putar bahan hingga sebati
4. Masukkan dalam loyang size 7X7 @ 8X8 inch yang telah dilapik baking paper.Saya guna 7X7 inch sebab suka tebal sikit keknya.
5. Susun buah-buahan yang telah dipotong.Buah-buahan yang boleh digunakan strawberry,blueberry,kiwi,peach,mulberi.
6. Bakar mengikut suhu oven masing-masing




Resepi Pastry Fruit Cake Viral Ikut Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina


Ini pula resepi Pastry Fruits Cake dengan sukatan cawan oleh Azlina Ina. Resepi ni kena save juga untuk makin senang nak anggarkan jumlah gula nanti. Almaklumlah, guna sukatan cawan ni senang sikit nak buat anggaran. Hehe.. 

Sumber untuk resepi ni di ambil dari Instagram Azlina Ina iaitu @azlina_cute

Bahan-Bahannya :
1/4 cawan susu segar
1sk cuka
1sk pes lemon / cordial sunquict 1sb (campur dan biar 5 minit)
125g butter
3 biji telur
1 setengah cawan gula ( nak kurangkan boleh )
2 suku cawan tepung gandum ( ayak )
1 sk baking powder

Buah-Buahan Segar:
Boleh pilih mana-mana buah-buahan yang sesuai seperti strawberi, peach, blueberries dan buah-buah lain yang kurang juicy.Potong buah kecil-kecil dan nipis dan gaul dengan gula halus.

Cara Penyediaan Pastry fruit cakes Sukatan Cawan


1. Mix  butter dan gula smpai berkrim

2. Masukkan campuran susu segar sedikit demi sedikit sampai habis.

3. Kemudian,masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji

4. Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung dan mix sekejap sahaja supaya sebati.

5. Gaulkan buah-buahan segar dengan gula halus sedikit.

6. Lapik baking paper atas loyang dan tuang adunan dalam loyang 8x8.

7. Tabur atau susun buah-buahan segar tadi atas adunan.

8. Panaskan oven dalam 5 minit terlebih dahulu.

9. Bakar kek pada suhu 180 darjah dalam masa 45 hingga 50 minit.

10. Tempoh masa 20 minit terakhir, buka oven dan tutup permukaan kek dengan aluminium foil atau loyang yang lebih besar untuk elakkan permukaan kek hangus ( sebab buah-buah manis cepat hangus ). Teruskan membakar kek sampai masak.

11. Tabur snow powder atas kek bila kek sudah sejuk.

Resepi Pastry Fruit Cake Viral Ikut Sukatan Cawan Oleh Azlina Ina

Tips 


  • Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar,setelah masukkan telur,jangan putar adunan terlalu lama.Sekadar adunan sebati sahaja
  • Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sblm letakkan di atas adunan kek
  • Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong telalu nipis atau terlalu tebal.
  • Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa plain.
  • Nak kek sedap dan wangi guna pure butter.



Apa lagi, jom kita cuba buat sama-sama.... =D



5 comments for "Resepi Kek Buah (Pastry Fruit Cake) Sedap Yang Terlajak Mudah "

  1. Cik bahan dipukul tuh maksudnya gmn?
    Klo dalam bahasa "dipukul" means beated :)

    ReplyDelete
  2. Aduh.... menggoda sangat kek tu🤤🤤🤤... tq share resepi sis hawa... ada masa, saya buat.

    ReplyDelete
  3. Tenkiu sis share dua resepi ni. Takde la pening sangat nak pilih. 😊

    ReplyDelete