Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Untuk Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional

Cara Untuk Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional | Semakin famous golongan Cik Kiah di media sosial. Nampaknya siapa yang bernama Kiah tentu seronok sebab nama sentiasa di sebut-sebut. Jangan sampai tersedak sudahlah. Nama Cik Kiah di petik adalah kerana Bantuan Prihatin Nasional yang telah PM umumkan baru-baru ini melalui TV. 

Bagi yang dah berdaftar untuk BSH sebelum ini, InshaAllah bantuan akan terus disalurkan ke akaun masing-masing.

Bagi yang belum pernah lagi dapat atau mohon untuk BSH, masih tertanya-tanya macamana nak dapat, macam mana nak check status sama ada layak atau tak, kat mana nak check, bagaimana nak mohon sekiranya tak ada rekod, di sini akan dikongsikan serba sedikit mengenainya. 

Kalau dah pernah dapat BSH dan nak ikut semak sekali pun bagus juga. 



Sedikit Info Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 


Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion, untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi. 

Ini adalah bertujuan untuk bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan pemberian tunai secara one-off kepada rakyat. Pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional ini akan disalurkan terus kepada golongan B40 yakni golongan yang berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional dan tarikh pembayaran adalah sebanyak RM1600. Bayaran pertama adalah sebanyak RM1000 pada bulan April dan baki RM600 lagi adalah pada bulan Mei 2020. 

Bantuan Prihatin Nasional juga akan turut menyalurkan bantuan untuk golongan RM40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke atas. Ini dilakukan demi untuk membantu semua lapisan masyarakat yang umumnya turut sama terjejas dengan keadaan ini tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan mereka.


Kreteria Kelayakan 

Kreteria Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Prihatin Nasional


Kemaskini BSH 2020
 Secara Online Melalui MyBSH


Okay dipendekkan cerita, masa sedang mencari info mengenai Bantuan Prihatin Nasional ini tadi, alhamdulillah sudah jumpa link untuk semak bagi mengetahui sama ada layak ke tidak bagi proses seterusnya.

Caranya adalah :

1. Pergi ke laman web utama BSH > DI SINI <

2. Masukkan nombor kad pengenalan kemudian klik pada perkataan SEMAK


3. Jika ayat "Tiada RekodSila buat permohonan / kemas kini permohonan BSH 2020”, maka hendaklah membuat permohonan baru bermula 1 April 2020




Tempoh Membuat Semakan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. 

Setiap bakal pemohon hendaklah membuat semakan  sekarang atau permohonan akan ditolak. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan :
  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Kaedah Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika ada sebarang soalan yang lain, boleh baca info melalui link yang akan diberikan di bawah ini ataupun boleh terus hubungi mereka yang bertugas melalui nombor yang tertera.


atau hubungi terus


Credits : says.com & semakanonline.com 

4 comments for "Cara Untuk Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional "

  1. tahniah kpd mereka yg dapat bantuan ini. abe kie cuma layak dpt rm500 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita doakan ye abam kie.. at least pakat dpt ringankan hidup

      Delete
  2. Semoga wabah covid19 segera berakhir yah, karena ekonomi jadi hancur dan pendapatan masyarakat jadi berkurang bahkan tiada untuk hidup sehari-hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat untuk Bang Day dan rakan2 di Indonesia juga ya.. di sana ada bantuan dr kerajaan gaya gini juga ngak?

      Delete