Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian, Bulan Puasa Dan Hari Raya

20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian, Bulan Puasa Dan Hari Raya | Nasi adalah menu harian yang penting lagi-lagi untuk masyarakat Melayu. Dek kerana itu, nasi juga dijadikan sebagai juadah istimewa di hari raya). Bila tiba hari raya, selain ketupat, lemang dan rendang, sajian nasi adalah antara hidangan popular sering dicari-cari. 

Tambahan pula penyediaan hidangan nasi di hari raya kelihat lebih special dengan warna nasi yang berbeza di tambah dengan aneka hidangan lauk pauk yang menarik dan menyelerakan. Namun begitu, tak salah untuk masak nasi special begini di hari biasa. Makin best jika buat untuk santapan berbuka puasa. 

Maka di sini akan disenaraikan 20 himpunan resepi untuk juadah nasi yang sesuai untuk hari biasa dan juga berbuka puasa serta hari raya. Antaranya nasi tomato, nasi minyak, nasi arab, nasi daging, nasi dagang, nasi ayam hainan dan banyak lagi. Turut disertakan sekali beberapa resepi untuk hidangan nasi yang lebih ringkas seperti nasi goreng dan nasi lemak. 

Pendek kata kat sini ada pelbagai hidangan nasi yang sesuai untuk di cuba. Tak kisahlah nak di masak untuk makan sendiri bersama keluarga ataupun untuk buat open house. Terpulang nak cuba resepi yang mana mengikut selera masing-masing. 






Ohya di dalam entry ini juga, turut dikongsikan resepi nasi minyak yang sangat mudah di buat hanya dengan menggunakan beras biasa. Nasi minyak ini turut dikenali dengan nama nasi hujan panas. Bagi yang sedang mencari resepi nasi minyak simple dan senang untuk di buat, bolehlah cuba resepi di bawah ini. 

#1 - Resepi Nasi Minyak Ringkas (Nasi Minyak Guna Beras Biasa)



Bahan-bahan : 
  • 2 cawan beras yang telah di bersihkan
  • 2 ulas bawang besar (di mayang) *
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk) *
  • 2 inci halia (potong memanjang) *
  • 1 inci kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji buah pelaga *
  • 3 sudu makan marjerin planta * (aku guna jenama pelangi)
  • minyak masak untuk menumis *
  • air secukupnya
  • 1 sudu garam

Cara Memasak : 

1- Panaskan minyak masak  berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda ( * ) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.

2 -Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.

3 - Sekarang boleh masukkan air. Air ni ualls agak-agak lah ya. Sukatan air adalah mengikut beras dengan kaedah memasak nasi pakai dapur gas biasa. Kalau ikut sukatan aku memasak, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.

4 - Bila dah masukkan air, terus ualls masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau ualls risau takut nasi jadi terlajak masin ke apa... ualls boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa. Takde masalah

5 - Sekarang ni hanya perlu tunggu nasi masak seperti biasa. Actually, aku suka masak pakai dapur gas walau ada rice cooker sebabnya aku boleh lihat nasi ni dari masa ke semasa. Tambahan pula, aku suka letakkan sedikit colour bila nasi dah hampir masak.. ala ala nasi hujan panas gitu.


#2 - Resepi Nasi Minyak Daging Beriyani 


Bahan - bahan untuk membuat nasi minyak : 
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan margerin/planta
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan garam secukupnya
1 kuib stok ayam
Pewarna kuning

Bahan - bahan untuk dikisar : 
6 biji bawang merag
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan - bahan sebagai hiasan : 
bawang goreng daun bawang dihiris

Cara memasak : 

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!


DAGING BERIANI 

Bahan - bahan untuk membuat daging beriani :
1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
1/2cawan minyak
1 cawan air
125 gm rempah beriani ( agak-agak )
2 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
2 biji kentang dipotong
4 sedikit susu cair ( agak2 )
2 sudu cili kisar

Bahan - bahan kisar yang diperlukan : 
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
1 1/2 cm halia

Cara memasak : 

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.

3. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

Credits : Blog Ombak Bergigi

#3 - Resipi Nasi Tomato Macam Tempat Kenduri 



Bahan-Bahan

Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )
air sukatan beras
3sb minyak sapi
2sb minyak masak
Rempah tiga beradik ( bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga ) 
1/2 tin susu cair
1 tin susu
1 tin tomato puree
Daun ketumbar
Daun pandan
2 biji tomato ( potong 4 bahagian )
Garam

Bahan Kisar

1 Ulas Bawang besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inchi halia

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau. Lepastu masukkan tomato puree, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.

Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. Biarkan separuh didih
Masukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato

Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Terus pindahkan ke rice cooker. ( kalau tumis atas dapur gas ) dan biarkan nasi masak sepenuhnya.



Resipi Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri 

Bahan-Bahan 

1kg ayam ( Goreng Terlebih Dahulu )
1/2 tin tomato puree
1/2 tin susu cair
air
Minyak
Garam & Gula
Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )

Bahan Kisar 

Segenggam Cili Kering
1 Ulas Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
1/2 inch Halia

Cara Penyediaan

Tumiskan Bahan kisar tadi sehingga masak dan garing.

Masukkan tomato puree dan biarkan 5 minit.

Lepastu masukkan susu cair/air ( ikut suka ) sebab nak bagi berkuah/ garam/ gula dan biarkan seketika.

Bila dah didih masukkan ayam terus gaul rata. Lepastu tabur daun ketumbar dan kacau rata. Boleh terus hidang.

Kalau nak sedap letak kacang pea’s.

Credits : CikZa


#4 - Resepi Nasi Arab Cara Mudah



Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab

½ ekor ayam - potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah belah 4
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis (biji)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam (biji)
Sesudu garam

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.

PERAP AYAM

angkat ayam lumur dengan garam kunyit,  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

Cara Penyediaan Nasi Arab

Bahan untuk menumis
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam

Cara-caranya

  • Tumis semua bahan sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
  • Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
  • Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap 

Credits : CikTie

#5 - Resepi Nasi Daging Air 



Bahan-Bahan Nak Buat Nasi Daging 

500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati 
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi

Cara-cara : 

1. Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran

2. Seterusnya..Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu.

3. Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.

4. 5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan Bonde tambahkan air sikit jer lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)

5. Masukan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata. Masak macam masak nasi biasa hingga masak. 

Credits : BondeZaidalifah 


#6 - Resepi Nasi Ulama Utara



Nasi Ulam

Bahan:
Nasi
Ikan talang masin - goreng dan mesin halus
Udang kering - goreng tanpa minyak, mesin halus
Kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )
Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekali
Bawang besar – potong nipis
Bunga kantan – potong nipis
Ulam-ulam - gulung kemudian hiris halus.
( Macam ulam ni, ikut citarasa masing. 

Selalunya kalau kita pi beli kat pasar, memang peniaga tu akan buatkan ikatan ulam untuk menu ni. Kita bagitau ja nak buat nasi ulam,  cumanya kalau kita nak tambah, boleh pilih ulam yang kita nak. Ulam yang selalu orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom  daun kunyit, daun sekentut, bunga betik.

Caranya:
Buh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan, campur dan gaul semuanya. Masukkan bahan tu sikit –sikit. Siap.

Sayur Keladi

Bahan:
Keladi – rebus, lepas tu buang air
Ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )
Bawang besar, Belacan – mesin air
Cabai kering mesin
Daun kesom
Bunga kantan – hiris nipis
lada hitam – mesin halus
Asam keping
Gula Garam

Caranya:
Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusan tu. Masukkan bahan yang telah di mesin ( ikan temenung, bawang besar, belacan ). 

Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biar la mendidih sikit. Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. 

Ikut kalau nak tambah perasa. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang.

Credits :  Iradzahir



#7 - Resepi Nasi Dagang Kelantan 


Bahan-bahan diperlukan:

  • Untuk nasi dagang:
  • 1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
  • 2 cawan santan cair *
  • 1 cawan pati santan *
  • 1 sudu teh halba
  • 7 biji bawang merah-dihiris
  • 2 cm halia-dihiris
  • 3 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • *Santan mengikut jenis beras.Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian.
  • Bahan untuk gulai ikan tongkol:
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
  • 10 biji bawang merah *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 4 cm lengkuas *
  • 6 tangkai cili kering *
  • Bahan bertanda * dikisar halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Untuk nasi-Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
  2. Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
  3. Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
  4. Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.
  5. Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
  6. Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
  8. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.
Resepi Gulai Ikan Tongkol Rebus

2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
garam secukup rasa
air
lengkuas ( dihiris )

Cara-cara :

Rebus ikan bersama bahan-bahan diatas dgn cara selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas nak bagi rasa tu sekata .. bila ikan tu disusun dalam periuk, rebus sampai la kering air ikan tu.

BAHAN-BAHAN KUAH :
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan secukupnya

CARA-CARA
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.

2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..

3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.

Credits : Wani Sukarno 

#8 - Resepi Nasi Ayam Hainan


Bahan - Bahan

Untuk Sup
2 ketul bahagian peha Ayam
2 batang Daun bawang (diikat)
2 inci Halia (dipotong tebal) 
3 cawan air
Garam


Untuk Nasi
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)
2 sudu butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dipotong kasar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam



Untuk sos cili

5 batang cili masak

3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Cuka


Untuk sos kicap

3 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
6 sudu air
Garam


Cara memasak sup
1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

Cara memasak nasi

1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
4. Biarkan ia masak.

Cara membuat sos cili

1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

Cara membuat sos kicap

1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

Credits : Mrs Liez

#9 - Resepi Nasi Ayam Kukus


Bahan-bahan : 
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam

Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus

Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya.
Ayam di tos dan tunggu nasi masak.

Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.

Resepi Sos Merah

1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.

Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (suka pakai lesung berbanding pakai blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk.

Credits : Shalimar Yusof

#10 - Resepi Nasi Ayam Kukus Halia 



Bahan-bahan nasi ayam :

Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras

Cara memasak :

Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).

Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.


Resepi Ayam Kukus Halia

Bahan: 

Ayam – saya gunakan ayam drummet, itu je yang ada.
Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam secukup rasa
Minyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukup
Kicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar.
Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa.
Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka.

** Untuk di masukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk mengantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni.

Caranya :

1)Saya gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.

2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Masak dalam 40 min.

Credits :  Kak Hanni 

#11 - Resepi Nasi Ayam Marjerin


Bahan-bahan Bawang putih Halia Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan) Air 1 jug Kicap Sos tiram Cili merah Lada sulah Sup bunjut Garam Gula Madu Kentang (dipotong 7 hingga 10 bahagian) Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal) 2 kiub ayam cuka majerin
Cara-caranya 
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam. 
2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam. 
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit. 
4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

Cara Masak Nasi
1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.4. Masakkan beras tersebut.

Cara Masak Ayam
1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.
Cara Masak Kuah Kicap
1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.

Cara Buat Sambal Cili
1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

Cara Buat Sup Ayam
1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.
Credits :  Lisa

#12 - Bubur Nasi Berlauk



Untuk moi / bubur nasi hanya perlukan beras and water. Sukatan lebih kurang 1 cawan beras + 2 cawan air. 

Jika guna Philip Pressure Cooker, dalam masa 13 minit dah ready. Kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.


Untuk lauk boleh letak ikut citarasa sendiri. Contoh macam dalam gambar. Jika suka daging, boleh masak bersama cili dan udang kering. Resepi lanjut boleh lihat DI SINI

#13 - Resepi Bubur Nasi Kemboja


bahan-bahan untuk buat bubur nie :
1) Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)
2)|Bawang putih (di tumbuk halus)
3)Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit
4) Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)
5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)
7)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)
9) Sedikit garam
10)Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cara-Caranya
Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.
Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.
Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .
Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
Apa bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur ni adalah
  • lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
  • Taugeh
  • Limau
  • Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
  • Isi ayam
  • Lada hitam
  • Sambal
Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.

Credits : SITI ROHAIDA YUSOF 

#14 - Resepi Nasi Goreng Simple Time Darurat



Bahan:

Nasi 
sosej 
3 biji telur ayam
sos cili 
sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk tumis


Bahan Tumbuk

5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
10 biji cili padi

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing

Masukkan sos tiram dan sos cili. Gaul rata dan sebatikan dengan bahan tumis

Masukkan sosej yang telah di potong. Gaul rata dan biarkan sehingga sosej sedikit masak.

Ketepikan sosej,masukkan telur. Biarkan sedikit masak dan kacau hancur.

Masukkan nasi dan gaul rata sehingga semua bahan sebati dengan nasi. 

Tambah garam jika rasa masin belum cukup. 

Biarkan nasi goreng sedikit garing / masak lama untuk lebih sedap. 

Untuk lebih menarik, hidangkan bersama telur mata. 

Credits :  VITAMINWAWA


#15 - Resepi Nasi Goreng Telur 


Bahan bahan

Nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi
2 biji telur

Cara menyediakan

Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi. Cili padi tu ikutlah pada tahap kepedasan yang korang nak. Kalau nak pedas lagi tambahlah lagi bilangan cili padi tu.

Masukkan minyak biarkan sekejap bagi panas kemudian baru tumis bahan yang ditumbuk tadi. Agak agak dah garing masukkan dua biji telur.

Kemudian masukkan garam. Gaul sebati, akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata.

Credits :  MIMI AZIRAH

#16 - Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis




Bahan:

Nasi 
10 biji bawang merah
3 Bawang Putih - Tak perlu buang kulit, goreng dan diketuk
2 sudu cili boh
1 ikat sayur sawi - dipotong, dibersihkan dan ditos
1 genggam ikan bilis - digoreng garing siap-siap
Minyak untuk menggoreng
Garam secukupnya


Caranya:

Kupas bawang merah dan tumbuk sehingga lumat

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau

Masukkan cili boh dan masak sehingga naik minyak dan betul-betull garing. 

Masukkan nasi dan sawi. Gaul rata dan sebati. Rasakan dengan sedikit garam.

Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul lagi. 

Tutup api dan sedia dihidang. 

Credits : EhBlogAku

#17 - Resepi Nasi Goreng Sotong



Bahan:

Nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar sos tiram
1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)
1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis 
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..

Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.


Credits :  Cahaya Hayati 


#18 - Resepi Nasi Goreng Ikan Masin



Bahan:

Nasi sejuk
Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
Bawang putih (ketuk dan cincang)
Cili padi (ketuk dan cincang)
Telur
Kailan
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sos tiram
Gula


Cara memasak :

Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
Masukkan telur dan hancurkan
Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
Masukkan nasi dan kacau rata. 
Siap untuk dihidang.

Credits : MariaFirdz

#19 - Resepi Nasi Lemak Ikan Bilis Goreng



Bahan-bahan:

Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng

Bahan-bahan Nasi:

1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras

Bahan-bahan sambal:

3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula

Cara-cara masak nasi :

1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.

Cara-cara masak sambal :

1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.

Credits : Marina Bashah


#20 - Resepi Nasi Lemak Telur Dadar



BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :

3 pot beras
1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
sedikit garam
2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
2 helai daun pandan (diikat)

masukkan kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :

3 senduk ciliboh
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
segenggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula utk perisa

Caranya: 

Tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
Masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa. gaul rata.
Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
SIAP!

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :

telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng

Credits : Adianiez


Itulah dia senarai 20 resepi nasi untuk dicuba sebagai hidangan di hari biasa, berbuka puasa dan juga di hari raya. Tak kisahlah hari raya puasa (Aidilfitri) atau hari raya korban (Aidiladha). 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!


5 comments for "20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian, Bulan Puasa Dan Hari Raya "

  1. senang la nak cari menu dah ada list ni

    ReplyDelete
  2. Menarik, boleh save dlu utk para isteri buat ni

    ReplyDelete
  3. Senang mcm ni semua lengkap resipi. Dah kenan dua tiga resipi, baguslah penyumbang resipi² semua. Memudahkan kami nak masak apa hari ni.

    ReplyDelete
  4. Menu nasi ni bukan bulan puasa jer boleh try, raya pon boleh.. Hari2 pun makan nasi jadi 1 hr 1 menu

    ReplyDelete