Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Peluang Jana Pendapatan dengan Mesin Pengacau Dodol


Mesin Pengacau Dodol merupakan alat yang digunakan untuk membantu proses pengadunan dan memasak dodol dengan bantuan pemacu motor elektrik. Mesin dodol ini boleh digunakan untuk mengacau dodol serta pelbagai jenis makanan berkelikatan tinggi. Bahan api yang digunakan untuk pengadun adalah gas LPG. 

Model dan Spesifikasi Mesin Pengacau Dodol


MESIN PENGACAU DODOL STEEL (100L)

MODEL: MT-DLN37N
CAPACITY: 100 L
POWER: 750 W
DIMENSIONS: 114x79x163cm
Link produk: https://www.mataf.my/index.php?ws=showproducts&products_id=2946262&cat=MULTI-PURPOSE-COOKER-MIXER#openproducts
http://usahawaniaga.com/products/mesin-pengacau-dodol-1

MESIN PENGACAU DODOL STAINLESS STEEL (80L)

MODEL: MT-DL24SS
CAPACITY: 80 L
POWER: 750 W
DIMENSIONS: 72x81x142cm
Link: https://www.mataf.my/index.php?ws=showproducts&products_id=2946261&cat=MULTI-PURPOSE-COOKER-MIXER#openproducts
http://usahawaniaga.com/products/mesin-pengacau-dodol-2


Cara Kerja Mesin Pengacau Dodol

1. Masukkan atau campurkan semua bahan mentah dodol yang telah disediakan ke dalam kuali
2. Hidupkan motor Mesin Pengacau Dodol
3. Nyalakan api dengan tahap suhu yang telah disesuaikan, biasanya dodol dimasak selama 8  jam .
4. Setelah campuran dodol siap dimasak, matikan suis Mesin Pengacau Dodol, kemudian biarkan sejuk.
5. Selepas dodol sejuk, anda boleh mula membungkus dodol mengikut berat yang dikehendaki.

Kelebihan Mesin Pengacau Dodol 


  • Dodol masak sekata berbanding kaedah manual
  • Hasil dodol lebih maksimum, sedap dan tidak hangit
  • Proses memasak yang lebih cepat, mudah, bersih dan selamat.
  • Mudah untuk dikendalikan dan dibersihkan
  • Mesin yang berkualiti dan disertakan dengan jaminan
  • Jimat tenaga, masa dan kos
  • Berkesan dan cekap.


Jenis Dodol Yang Terkenal di Malaysia


Dodol Asli


Dodol Durian



Dodol Cair



Dodol Warna-Warni


Jana Pendapatan Dengan Mesin Pengacau Dodol



Permintaan dodol akan meningkat menjelang Aidilfitri kerana makanan tradisional ini sering menjadi pelengkap juadah pada Aidilfitri. Jika dahulu, proses membuat dodol memerlukan tenaga manusia untuk mengacau selama 18 jam, kini dengan menggunakan mesin khas ini, dodol boleh disediakan dalam tempoh 8 jam sahaja.

Selain untuk jualan runcit, dodol juga sering digunakan sebagai cenderahati untuk majlis syarikat korporat, majlis keramaian dan majlis perkahwinan.

Inspirasi Kejayaan Perniagaan Dodol

Pernah dengar tentang jenama dodol MAMA yang cukup terkenal di Melaka? Ia dimiliki oleh Hamidah Food Industry dengan pengeluaran setiap hari mencecah 1,200kg dodol. Selain daripada itu, syarikat tersebut turut mengeluarkan 300 jenis produk makanan tradisional.

Baca kisah inspirasi pengasasnya iaitu Puan Hamidah binti Zahir di sini: https://www.mypks.com.my/sektor-perniagaan/dodol-mama-terkenal-dari-melaka/

Fungsi Lain Mesin Pengacau Dodol



Ramai pengusaha dodol samada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sehinggalah industri besar/ industri makro telah menggunakan Mesin Pengacau Dodol dalam industri pembuatan dodol mereka.

Selain daripada dodol, mesin juga boleh digunakan untuk memasak sos cili, sambal hitam, rendang, sambal cili, kerisik, jem nenas dan sebagainya.


Cara Untuk Mendapatkan Mesin Pengacau Dodol

Mataf Industries merupakan syarikat pembekal Mesin Pengacau Dodol dengan harga yang berpatutan di Malaysia.

“Rakan Perniagaan Dengan Kos Rendah” merupakan slogan utama syarikat  yang turut membekalkan peralatan dan kelengkapan perniagaan yang terdiri daripada mesin PROSES DAGING, DOH & PASTRI, BUAH-BUAHAN & SAYUR, SNEK, PEMBUNGKUSAN, MESIN MASAKAN, STAINLESS STEEL dan pelbagai jenis kategori mesin.

Untuk anda yang masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan produk mesin & peralatan perniagaan PKS dengan harga murah, boleh menghubungi Mataf Industries secepat mungkin. Anda akan diberikan khidmat nasihat produk yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.


Alamat Perniagaan:

MATAF INDUSTRIES (002984711-U)
180-G, Jalan Lavender Heights 5, 
Lavender Heights Business Square, 
70400 Seremban, Negeri Sembilan

H/P: 019-6070004


Layari:

Kaedah Penghantaran:
i- CityLink Express
ii- Pos Laju
iii-Pos Domestik
iv- EMS Pos Malaysia
v- JNT
Vi- Lori Transportation

2 comments for "Peluang Jana Pendapatan dengan Mesin Pengacau Dodol"

  1. senang ada mesin macam ni kalau tidak jenuhla nak mengacau dodol..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. wah sangat menarik. sebelum ni tak penah tau ada alatan macam ni :D

    ReplyDelete