Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya

5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya | Kuah lodeh dan lontong memang sangat sinonim dengan orang Johor. Daku sendiri dah pernah makan beberapa di pagi raya disebabkan oleh salah seorang kakak iparku berasal dari Johor. Bila balik ke kampung dan ada peluang berziarah ke rumahnya sempena raya, maka dapatlah nikmati menu kuah lodeh lontong ini. Sedap!

Untuk buat, nak tak nak kenalah godek cari resepi kat Google. Bila search, mak aiii banyknya versi untuk resepi kuah lodeh ni. Ada resepi kuah lodeh kacang, resepi lontong orang jawa, resepi sambal lontong, dan banyak lagi. 

Ada juga resepi kuah lodeh lontong yang dikongsikan oleh mereka yang pandai masak seperti chef wan, Kak Azie Kitchen, Kak Azlita, Mat Gebu dan Yatie Kitchen. Pendek kata, terpulang nak follow resepi mana yang dirasakan sesuai. 

Kat sini juga ada 5 resepi untuk buat kuah lodeh lontong dengan cara mudah. Jika nak cuba silakanlah.

#1- Resepi Kuah Lodeh



2 ulas bawang besar*
segenggam udang kering*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
* bahan bertanda * diatas diblend halus
1 batang serai ( diketuk)
2 keping asam keping
garam/gula secukup rasa
1 kotak santan
1 sudu besar minyak
air secukupnya

bahan isi nya:
kacang panjang dipotong menyerong
carrot ( potong memanjang cam saiz mancis)
kubis bulat
suhun ( direndam hingga lembut)
fuchuk keping ( direndam hingga lembut)
chicken ball ( optional)

bahan sampingan:
tauhu keping potong 2 and goreng
tempe potong ikut saiz sesuka hati and goreng
telor rebus dipotong 2
lontong yang dah direbus

caranya:
tumis bahan blend and serai hingga naik bau..then air, asam keping ..didihkan sebentar then baru add sayuran..and biarkan hingga sayuran empuk then baru dimasukkan pati santan pekat..kacau sentiasa so that kuah santan nya tak pecah minyak ..guna api perlahan bila dah di add santannya yee..tutup api and boleh lah dihidangkan bersama sambal ikan bilis

Credits : Adamsufi Mazri

#2 - Resepi Kuah Lodeh Lontong


5 ulas bawang putih di hiris.
1 biji cili merah di hiris
1 sudu cili kering yang telah di kisar
1 genggam udang kering yang di rendam.
1 sudu teh serbuk kunyit.
1 inci halia yang di ketuk
1 inci lengkuas yang di ketuk
1 batang serai yang dititik

Sengkuang yang di telah di potong memanjang...(ikut suka berapa banyak)
Lobak juga yang di potong memanjang...(ikut suka berapa banyak)
Sayur kobis yang di potong kasar.
Tempe yang dipotong 4 segi...(mori guna separuh jer dari paket)

Cara-caranya:
Panas periuk dan isi kan minyak masak sedikit
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi
Masukkan serai.
Masukkan 1 sudu cili kering yang telah di kisar.
Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
Masukkan cili merah yang telah di hiris tadi.
Masukkan udang kering.
Agak2 cili dah masak masukkan air dalam 1 liter.
Masukkan lengkuas dan halia yang telah di ketuk tadi.
Biarkan mendidih.
Bila dah mendidih masukkan lobak, sengkuang dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan sayur kobis dan tempe.
Biarkan lembut sebentar.
Baru masukkan santan pekat. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.


Credits : maori said

#3- Resepi Kuah Lodeh Terlajak Simple


.
Bahan bahan:
Kobis
Karot
Kacang panjang
Terung
Tauhu kering - rendam
Tempe - potong dan goreng
Tauhu - potong dan goreng (tak letak)
Cili merah - hiris
2 serai - ketuk
Udang hidup - buang kulit
Santan
Garam
.
Bahan kisar:
5 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
.
Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga yang lembut.

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



#4 - RESEPI KUAH LODEH YUMMY 


Bahan-bahannya :
12 tangkai kacang panjang - dihiris serong
70 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 1/2 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
5 keping tempe, dipotong kiub
1/2 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
2 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
800ml santan sawit KHALIS ) 400 ml santan + 800ml air = 1200ml santan cair) 400 ml santan pekat
Air jika perlu
2 cekak soo hoon, kerat pendek
4 helai daun limau purut – dibuang urat di tengah daun
2 kiub pati ikan bilis
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:
3 batang serai, dititik
1 lengkuas, diketuk
Sedikit minyak

Bahan tumis, serai dan lengkuas

Bahan-bahan kisar halus :
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
5 - 6 cili padi merah
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan-bahan sampingan:
Nasi impit
Sambal tumis ikan bilis
Telur rebus - tak letak takpe

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.

3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.


Kredit Resepi : Resepi Ummi FB


#5 - Resepi Kuah Lodeh InshaAllah Sedap


Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sedikit lada kering
Udang kering
Ikan bilis
Belacan
Serbuk kunyit/kunyit hidup
Semua ni dikisar

Bahan sayur
Kobis
Carrot
Kacang panjang
Tempe
Tahu
Fucuk kering

Serai dititik

Santan kotak
Garam,gula melaka/gula putih

Cara2
Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau,masukkan santan,tunggu mendidih masukkan sayur-sayuran,perasa kan dengan garam dan gula melaka atau gula putih secukup nya..siap,sedap dimakan bersama lontong dan serunding serta sambal bilis,kalau tkde,mkn dgn nasi pun sedap

Kredit Resepi : Illa Nazir


Yang pasti, kuah lodeh ni memang special untuk dinikmati di pagi raya tetapi rasanya kalau nak makan di hari biasa pun boleh. Jika rasa teringin buat jelah.. apa susah kan? Terima kasih pada semua tuan empunya resepi.

Selamat mencuba...


3 comments for "5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya "

  1. tak pernah lagi masak kuah lodeh.
    next time nak try la, nampak sedappp.
    selamat hari raya Awa dan Keluarga, muahhh dari kejauhan.

    ReplyDelete
  2. 1st time masak kuah lodeh raya tahun nie. Maklumlah tak boleh balik beraya dikampung. Alhamdulillah menjadi. Simple je. Ingatkan susah nak buat kuah lodeh nie. Selamat Hari Raya sis Awa.

    ReplyDelete
  3. rindunya lodeh johor. dok di kedah ni susah nak cari. nak buat apatah lagi, huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete