Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

15 Himpunan Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur

15 Himpunan Resepi Sup Untuk Buka Puasa Dan SahurSup adalah salah satu menu kegemaran dan ianya boleh dihidangkan dengan pelbagai cara. Menu sup juga turut dipengaruhi oleh citarasa masing-masing. Ada sup dengan style selera barat dan ada juga style selera Asia. Untuk selera asia, memang banyak menu sup yang boleh dinikmati seperti sup tulang, sup ayam, sup ketam dan lain-lain lagi. 

Selalunya resepi sup ini memang mudah dan senang untuk disediakan. Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Di sini akan dikongsikan himpunan 15 jenis resepi sup yang boleh di cuba sendiri di rumah. Sup-sup ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu pilihan untuk buka puasa dan sahur. 



#1 - Sup Tomyam Putih Ala Thai
#2 - Sup Telur
#3 - Resepi Sup Tulang
#4 - Sup Ikan Merah
#5 - Sup Ikan Haruan
#6 - Sup Yong Tauhu
#7 - Sup Ketam
#8 - Sup Sayur Dengan Fishball
#9 - Sup Ekor Ala Thai
#10 - Sup Ayam
#11 - Resepi Sup Daging Berempah
#12 - Sup Tauhu Lembut
#13 - Sup Dumpling
#14 - Sup Kaki Ayam
#15 - Sup Cendawan Bersama Isi Ayam


Hmmm.. banyak betul resepi sup ni kan. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi resepi sup-sup best yang boleh dikongsikan tapi di sini akan dikongsikan sebanyak 15 saja. Jom, kita cuba buat sama-sama. 

#1 - Sup Tomyam Putih Ala Thai


Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam..(dipotong kecil)
3 ekor sotong..(dipotong bulat)
6 ekor udang besar...
3 batang serai..(dititik)
2 ulas bawang putih (ketuk)
½ bawang besar (potong)
6 helai daun limau purut...(dikoyakkan sedikit)
1cm lengkuas...(dihiris)
3 bawang kuning/ bawang kuning...(dibelah 4)
5 biji cili api..(dititik sedikit)
1 biji tomato (belah 4)
Carrot sedikit
Cendawan tiram sedikit
Bunga kobis sedikit
beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2)
Garam,gula,serbuk perasa.

Cara membuat:
Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. - Rebus semuanya hingga mendidih.
Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)
Masukkan sotong, udang dan daun limau purut...
Selepas itu masukkan semua sayuran.
Setelah mendidih...masukkan garam dan serbuk perasa...
Tutup api & masukkan perahan limau...sedia dihidangkan...

Credits : Viral Oh Viral

#2 - Sup Telur


Bahan-bahan:
TelurIsi dada ayamSayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)Bawang putihBawang MerahHalia (penting)CiliLimau kasturiGaramSerbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)Air

Cara:
Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.Masukkan sayur.Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.

#3 - Resepi Sup Tulang


Bahan-Bahan:
500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng

Bahan untuk kisar halus:
8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia

Bahan untuk tumis:
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Cara Penyediaan:

1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.


2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.


3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. 
Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.


4. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. 5. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.

6. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.


#4 - Sup Ikan Merah


Bahan-bahan
3 keping ikan merah (ikan lain pun boleh) nak guna kepala shj pun boleh!!1 sup bunjut ikan daripada adabi *3 ulas bawang putih yang dimayang *5 ulas bawang merah yang dimayang *1 batang serai yang dititik / ketuk3 kuntum bunga lawang *3 biji buah pelaga *3 biji cengkih *1 batang kayu manis *2 inci halia yang diketuk *1 biji tomato yang dibelah empat1 pokok daun sup yang dimayang1 pokok daun bawang yang dimayang1pax perencah sup (dicampur air @ terus tabus atas minyak pun blh)

Cara-cara

Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi

Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan
masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. sedia untuk dihidangkan. 

Makan dengan nasi panas2.



#5 - Sup Ikan Haruan



bahan-bahan : 
1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup | dihiris

3 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
30 gm halia | dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

cara memasak :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup



#6 - Sup Yong Tauhu



Bahan-bahan : 
3 liter cawan air
2 cawan ikan bilis(bersihkan,basuh dan toskan airnya)
1 sudu besar lada putih
5 biji bawang putih(titik)
2 ketul kiub stok ayam
2 inci halia-ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukupnya

Cara : 

1. sediakan periuk..panaskan minyak
2. masukkan bawang ,halia dan ikan bilis...seperti melayur saja ..jangan sampai hangus,
3. masukkan stok ayam,gula, lada putih
4. renehkan selama 1 jam kuahnya bg menghasilkan kuah yg betul2 sebati rasa nya
5. hidangkan bersama pelbagai jenis2 bahan tauhu khas,bebola daging, bebola ikan utk yong tauhu..banyak jual di pasaraya..ikut citarasa anda



#7 - Sup Ketam



Bahan-bahan :
2 ekor ketam - dibelah dua
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cili padi
1 cawan stok rebusan ayam
Bawang goreng
Daun sup

Cara membuat :
1. Tumis bawang.
2. Masukkan stok ayam dan ketam.
3. Masukkan cili padi.
4. Tabur daun sup dan daun bawang.



#8 - Sup Sayur Dengan Fishball


Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih dihiris
2 hirisan halia
2 sdt lada putih
beberapa titik minyak bijan
sedikit kobis panjang
cauliflower
hirisan dari sebatang carrot
satu pokok daun bawang dan daun sadri
beberapa hirisan ayam atau daging
Sepacket fish balls
Beberapa keping tauhu lembut di potong empat
sedikit garam

Cara:


1. Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih.


2. Masukkan lada putih.


3. Masukkan fishball


4. Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan daunan.


5. Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan.


6. Apabila telah mendidih sebentar bolehlah



#9 - Sup Ekor Ala Thai



  • 1/2 kilo ekor lembu dibersihkan
  • 1 bungkus perencah Sup Siam Adabi
  • 1 bungkus sup bunjut tulang Adabi
  • 2 biji bwg besar sederhana dihiris
  • 4 ulas bwg putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris
  • Sedikit lengkuas diketuk
  • Sebatang serai diketuk
  • 1 sudu sos ikan nampla
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Daun ketumbar,daun limau purut
  • Lobak merah,batang saleri,tomato dan cili padi
  • Garam dan serbuk perasa
  • Sebiji limau nipis

  1. Cara memasak :
  2. 1. Rebus ekor dengan serai dan bunjut sup.Rebus sampai empuk.
2. Dalam kuali lain,tumis bhn hiris,rempah 4 sekawan sup bunjut td dan lengkuas hingga kekuningan.Masuk perencah sup siam.Tumis sekejap.
3. Kemudian masukkan,ekor yg direbus bersama air rebusannya.Masukkan semua sayur dan btg ketumbar.Masak hingga mendidih.#Jika suka pedas,cili api ketuk bg pecah.

4. Masuk sos ikan,lada sulah,garam dan sedikit serbuk perasa.Kacau rata,perahkan limau nipis.Kacau rata.



5. Last,masukkan daun ketumbar dan daun limau purut.Rasakan apa yg kurang,tambah apa yg patut.Imbangkan pedas,masam dan masinnya.Siap.tutup api dapur anda.



6. Cedok dan nikmatinya kuah supnya.Sedap dimakan bersama nasi putih.


Credits : Cookpad


#10 - Sup Ayam



Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
  • 3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
  • 1/2 biji carrot
  • 4 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut Adabi
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 6 cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot & sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam.
  3. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng.
Credits : MyResepi.com

#11 - Resepi Sup Daging Berempah


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kilo daging (dipotong kecil)
  • 1.8 liter air
  • *1 biji bawang besar
  • *7 biji bawang kecil
  • *7 biji bawang putih
  • *2 inchi halia
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1/2 sudu makan jintan putih
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sup bunjut
  • Garam
  • Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Daging dalam keadaan suhu bilik agar tidak masak terlalu lama untuk empuk. Rebus dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk.
  2. Blender bahan bertanda * dan tumis dengan minyak sehingga hampir garing.
  3. Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging.
  4. Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (aji no moto) untuk perasa tambahan.
  5. Bila dah siap, bolehlah dihidang
Credits : MyResepi.com
  1. #12 - Sup Tauhu Lembut


Bahan -bahan :
  1. Tauhu telur
  2. Bawang putih – cincang
  3. Serbuk lada hitam
  4. Udang / isi ayam
  5. Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
  6. Cendawan shimeji / fresh shitake
  7. Lobak merah – hiris halus memanjang
  8. Daun sup – hiris
  9. Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
  10. 2 biji telur – pukul dengan garfu
  11. Garam
  12. Serbuk perasa (kalau suka)

  13. Cara masak :
  14. 1. Sebelum membuat sup, potong dulu tauhu untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan tauhu.
    2. Bila dah kekuningan baru terbalikkan supaya tak hancur. Bila dah siap goreng, angkat, tos dan ketepikan.
    3. Sekarang sediakan periuk untuk memasak supnya pula. Mula-mula tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Seterusnya masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.
    4. Seterusnya masukkan sos tiram, air dan cendawan. Tunggu hingga mendidih.Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam
    5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel. Sekiranya guna tepung ubi, jangan terlalu banyak sebab bila makan nanti akan membuatkan lidah seperti ‘bergam’.
    6. Selepas itu, masukkan tauhu yang sudah digoreng.
    7. Kemudian, perlahankan api dan tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti ‘bertali’.
    8. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata. Siap!

#13 - Sup Dumpling


Doh dumpling :
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
4 sudu besar tepung ubi
Garam - larutkan dengan sedikit air panas
1 sudu besar minyak masak
Air panas didih secukupnya - Satukan semua bahan kering. Masukkan air garam dan air panas. Dengan menggunakan senduk kayu gaul hingga menjadi doh
- Uli hingga doh licin dan tak melekat ditangan. Kalau adunan terlembik tambah sedikit lagi tepung gandum. Rehatkan doh selama ½ jam dalam bekas bertutup.

Inti dumpling :
Daging ayam kisar
Lobak merah - potong dadu kecil
Serbuk lada sulah
Sos tiram
Garam
Daun ketumbar (kalau suka) - Gaul semua bahan

Bahan sup :
Bawang putih - cincang
Isi ayam - hiris
Kiub ayam
Garam
Serbuk lada hitam
Tauhu telur - goreng dahulu
Cendawan butang
Cendawan shimeji
Sawi
* sayur boleh diganti dengan sayur yang disukai
Tepung ubi - campur sedikit air utk memekatkan kuah
Bawang goreng 


Cara : 

- Doh dumpling dibahagi mengikut saiz yang diingini. Saya sapu tangan saya dengan sedikit minyak. Senang nak handle doh

- Canai doh dan masukkan inti. Kelim doh. Buat sampai habis. Ketepikan


- Panaskan minyak. Tumis bawang putih kemudian masukkan hirisan ayam. Masukkan air,kiub ayam,serbuk lada hitam dan garam. 


- Bila sudah mendidih masukkan cendawan,bawang goreng dan dumpling. Biar didih sekali lagi baru masukkan bancuhan tepung ubi dan sayur sawi. - Siap untuk dihidangkan
.
Kredit Siti Zanariah Khalit

#14 - Sup Kaki Ayam


* cuci bersih kaki Ayam
* Air
* Sedikit minyak masak
* Carrot
* Cendawan ( optional )
* daun sup & daun bawang dihiris kasar
* Garam
* kiub Ayam / Daging ( optional )
* Rempah 4sekawan / sup bunjut

Bahan2 untuk Kuah Sup (blend)

* Bawang Merah
* Bawang Putih
* Buah Keras
* Jintan Putih
* Jintan Halus / hitam
* Lada Hitam
* Ketumbar

Cara : 

1. Kaki ayam yg dah dibersihkan, tambahkan air sampai kaki ayam terendam lepas tu rebus + sup bunjut

2. Panaskan sedikit minyak tuk Tumis bahan2 yg diblend tadi., kacau sampai pecah minyak dan mengelegak ganas.. bole lah tutup api

3. Masukan bahan tumisan yg dah siap kedalam rebusan Ayam, masukan garam & rebus sampai kaki ayam lembut..

4. Bila dah nampak ayam lembut boleh lah dimasukan sayur Carrot bagi sedikit masak, baru masukan sayur cendawan masak 5 minit tutup api, dan last sekali masukan hirisan daun bawang & daun sup

Kredit kepada Julia Kartina



#15 - Sup Cendawan Bersama Isi Ayam


Bahan :
100gm cendawan kering | direndam air & dihiris
10gm isi ayam | dihiris
2 biji bawang merah | ditumbuk
3 biji bawang putih | ditumbuk
4 biji cili padi | dikisar
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara memasak :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan masak.

4. Masukkan cendawan. Pastikan cendawan diperah airnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau rata.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan bolehlah diangkat


Nak 15 idea resepi telur yang mudah dan sedap, masak bulan puasa? Klik >> DI SINI <<


Itulah dia antara resepi sup yang sedap untuk di cuba. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Selamat berpuasa.





2 comments for "15 Himpunan Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur "

  1. Sup telur tu selalu buat 🥰🥰 love it

    ReplyDelete
  2. Thank you sis awa share resepi sup ni. Senang nak pilih mane menu yg blh dibuat utk buka puasa nanti.

    ReplyDelete