Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah (Hingga Tahap Jadi Viral)

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah (Hingga Tahap Jadi Viral) | Bila sebut perkataan kek, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah susah! Susahnya nak buat kek, susahnya nak masak dan bakar tu, susahnya kek nak menjadi dengan cantik. 

Tapi tahukah kalian yang kek ni sebenarnya masih boleh di buat dengan mudah, cepat dan senang (rasanya juga sedap) hanya dengan menggunakan pengisar makanan yakni blender!

Haaa jangan ingat blender tu boleh guna untuk kisar cili dan sebagainya saja, nak buat kek pun boleh guna. Malah lagi mudah dari guna mixer. 

Lagi-lagi bila guna mixer ni nak kena basuhnya tu, hmmm agak lambat tapi dengan blender campak-campak kisar dah boleh masak untuk jadi sebuah kek. Dah siap guna, eh nak basuh pun cepat dan mudah.

Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah


Nak tahu apakah resepi kek guna blender yang dah ramai orang cuba hingga tahap jadi viral? Haa inilah dia antara 10 resepi kek guna blender yang sangat mudah dan sedap hingga tahap jadi viral tersebut. Apa lagi tunggu, jom kita cuba buat sama-sama!



#1 - Resepi Kek Keju Kukus

resepi kek mudah guna blender

Bahan-bahan:
2 1/2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 3/4 cwn gula halus
250 g cream cheese
250 g butter
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur

Cara Penyediaan:
1) Blender semua bahan kecuali tepung dan esen vanilla
2) Bila gula dah sebati,masukkan dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dgn esen vanilla
3) Kukus selama 1 jam @ sehingga masak

NOTE:Untuk warna warni sy guna adunan yg sama cuma tambahkan pewarna n sudukan kedalam acuan mengikut suka je..main letak sana sikit sini sikit ketiga2 warna..sampai 3/4 bekas acuan

credits : Facebook Koleksi & Resepi Fadana


#2 - Resepi Kek Oren Kukus 

resepi kek oren guna blender

Bahan-bahan: (loyang 7”x7”) 
1 biji buah oren sunkist 
1 cawan butter cair- boleh guna minyak canola 
1 cawan gula 
3 biji telur- buang pusat telur nya 
1 sudu besar serbuk penaik 
2 cawan tepung gandum 

Cara-cara: 

1. Cuci buah, potong & buang biji serta urat-urat putih ditengah. Ambil kulit nya, buang yang warna putih. 

2. Potong buah kecil-kecil. Masukkan buah & kulit nya sekali dalam blender bersama minyak, gula, telur & kisar hingga halus 

3. Siap kisar, masukkan dalam bekas, bersama tepung & serbuk penaik yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. 

4. Kemudian masukkan dalam bekas yang telah digris & dilapik. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.


#3 - Resepi Muffin Kosong

resepi muffin kosong guna blender

1 3/4 cawan tepung Kek 
2 cawan Gula pasir/ boleh juga kurangkan, kalau nak kurang manis 
1 sdt biking-powder 
1 sudu kecil esen-vanila 
4 biji gred B 
1 Cawan susu cair 
80 gram butter ... Kita Guna Planta je 

Panaskan oven 200 C. Dahulu,,suhu ikut Oven masing² ye 

Cara-caranya: 

1~ Blender butter dan gula Pukul sampai kembang.. Bila dah sebati... 

2~ Masukkan telur sebiji demi sebiji ye,pukul lagi sampai sebati... 

3~ Masukkan vanila,baking,powder Pukul lagi 

4~ Masuk susu Cair Tadi sedikit Demi sedikit.. 

5~ Baru masuk kan tepung kek Gaul kaup balik guna senduk Sebatikan.. 

6~ Boleh lah masukkan dalam Cup kek Maffin,,, apa je colour ye smile emoticon 

7~ Bakar selama 20-30 minit. 

8~ Siap! Sesuai untuk minum petang

#4 - Resepi Kek Butter 

resepi kek butter guna blender

Bahan-Bahan.
● 2 cawan tepung gandum
● 1 sudu makan baking powder
● 1 cawan butter / majerin (sy guna majerin)
● 1 cawan brown sugar
● 4 sudu makan susu pekat
● 3 biji telur gred B / klau guna gred A pakai 2 biji
● 1 sudu kecil esen vanila
● 1 sudu kecil esen ros
.
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan baking powder
2. Telur ayam, brown sugar, susu pekat, esen vanila dan butter/majerin dimasukkan ke dalam blender dan di blend hingga kembang dan halus.
3. Keluarkan adunan yang diblend ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan di kaup balik kacau sebati.
4. Masukkan 1 sudu makan dlm kertas cawan dan bakar selama 180'c selama 20 minit...mengikut kepanasan oven masing-masing.
.
Resepi: Ae Dil Hai Mushkil


#5 - KEK MINYAK a.k.a ZEBRA

****Selalu tu letak byk warna, kali ni guna warna asal & letak coklat emulco.
Cubalah,pasti berbaloi...

resepi kek minyak guna blender


Bahan-bahan:
5 biji telur *
1 cwn susu pekat manis *
3/4 cwn gula kastor *
1 sdb ovallet *
1 sdt esen vanilla *
1 cwn minyak jagung *
( Bhn bertanda * ks blender sehingga gebus )

2 cwn tepung gandum }
1sdt double action baking powder } ayak sekali

- mskkan tepung secara kaup balik kemudian bahagikan kepada dua
- 1 bhgn + 1sdb coklat emulco
- Buh adunan selang seli
- Bakar suhu 180'c selama 1 jam
- Kukus pun lbh krg 1 jam tutup loyang dgn aluminium foil....


Resepi Asal:Norasiah Adam
Dicuba Oleh:Lina Latip
Sumber:Group resepi Ringkas

.

#6 - Resepi Kek Cheese Leleh Versi Blender

resepi kek cheese leleh guna blender

Bahan2
*2 biji telur gread A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak

Cara2
Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna loyang 40minit atau hingga masak.

Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese diparut secukupnya

P/s: Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang jee

Adunan ni ngam untuk loyang saiz 6 sahaja. Loyang besar double kan adunan.

Kredit: Aisyah Kenang

#7 - Kek Pisang Blend Moist 

resepi kek pisang guna blender

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**

4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.

2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.

3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.

4-. Dah sejuk sedia dihidangkan

Credits : Nina Mirza 

#8 - Resepi Kek Sarang Semut Kukus

Resepi Kek Sarang Semut Guna Blender Kukus


Bahan - Bahan:

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas

2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:-

1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
4) Pukul telur hingga kembang
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Nota:

:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang di gunakan untuk bakar atau kukus
.

#9 - Resepi Kek Coklat Guna Blender 

resepi kek coklat guna blender

Bhn²nya

* 1 ½ cwn tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* ½ cwn serbuk koko
1 cwn myk masak
1 cwn susu cair
½ cwn susu pekat
7 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar ovalette
2bji telur gredA

Cara²nya


Ayak smua bhn² yg bertanda * ketepikan.
Bhn² lain smua masukkan dlm blender pastu blend jer sampai sebati pastu tuang dlm bekas yg ada bhn² tepung+serbuk koko td kacau² jer guna handwisk sampai sebati.Pastu klau nk kaler dia jd hitam menawan tu masukkan sedikit coklat emulco yer.(Utk bg lg moist kek tu cikna masukkan sedikit coklat rice ke dlm adunan sebelum kukus)Ok pastu masukkan adunan ke dlm loyang yg dh disapu sedikit marjerin.Kukus kek selama 1jam api sederhana yer.Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk ngan kain utk elakkan air wap menitik atas kek yer.

Topping (guna kaedah double boil)

Panaskan 1 cwn susu cair+½ cwn susu pekat pastu masukkan coklat masakan (cikna guna dark coin beryls punya sukatan coklat agak² pekat mna kita nak) Bila coklat dh larut bersama susu masukkan sedikit shortening.

Cara topping atas kek

Biar kek & topping agak suam baru kita tuang topping atas kek.Cikna guna separuh jer daripada adunan topping tu dulu.Pastu masukkan kek dlm peti ais dlm 30mnt pastu keluarkan tuang lg balance topping kita td.InsyaAllah kek akan jg shinning lawa jer.Selamat mencuba yer smua.

Kredit Resepi : Ana Mariana Ismail‎

#10 - RESEPI KEK PUDING BISKUT (CREAM CRAKERS)


resepi kek puding biskut guna blender


Bahan-bahan :

20 gram agar- agar tali
8 cawan air (kalau nak keras sikit guna 7 cawan)
15 keping biskut cracker (saiz biasa empat segi tu ye) – kalau dapat yang cheese crackears lagi sedap
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair (biskut dah lemak)
1 cawan gula pasir
sepenutup esen vanilla
3 sb milo
1 sk serbuk koko

Cara:

1. Sediakan blender. Masukkan susu cair, biskut yang dipatah-patahkan , susu pekat , esen vanilla. Bila biskut dah agak kembang baru blend sampai hancur.

2. Masak agar-agar dengan air dan gula sampai agar-agar hancur. Tapis dan masuk balik dalam periuk.

3. Masukkan adunan yang diblender tadi dalam periuk agar-agar dan masak lagi sampai mendidih. Tutup api.

4. Bahagi dua adunan tadi dan masukkan serbuk koko. Biar warnanya cokelat gelap sikit aje. Kalau takut pahit boleh masukkan setitis dua pewarna koko . Satu bahagian lagi masukkan milo. Tak perlu pekat ye. Kacau rata.

5. Basahkan acuan pudding. Masukkan sebahagian adunan koko. Biar mengeras . Boleh letak di dalam dulang berisi air untuk mempercepatkan proses pudding beku. Bila dah agak beku tuangkan sebahagian adunan milo. Ulang lagi sehingga berlapis-lapis dan adunan habis.

6.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Credits : Daridapur.com


Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:

Sis Hawa Dot Com 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 


Semoga bermanfaat. 

5 comments for "10 Resepi Kek Guna Blender Yang Sangat Mudah (Hingga Tahap Jadi Viral)"

  1. menariknya semua... cuma dana ni kadang datang malas bagi lah kek senang camne pun tak terbuat jugak kak hehehhe

    ReplyDelete
  2. sedap. Senang rupanya resipi kek guna blender ni

    ReplyDelete
  3. semua kek sedap sedap ni. Boleh lah cuba buat mana yang suka tu

    ReplyDelete