Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba

Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba | Kek dan biskut, memang ramai orang suka. Lagi-lagi golongan kanak-kanak.Dulu, masa baru mula berjinak dengan dunia masakan memang tak pernah terfikir yang resepi kek ni mudah. Pada masa tu, dalam fikiran kek adalah resepi yang agak susah nak buat. Namun ternyata sangkaan tu meleset. Rupa-rupanya ada je resepi kek yang mudah dan simple. Hinggakan guna 3 bahan saja pun boleh jadi!

Bagaikan tak percaya, sangat mudah hanya guna tiga bahan? Tapi itulah hakikatnya. Terima kasih banyak pada mereka-mereka yang sudi kongsi resepi dan cara buat kek mudah tiga bahan begini. Bila dihimpunkan semuanya, memang banyak pilihan resepi untuk di cuba. 



Kalau nak tahu, kek 3 bahan begini sudah ada yang menjadi viral. Antara resepi yang viral ini adalah resepi apam 3 bahan, resepi kek keju guna 3 bahan, resepi kek milo 4 bahan dan sebagainya. Resepi-resepi kek yang mudah begini (tak kisahlah bakar atau kukus) memang best sebabnya boleh jimat kos! Hehe.. 

Tak nak cakap banyak, di sini akan dikongsikan himpunan resepi kek mudah viral hanya dengan menggunakan 3 bahan untuk kita cuba sama-sama. Jom start!



#1 - Kek Apam





Bahan :
1 cawan tepung gandum (di ayak)
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
3 biji telur
(boleh juga letakkan sedikit esen vanila untuk halau bau hanyir telur)

Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dengan gula sampai gebu

2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak sedikit 

3. Blender sampai semuanya sebati dan boleh bahagikan untuk beberapa pewarna jika suka.

4. Didihkan air rebusan dalam periuk pengukus kemudian kukus adunan selama 20 minit. Siap!

Credit : Ida Mahmood 



#2 - Kek Buah 



Bahan-bahannya :
500g dried mix fruit
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya :
1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air jus. Biarkan selama 2 jam. 

2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati. 

3. Masukkan dalam loyang dan Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam. Siap!

credits : Aley Arif 


#3 - Cheese Cake 


Bahan :
120g cream cheese
120g susu pekat manis
3 biji Telur gred B (asingkan telur putih dan telur kuning)



Cara membuatnya :

1. Pukul cream cheese dengan susu pekat hingga jadi berkrim dan tak berketul

2. Masukkan kuning telur ke dalam adunan cheese dan pukul sekali lagi hingga sebati. Ketepikan.

3. Sekarang, pukul putih telur di dalam bekas yang lain hingga jadi 'meringue'

4.  Campurkan ke dua-dua adunan dan kaup backflip sampai semuanya sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik paper dan gris. 

6. Panaskan oven pada suhu 150C selama 10 minit. Bakar secara 'water bath' yakni masukkan loyang dan isi air siap-siap

7. Bakar pada suhu 160C dengan api atas bawah selama 30 minit kemudian sambung bakar lagi pada suhu 150C selama 25 minit atau tahap betul-betul masak mengikut oven masing-masing

8. Cucuk guna lidi kalau tak melekat itu tandanya dah masak. Biarkan sejuk sedikit dalam masa 15 minit kemudian baru keluarkan dari oven untuk di makan. 

Credits : Norlizah Mohd Yacob

#4 - Kek Milo 


Bahan :
telur 2 biji
milo 1 cawan
tepung kek naik sendiri 1/2 cawan
(boleh letak susu pekat dalam 2 sudu makan untuk rasa yang lebih sedap)

Cara membuatnya :
1. Blend semua bahan hingga sebati 

2. Masukkan dalam loyang dan masak pada suhu 180° selama 20 minit. Kemudian sambung masak lagi pada suhu 160° selama 10 minit. Siap!

Credits : Azreen Aris

#5 - Kek Oreo Bajet 2 Bahan



Ini betul-betul cara bajet. Resepi Kek Oreo guna 2 bahan ni merupakan kek tanpa bakar. Hanya kukus je dan sangatlah ringkas. Boleh di cuba oleh siapa saja. 

Bahan-bahan :
2 bungkus panjang Oreo 
1 kotak susu coklat saiz kecil


Cara membuatnya :

1. Masukkan terus susu dengan oreo dalam blender. Blend hingga halus
2. Isi la adunan dalam bekas apa apa pun, dan kukus. Untuk tahu sudah masak atau tidak boleh guna garfu atau lidi. Jika tak melekat itu tandanya dah masak. Siap!

#6 - Kek Oreo Cheese


Ini pula resepi kek oreo cheese guna 3 bahan. Lebih kurang sama macam resepi kek oreo di atas cuma ditambah sedikit dengan keju untuk rasa yang lebih ump!

Bahan :
Biskut Oreo ( 2 paket saiz panjang)
200ml susu segar/coklat (any brand) 
Cheddar cheese (untuk topping) 

Cara membuatnya :
1. Blend oreo bersama susu dalam blender tanpa perlu diasingkan krim dan biskut 
2. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan kukus selama 20 minit. 
3. Sejukkan dan bolehlah diparut keju cheddar untuk topping. Jika nak letak chocolate chip sekali pun boleh kalau ada.

Credits : Nurul Diana

#7 - Muffin Aiskrim



Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 cawan aiskrim
1 cawan chocolate rice / choc chip

Cara-caranya:
1. Campurkan tepung yang sudah diayak bersama aiskrim. Sebatikan guna seduk biasa je.

2. Masukkan choc chip / choc rice dalam adunan

3. Masukkan adunan dalam cup ( boleh guna piping bag atau sudu)

4. Bakar api atas bawah dalam suhu 150 selama 15 minit untuk cup mini. Cup besar selama 18 - 20 minit dalam suhu 180( bergantung kepada oven memasing). Siap!

Credits : Farahama Rozali

#8 - Nutella Cupcake





Bahan-bahan:
1 cawan Nutella
120gram tepung naik sendiri
2 biji telur

Cara-cara:

1. Pukul telur sedikit menggunakan whisk atau garfu. Tak perlu sampai kembang.
2. Masukkan Nutella. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam cup. (lebih kurang 3/4 daripada cup)
5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak pada suhu 180° mengikut oven masing-masing. (pastikan oven di panaskan terlebih dahulu)

Credits : Buat Orang Lapo



Tetiba Rasa Lapar Kek! Hmmm.. Buat Kek Yang Mana Satu Ye?


Kalau ikutkan hati, nak je buat semua resepi kek mudah ni satu demi satu. Yelah, guna 3 bahan je kot! Tapi memandangkan sekarang ni waktu berkurung kerana Covid so rasanya mungkin akan buat kek yang memang bahannya ada di rumah buat masa ni. 

Apapun, memang seronok bila dah ada resepi kek yang dimasak menggunakan bahan yang sangat ringkas begini. Mesti suami pun happy bila isterinya dah pandai berjimat dalam berbelanja. Silap haribulan suami terkejut bila dapat tahu buat kek hanya dengan menggunakan tiga bahan saja. =D

p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 

7 comments for "Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba "

  1. Cake milo pasti digemari anak2 saya tuh.
    Kalo saya doyannya yang terakhir... teksturnya mirip2 kue muffin yah

    ReplyDelete
  2. Kek Milo PH dah buat. Tapi tak guna tepung, just serbuk Milo, telur dan susu pekat manis. Alhamdulillah menjadi.

    Save dulu resepi ni ye sis :)

    ReplyDelete
  3. sedapnye cake! ada bahan nanti boleh try.

    ReplyDelete
  4. Amboi, banyak juga resipi yang mudah je dan menarik. Harap-harap dapat cuba buat waktu kena duduk rumah ni. Salam singgah 😊.

    ReplyDelete
  5. Sya sagat suka semua resepi di atas mudah Dan ringkas Serta sedap2 Pula tu😘😘😘😘

    ReplyDelete