Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Wahan - Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut

Wahan - Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut | Saat sedang bersemuka dengan virus corona saat ini, secara tidak langsung daku turut teringat akan wabak akhir zaman yang Rasulullah SAW dah sebut. Baginda dah pernah beritahu pada para sahabat yang manusia ini akan didatangi dengan wabak penyakit akhir zaman yang sangat membimbangkan dan nama penyakit itu adalah WAHAN.

Jangan salah sebut antara Wuhan dan Wahan ye. Wuhan adalah nama sebuah tempat di China yang dikatakan tempat awal bermulanya wabak corona manakala Wahan ini pula adalah salah satu nama untuk sejenis wabak yang Baginda Nabi SAW dah pernah sebut untuk peringatan kepada kita.



Apakah Wabak Penyakit Wahan Ini Sebenarnya?


Seorang sahabat ada bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."


Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab, "CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI."

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)





Sebab-Sebab Wahan


Penyakit al-wahan ini disebabkan perkara yang ada di hati manusia. Manusia pada dasarnya ingin kaya, pangkat tinggi, memiliki pangaruh yang besar, terkenal di mana-mana, dan mempunyai istri yang cantik.


Simptom-Simptom Terkena Penyakit Wahan 


[x] Merasakan masa yang ada tidak pernah cukup

[xSelalu memikirkan tentang dunia melebihi kematian dan akhirat

[xMasa sering dihabiskan untuk mengumpul harta buat diri sendiri

[xSering meluangkan masa dengan hiburan untuk mendapatkan rasa seronok

[xSelalu alpa dalam bersujud kepadaNya dek kerana terlalai dengan kehidupan dunia

[xTakut untuk berdepan dengan mati bahkan tidak sanggup untuk membayangkan tentang mati 




Ada 6 Penyakit Manusia Akhir Zaman Kesemuanya

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” 

Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?” 

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim] : 

1. Terlalu banyak bersukaria 

2. Terlalu mewah 

3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin 

4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia 

5. Saling memarahi 

6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain


Tanda akhir zaman

Baginda Rasulullah juga telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. 

Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: 

Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1. Kematianku
2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)
3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba
4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang)
5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya
6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri.

Cara Untuk Membasmi Penyakit Wahan


Penyakit wahan ini bisa diatasi dengan jalan bertaubat kepada Allah SWT. Mereka yang merasa bahwa penyakit ini telah menghinggapi dirinya hendaklah melakukan langkah-langkah berikut :

[+] Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari kiamat

[+] Selalu mengkaji dan memahami ajaran Islam, terutama bidang akidah, yang merupakan inti ajaran Islam. (QS.Mubammad: 19).

[+] Hayati dengan baik. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan dunia dan perhiasannya, akan tetapi cukuplah sekadar untuk menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan akhirat.

[+] Meningkatkan dan memantapkan ibadah dan pendekatan diri kepada Allah SWT. Dengan demikian maka sifat qana’ahnya (sikap bersederhana) muncul hingga rasa syukurnya semakin meningkat, dan tawadhu (rendah hati) akan menjadi benteng dan sekaligus penghias dirinya. 

[+] Berjihad di jalan Allah dengan segenap kemampuannya yang ada. 

[+] Banyakkan amal dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan hiburan dan keseronokan dunia hingga tak punya masa yang cukup untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 


Hayati Apa Itu Penyakit Wahan Dikalangan Umat Islam Akhir Zaman




Antara doa yang boleh kita amalkan 

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
Ia dibaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh.
Dan barang siapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” - [HR Abu Daud 5088]
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. - [HR Abu Daud 1554].

Credits : mstar.com.my

2 comments for "Wahan - Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut"

  1. Semoga kita semua dijauhi dr penyakit itu dan sentiasa di bawah lindungan Allah...aamiin

    ReplyDelete
  2. Nauzubillah, semoga ALLAH lindungi kita dari tipu daya dunia..aamin

    ReplyDelete