Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Resepi Kek Sedap Tanpa Perlu Bakar Atau Kukus (Hanya Guna Peti Sejuk)

7 Resepi Kek Sedap Tanpa Perlu Bakar Atau Kukus (Hanya Guna Peti Sejuk) | Terus terang daku memang kurang pandai untuk bakar kek guna oven! Kalau kek kukus tu InshaAllah okay sikit. Sebab itulah daku amat suka kumpul resepi kek mabeles tanpa guna oven. Tak tahulah sebab apa, bimbang sungguh kalau kek tu tak berapa menjadi. Kan tak pasal kena gelak ngan husband haha...

Satu lagi daku memang lebih gemar kek yang simple tapi sedap. Makin seronok kalau mudah nak di buat tanpa perlu buang masa yang lama kat dapur. Kat sini akan dikongsikan himpunan 7 jenis resepi untuk kek sedap tanpa perlu bakar ataupun kukus!

Apa yang perlu dibuat hanyalah siapkan bahan dan simpan dan peti sejuk untuk di makan. Best juga layan sejuk-sejuk dalam cuaca panas begini kan? Antara 7 resepi tersebut adalah :

#1 - Resepi Kek Keju Lemon

gambar dari Google

Bahan-Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur
  • 250 gm cream cheese
  • 1 1/4 tin susu pekat
  • 2 biji buah lemon – ambil jusnya
  • Buah lemon untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan sementara.
4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.
5. Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.
6. Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.
7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.


#2 - Resepi Oreo Cheese Cake

gambar dari Google

Bahan-Bahan:

  • 1 paket biskut oreo
  • 50 gram mentega/butter
  • 200 gram whipping cream
  • 250 gram cream cheese
  • yogurt atau susu segar
  • sedikit gelatin
Cara Membuat:
1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti.
2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base kek anda.
3. Cairkan sedikit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.
4. Ketepikan dan simpan di dalam peti.
5. Putarkan whipping cream, cream cheese, yogurt/susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.
6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. (2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas).
7. Masukkan sedikit crumbs oreo.
8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.
9. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.
10. Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan berkrim.
Tip: 2 sudu yogurt/suku cawan susu segar ( hanya bahan tambahan, tak perlu banyak ).


#3 - Resepi Kek Keju Nutella

gambar dari Google

Bahan-Bahan:
  • 283 gm biskut cracker
  • 5 sudu mentega
  • 1/3 Nutella
  • 3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
  • 1 lb (453 gm) krim keju
  • 1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)

Cara Membuat:
1. Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar Nutella, gaulkan sehingga sebati.
2. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella. Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.
5. Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang diadun tadi dengan berhati-hati.
6. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih. Hidangkan.

#4 - Resepi Cheesekut

gambar dari Google

Bahan-bahan:
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250 gram krim keju
  • 1 paket biskut Cracker Original
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 150 gram nestum

Cara-cara Menyediakan:
Campurkan susu pekat bersama keju. Pukul sebati hingga kembang.

Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.

Susun rapat di dalam loyang empat segi

Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.

Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Credits : Atikah Rahim Blog

#5 - Resepi Kek Cheese Oreo Tanpa Bakar


gambar dari Google

Bahan-Bakan:

  • 250 gm Cream Cheese
  • 50 gm Butter
  • 2 sb Plain Yogurt
  • 2 sb Serbuk Gelatin Halal
  • 2 sb Air panas
  • 1 bungkus Oreo
  • 1 cwn Susu segar
Cara Membuat:
Base Kek –
1. Cairkan butter. Ambil 3/4 Oreo dan asingkan biskut dan isinya.
2. Hancurkan biskut dan campurkan dengan butter cair.
3. Mampatkan campuran tadi dalam bekas/loyang. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk.
1. Pukul susu segar dan yogurt sehingga kembang. Masukkan cream cheese. Masukkan isi Oreo.
2. Larutkan serbuk gelatin dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan. Sebatikan adunan.
3. Hancurkan baki biskut dan gaul dengan adunan. Tuang adunan ke dalam bekas yang disejukkan tadi.
4. Masukkan semula bekas ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam atau kek sudah betul-betul sejuk dan sedia dimakan.
5. Boleh juga dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku selama sejam untuk mempercepatkan proses penyejukan dan dimasukkan semula ke dalam peti sejuk.
Credits : Finyz Salleh dari FB Group MAHN

#6 - Kek Lapis Lapis Cheese 

gambar dari Google

Bahan-bahan
Bahan A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat
  • 500ml susu segar(dipanaskan)
Bahan B:

  • 500gm cheese cream (saya guna tatura)
  • 10ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
Cara membuat:
Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak.
Panaskan susu segar di atas api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
Tekan2 sikit permukaan kek.
Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong
Credits : The Vocket

#7 - RESEPI CHEESEKUT CREAM CAKE 

gambar dari Google

Bahan-bahan & cara :

  • 250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
  • 1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
  • 1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
  • 1 kotak kecil susu segar
  • Nestum


1) Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.

2) Lapik loyang dengan plastik. Celup biskut dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup kejap saja, kalau rendam lama nanti jadi lembik.

3) Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).

4) Ulang step yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang last.

5) Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.

6) Dah siap masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk 

credit : Farah Sanusi FB

p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 


7 comments for "7 Resepi Kek Sedap Tanpa Perlu Bakar Atau Kukus (Hanya Guna Peti Sejuk)"

  1. Thanks for your recipes 😊

    ReplyDelete
  2. Nice nyeeee.hihiii... sy salu buat kek batik je...nnti Cuba resepi lain nihhh....tQ share

    ReplyDelete
  3. Samalah kita sis... Tak berapa pandai bakar kek :) tapi kalau kukus boleh juga hihi...

    ReplyDelete
  4. pandai kali masak sih kak. Aku mau deh coba resepnya yg oreo cheese

    ReplyDelete
  5. aduh... nampak sungguh menggoda.. tp tiada cream cheese kat rumah... T.T

    ReplyDelete