Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Roti Homemade Yang Sedap Dan Mudah (Buat Roti Sendiri)

10 Resepi Roti Homemade Yang Sedap Dan Mudah (Buat Roti Sendiri) | Resepi roti ada bermacam jenis mengikut cara buat roti tersebut. Salah satunya adalah resepi roti bun. Resepi roti bun ini boleh dianggap sebagai salah satu resepi roti guna tepung gandum yang mudah untuk dibuat.   cara mengikut jenis roti yang ingin dibuat. 

Bila terpandang pelbagai resipi roti yang gebu dan resepi roti lembut tahan lama terus hati rasa  tertawan untuk mencubanya. 

Ada juga yang sebut sebagai resepi roti paun. Roti ni semua boleh buat sendiri di rumah. Dalam erti kata lain, roti homemade. 

Seronok juga bila dapat belajar cara membuat roti ni. Bila terbayang baru roti yang fresh baru keluar dari oven, aduh.. terliur! Memang dari dulu lagi teringin nak buat roti sendiri ni.

Kalau sebelum ni asyik buat resepi roti jala, resepi roti john dan resepi roti puri, kali ni berubah sikit. Tambahan pula anak kat rumah ni memang hantu roti. 

Boleh dikatakan di rumah memang kena ada stok roti. Bukan setakat anak, daku sendiri gemar benar dengan roti ni.



Resipi Roti Dengan Panduan Cara Buat Roti Di Rumah

#1 - ROTI SARANG LEBAH

Resepi Oleh : Rosmarlina

Resipi Roti Bun Manis homemade yang sangat lembut dan sedap. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga.



Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan

300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

Kaedah #1 - Guna Bread Maker

Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasaannya memakan masa 1 jam 1/2 . 


Kaedah #2 - Guna Tangan

Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 

Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

 Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

Selepas siap di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. 

Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang. Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula. Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda. Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,

Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.



#2 - Resepi Roti Naan



Bahan-Bahan :
300gm tepung gandum | digaul rata
300gm tepung atta | digaul rata
1 peket yis mauripan | digaul rata
2 sudu makan gula kastor | digaul rata
Garam secukup rasa | digaul rata
1 biji telur
3 sudu makan marjerin
2 sudu makan dadih putih
250ml air suam


Cara Memasak :


1 . Untuk memasak roti naan, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga sebati.
2. Bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Leperkan adunan dan biarkan ia naik semula dalam tempoh masa 15 minit.

3. Setelah itu, masukkan adunan tadi ke dalam kuali tanpa lekat (non-stick pan) tanpa menggunakan minyak.

4. Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Tutup kuali.

5. Masak roti sehingga agak garing dan berwarna kekuningan.

6. Sedia untuk dihidangkan.




#3 - Resepi Roti Kukus Pandan - Old School Style




Bahan-bahan:
1 buku roti
2 cawan air pandan (Kalau takde, guna pewarna hijau tapi tak wangi la or guna pandan paste)
1 cawan gula pasir
5 biji telur ayam (size kecil. Kalau size sedang tu, pakai 3 atau 4 pun cukup)
300 gram santan
Sedikit garam untuk kasi rasa lemak

Cara-cara:

1. Tumbuk / blend daun pandan untuk mendapatkan jusnya.

2. Tapiskan air daun pandan itu dan letakkan ke tepi.

3. Dalam satu bekas , pukul gula dan telur hingga sedikit kembang.

4. Kemudian masukkan air pandan tadi. or pandan paste yg dicampur ngan air.

5. Masukkan santan dan kacau likatan ini hingga sebati. Jangan lupa masukkan sedikit garam

6. Masukkan roti-roti kita ke dalam likatan cecair ini dan rendamkannya hingga meresap jauh ke dalam badan roti.

7. Angkat roti itu satu persatu dan susun ke dalam sebuah loyang. Susunlah ikut suka hati . kalau nak tambah buah-buahan kering seperti kismis, prun ataupun kurma, masuk kan lah ya.

8. Lepas itu, lebihan likatan cecair dituang ke dalam loyang roti kita. Biar mencecah cecah basahnya.

9. Kemudian, dah boleh kukus. kena kukus ehk, takmo derhaka . Kalau bakar tak sedap .Itu kena cari resepi lain. Kukus selama 15- 20 minit. Dan sedia untuk dimakan




#4 - RESEPI ROTI MANIS

Roti pastinya menjadi kegemaran sekeluarga. Apa kata kali ini kita buat sendiri. Meskipun tanpa Breadmaker, cara membuat ini paling mudah




BAHAN-BAHAN :

loyang 8"(sya guna loyang 9")
500gm tepung roti
80gm gula kastor(sya guna 100 gm)
30gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh dough softener
11 gm yis
sebiji kuning telur
150gm air
100gm ais/ice cube
60gm butter
Secubit garam

CARA-CARA :
1. Griskan loyang.

2. Satukan semua bahan- bahan uli hingga doh licin dan elastic <sy guna mixer...sy uli dlm 15-20mnt> & perapkan doh seketika.

3. Bentukkan dan perap sekali lg hingga 2x ganda

4. Bakar pd suhu 180c shingga masak (masa & suhu bgtg pd oven masing)

yg ni sya uli 35-40 minit...smpai brkilat...xperap,trus bentukkan..tggu naik 2x gnda trus
bakar




#5 - Resepi Roti selembut sutera

Oleh : Pn Aneka Home Biz



Bahan-bahan
2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan susu suam tambah lagi 1 1/2 sdb susu segar suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis

Bahan sapuan sblm bakar - susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega

Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.

2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.

3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.

4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. Kalau tak melekit nanti roti tak gebu.

5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..

6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".

7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu segar. Boleh la dibakar.

8. Selepas dibakar, keluarkan dan sapu mentega.


Cara mudah.
Masukkan semua dlm mixer. Dan mix sampai kenyal dan berkilat. Biarkan sejam juga dan ikuti langkah seterusnya seperti diatas.


#6 - Resepi Roti Benggali

resepi oleh : Nieza Nor Hamnira




Bahan : 
155ml air
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh garam
250gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
1 sudu teh serbuk yis segera
(Memang tiada telur)
*Kalau guna tepung gandum, letak la kuning telur sebiji dalam adunan tu.
Cara-caranya :
Dalam besen, letak tepung, butter, gula, garam, susu tepung, yis. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai sebati. Tutup besen dengan towel lembab atau plastik melekap. Biar naik sekali ganda.

Tumbuk angin, uli lagi sampai sebati. Simpan tepi lagi, tutup semula dengan towel lembab atau plastik tadi. Biar naik sekali ganda lagi. Canaikan, guna penggelek. Gulung dan klim tepi supaya masa doh kembang tak terbuka. Agak-agakkan saiz doh ikut loyang yang ada.
Glis loyang dengan butter atau shortening. Biarkan sekejap sehingga adunan naik.
Tak perlu panaskan oven. Sebab nak kasi roti masih naik masa sedang dibakar.
Masukkan doh yang dah naik dan terus masukkan dalam oven, suhu 160c selama 20 minit. Nak roti garing, tambah masa lagi.

Keluarkan loyang, hentakkan dan keluarkan roti dari loyang sebab takut berpeluh nanti keliling roti dah tak garing.
Boleh potong terus atau tunggu sejuk dulu jika mahu dan bolehlah sapukan dengan apa2 sahaja jem kegemaran.

#7 - RESEPI ROTI PANDAN KUKUS




.
Bahan-bahan (loyang 8 x 4 inci)
10 keping roti putih
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200ml santan pekat di campur air menjadi 2 cawan santan*
7 helai daun pandan di kisar bersama 1 cawan air* - di tapis, atau 2 sudu kecil pes pandan di campur 1 cawan air
Sedikit buah kering campuran (jika suka)

Cara-cara

1. Loyang di sapu majerin sekeliling. Satukan bahan-bahan bertanda* di dalam mangkuk. Kacau sebati.

2. Celupkan roti sekeping-sekeping dan susun di dalam loyang yang telah di sediakan hingga roti habis.

3. Tuang lebihan campuran santan di atas roti hingga rata. Perapkan seketika sementara memanaskan kukusan. Tabur buah campuran ke atas roti sebelum di kukus.

4. kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering.

5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang, potong dan bolehlah di hidangkan.


#8 - Resepi ROTI BOY




BAHAN BAHAN
(12 ketul saiz sederhana)
*Bahan filling
50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)
*Bahan topping
50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi (ABM guna espresso) - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum
*Bahan doh roti
250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - ABM tambah
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45℃
30g mentega - disuhu bilik

Cara-Caranya :

Filling:

1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.

2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.

3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping:
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.

2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi
 sedikit. Pukul sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti:

1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.

2. Didalam mixer (nak guna tangan pon bole), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.

3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit).

4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.

5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.

6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

Langkah Seterusnya :
1. Ambil doh yg diperap tadi.

2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.

3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.

4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.

5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.

6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).

7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit.Ikut oven masing2.

8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.

Sumber : Blog Aku Bukan MasterChef

#9 - Roti Kentang

By Ummibakers


Bahan Doh untuk roti

135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 gm ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 gm gula halus
2 camca besar mentega- saya tambah
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA : 

Mulakan dengan bismillah..
Bac selawat banyak- banyak ye.. Niat nak masak untuk keluarga kerana Allah taala

1. Satukan semua bahan2 doh. uli hingga lembut dan kenyal.
Uli lebih kurang setengah jam..kemudian bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.

2. Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.

3. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD 

Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.


UNTUK ROTI KENTANG 

Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...sekian selamat mencuba


#10 - Resepi & Cara Buat Roti Asas Yang Mudah Di Rumah

resepi oleh : Suriea Mohd Noor


Bahan-bahan :
2 cawan air suam
1/2 cawan gula pasir/gula putih
1 1/2 sudu besar yis
1 1/2 sudu teh garam
1/4 cawan minyak sayuran (saya guna minyak masak)
5 atau 6 cawan tepung gandum

Cara-caranya : 

1. Dalam satu mangkuk besar, masukkan air suam dan gula pasir. Kacau rata. Tambahkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit. Setelah 5 minit, larutan yis membentuk lapisan berkrim dan sedikit berbuih.



2. Tambahkan garam dan minyak ke dalam larutan yis tadi. Kacau rata.


3. Kemudian masukkan tepung gandum, sedikit2. Satu cawan setiap masukan. Kacau rata. Uli doh, atas permukaan rata selama 10 ke 15 minit atau sehingga doh tidak melekat di tangan.



4. Seterusnya, masukkan doh yang siap di uli tadi ke dalam mangkuk besar yang telah dioles minyak. Ratakan juga doh dengan minyak yang ada di mangkuk. Tutup mangkuk doh dengan kain yang berseh ataupun plastik. Biarkan selama 1 jam atau anggaran doh naik sekali ganda.



5. Apabila doh telah naik, bukak penutup kain atau plastik tadi. Tumbuk2 permukaan doh untuk keluarkan angin yang terperangkap.



6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Uli sedikit dan bentukkan doh menjadi doh yang panjang. Muat untuk loyang saiz 9x5 inci. Uli doh anggaran 1 minit sahaja. Sapu loyang dengan minyak. 



7. Biarkan doh selama 30 minit lagi ataupun doh naik 1 inci melebihi loyang. Ini hasil doh saya selama anggaran 1 jam. Saya perlu doh yang naik melebihi loyang.


8. Bakar selama 30 ke 40 minit. Suhu oven 175 C. Api atas dan bawah. Tak perlu panaskan oven terlebih dulu. Terus masuk loyang dan on oven.



9. Saya bakar selama 30 minit dengan suhu 170C. Untuk air fryer kena adjust suhu ikut jenis air fryer masing-masing ye

resepi roti homemade


10. Bila roti siap dibakar, keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter ke permukaan roti.

resepi roti homemade


11. Tunggu selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.


Kesimpulan 

Resepi resipi roti guna tepung gandum homemade ini dikumpulkan dari perkongsian di Facebook, terima kasih pada pada semua tuan empunya resepi. Moga Allah saja dapat membalas segala ilmu perkongsian dalam menghasilkan roti ini.

Jom kita cuba buat sama-sama, kalau sekali cuba tak jadi.. jangan give up! 

Nak belajar cara membuat roti mana boleh cepat putus asa. Dengan mengikut resepi roti yang telah dikongsikan tadi, kita boleh tahu cara buat roti bun sendiri.


Jemput join di Telegram  : 


Semoga bermanfaat. 


\


4 comments for "10 Resepi Roti Homemade Yang Sedap Dan Mudah (Buat Roti Sendiri)"

  1. sng nak buat tp oven pla xda haha..skg ni susah btul cr roti dkt market..thnks sharing recepinya sis

    ReplyDelete
  2. Beberapa roti yang ada sejak saya kecil, teringat ibu selalu membuatkan.

    Kalo sekarang saya tidak penting bentuk roti, yang penting isinya pisang coklat saya suka saya suka saya suka

    ReplyDelete
  3. mmg niat nak buat roti sendiri tapi mencari yis tak jumpa.. geram pulak rasanya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Saya dah buat resepi no 10... Alhamdulillah menjadi gebu n gebas... Cuma sbb x ada loyang 4segi panjang tu saya susun doh kecil2... Terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete