Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil? Ini Jawapannya

Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil? | Pengalaman selsema semasa mengandung dengan sakit tekat semasa hamil memang satu perkara yang agak risau bagi diri ini. Bukannya apa, bila ada alahan selsema semasa mengandung ni, terus terfikir akan baby dalam kandungan. Okay ke dia? Sihat ke dia? Ada apa-apa masalah ke pada dia?

Kiranya bila demam selsema dan batuk semasa hamil ni, terus rasa cuak. Badan sudahlah tak sihat tapi nak makan ubat mula fikir seribu satu kali. Nak telan dan tak nak telan tu saling berbelah bagi.



Jangan Pandang Ringan Pada Ibu Mengandung Yang Demam


Wanita hamil dengan orang biasa tak sama. Bukan saja tak sama pada bentuk fizikal malah pada perubahan hormon dalam diri wanita itu sendiri. Perbezaan lain sudah tentulah kerana ada satu lagi nyawa yang perlu dijaga dan di beri perhatian.

Antara simptom-simptom tidak sihat bagi wanita yang hamil ini adalah seperti :

  • sakit tekak
  • batuk
  • hidung tersumbat
  • sakit kepala
  • demam

Jika ada saja punca-punca seperti sakit tekak, batuk, hidung tersumbat, sakit kepala dan demam ini maka si ibu yang hamil ini hendaklah segera berjumpa dengan doktor. Jangan di ambil apa-apa ubat walaupun semasa tidak hamil ubat tersebut sudah biasa dimakan ketika rasa kurangs ihat begini. 

Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Ambil Ubat Batuk?!


YA! BENAR!

Setiap ibu mengandung yang ada rasa kurang sihat (termasuk batuk) ini, sama sekali tidak boleh mengambil apa-apa jenis ubat batuk. Si ibu kena ingat yang ubat batuk ini kurang elok untuk janin di dalam kandungan. 

Maka bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak sepatutnya maka ibu-ibu hamil hendaklah cuba mengatasi masalah kesihatan diri dengan cara yang lebih natural. 




Antaranya :

1. Makan makanan yang seimbang sebagai rutin menu harian
2. Kena minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ingat! Paling kurang 1.5 liter sehari ya. Ibu hamil juga boleh minum jus buah-buahan tetapi sila jauhkan diri dari minuman yang manis-manis dan berkafein seperti kopi, teh dan sebagainya. Minuman bergas lagilah tak boleh.

3. Banyakkan berehat untuk kurangkan rasa tekanan. 

4. Boleh bersenam ringan bagi mengelakkan peredaran darah bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk melawan simptom penyakit tersebut. 

5. Jangan sesekali merokok, minum air dan lain-lain benda yang memudaratkan kesihatan diri sendiri dan bayi.

6. Ibu-ibu juga boleh amalkan pengambilan multivitamin mengikut saranan doktor yang terlatih. 

Ini Bermakna, Ibu Hamil Kena Lawan Penyakit Itu Sendiri Maka Berusahalah!

Pengalaman selsema semasa mengandung ini, terus terang memang agak menguji tahap fizikal dan mental diri sendiri. Badan rasa tak sihat tapi tak boleh terus berasa lemah sebaliknya kena lawan penyakit tu. Mental kena keep strong supaya badan juga boleh ikut rasa lebih sihat. 

Selain perkara di atas, terdapat juga beberapa tips lain yang boleh digunapakai untuk kurangkan rasa tak sihat ini. 

Antaranya :
  • mandi dengan air suam
  • gunakan vicks atau minyak cap kapak bila hidung rasa tersumbat
  • rendam kaki dalam besen yang berisi air panas 
  • minum air panas yang dicampur madu dan juga lemon 
  • kulum gula-gula tahan batuk seperti Hacks dan Strepsil



Ohya, daku juga pernah dapatkan rawatan dari klinik ketika demam selsema semasa sedang mengandung dulu. Dan doktor tersebut sarankan untuk daku minum air 100 Plus. 

Caranya adalah dengan menghilangkan dulu segala gas yang ada di dalam botol, kemudian bolehlah di minum sedikit demi sedikit apabila dirasakan perlu. 

Yang pasti, semasa mengandung ini adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan bagi mengelakkan masalah demam, batuk, dan selsema ini dari berulang. 



1 comment for "Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil? Ini Jawapannya "