Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga

8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga | Roti john adalah salah satu resepi terbaik yang berjaya menjadi salah satu makanan rakyat Malaysia. Resepi roti john ada bermacam jenis dan boleh dibuat secara homemade dengan menggunakan pelbagai bahan. 

Roti john ni tak kira masa tetap menjadi pilihan orang ramai dan setiap kali menjelang bulan Ramadan, menu roti John boleh dikatakan antara menu wajib yang perlu ada untuk juadah berbuka puasa. 

Kalau seacrh kat internet, hasil carian yang ku dapat untuk roti john ni, ada lebih daripada 20 resipi yang mudah dan sedap. Antaranya resepi roti john azie kitchen, resepi roti john hanis zalikha, resepi roti john che nom, resepi roti john khairulaming dan lain-lain. 

Bukan setakat roti john biasa malah ada juga resepi roti john sihat untuk diet, resepi john comel untuk si kecil dan juga resepi roti john untuk berniaga. Terliur jadinya lihat semua menu yang ada.

Roti john is an omelette sandwich first believed to be made in Singapore during the 1960s or 1970s.


Dalam banyak-banyak resepi, di siniaku himpunkan beberapa resepi roti john simple hasil daripada carian tersebut di Google. Resepi-resepi ini sesuai untuk makan sendiri bersama family dan juga untuk berniaga.

Antara menu yang popular untuk berniaga adalah resepi roti john telur, resepi roti john cheese dan respei roti john ayam simple. 

#1 - Resepi Roti John Daging Yang Simple

Bila lihat saja rupa roti john daging yang dikongsikan ni, aduhai.. nampak sedap benar! Yang lebih menariknya lagi, ia turut dikongsikan berserta dengan cara membuat roti john langkah demi langkah dari awal hingga siap masak. 

Haaa barulah senang nak ikut.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat resepi roti john daging ini adalah :


  • Roti Hotdog
  • Telur
  • 400 gm daging kisar
  • Sebiji kentang potong dadu
  • Sebiji bawang besar potong dadu
  • Satu sudu kecik halia + bawang putih ditumbuk
  • Daun sup daun bawang secukupnya
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa.




Untuk hiasan boleh letak salad, timun, lettuce, cheese, kobis bersama carrot yang dihiris halus dan sebagainya. Terpulang pada citarasa masing-masing. 



Cara Buat Inti Roti John Simple


1) tumis bawang besar dan halia + bawang putih.

2) dah agak garing masuk rempah kari, rempah kurma dan serbuk kunyit bersama sedikit air. Biar seketika

3) masuk daging cincang dan kentang. Gaul sebati dan masukkan garam.

4) kalau pekat sangat masuk sedikit air. Agak-agaklah air tu ya, jangan banyak sangat. Biar hingga daging masak dan kentang empuk. Inti ni kena kering ya, jangan berair.



Inilah rupa inti untuk roti john daging yang sudahpun mengering dan masak elok. 

Sekarang masukkan daun sup dan daun bawang. 

Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Inti daging ni boleh di buat lebih banyak kemudian masukkan dalam tupperware untuk di simpan di dalam freezer. 

Nanti bolehlah guna untuk menu yang lain seperti kuih cara berlauk, murtabak dan sebagainya. 

Kalau nak guna sebagai inti karipap pun sedap juga ni rasanya. 


Cara Masak Roti John Daging Langkah Demi Langkah

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit inti daging tadi. Kemudian ratakan atas kuali non stick


Roti hot dog tadi belah dua dan telangkupkan atas telur tadi. Boleh buat 2 biji roti sekali harung. 

Api kena slow yer baru boleh masak elok. 


Akhir sekali terbalikkan dan angkat. Dah angkat ni pandai-pandailah hias ikut selera tekak masing-masing. 

Tak kisahlah nak letak timun, salad, tomato dan cheese. Pastu letak juga mayonis dan sos cili. Dah siappp! 

Credits : FB Nadiah Hanum

#2 - Resepi Roti John Sardin

Eh roti john sardin pun ada tau! Sesekali tukar selera dengan roti john sardin pun sedap juga kan? Resepi roti john sardin ni pun simple dan mudah sangat nak buat. 

Kalau nak lebih special boleh letakkan cheese sekali. 


Bahan untuk buat resepi roti john sardin ini adalah :

  • 1 tin sardin kecik
  • 4 biji telur besar
  • Cili hidup potong dadu
  • Bawang besar potong dadu
  • 1 sudu kecik rempah ikan (tak nak letak pun tak apa)
  • Garam sikit
  • Hiasan timun, tomato, sos cili dan juga mayonis




Cara untuk membuat roti john sardin ni mudah saja, hanya perlu hancurkan sardin. Campurkan semua bahan dan seletah itu dimasak sama seperti cara penyediaan roti john daging tadi. Bila dah siap letaklah bahan hiasan pilihan. 

Cdt: Mazlinda Zakaria @ Linda Harris 


#3 - Resepi Roti John Cheese Leleh

Untuk rasa yang lebih menarik,  apa kata kita cuba pula roti john cheese leleh macam gambar kat bawah ni. Resepi roti john cheese ni sesuai untuk mereka yang gemarkan rasa cheese yang bercampur dengan daging. Ini kalau buat berniaga, rasanya ramai yang akan beratur panjang. Hehe... 


Bahan-bahan :


Isi ayam/daging ( potong kecil-kecil kemudian hancur dan masak sekejap dalam kuali dengan sedikit minyak dan angkat )

Roti sosej panjang belah dua

4 biji telur
4 sudu susu cair
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu



Cara-caranya : 


1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.

2. Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.

3. Pukul telur. Masukkan inti daging tadi. Kacau sehingga sebati. Nak lebih mudah, bawang meraj, bawang putih, serbuk kari, telur, sedikit garam, serbuk maggi cukup rasa dan susu cari di blend sekejap. Kemudian masukkan isi ayam / daging tadi dan blend sekejap lagi dalam 1 saat. Jika isi ayam / daging nak asingkan pun boleh.

4. Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung.

5. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar di atasnya memenuhi permukaan inti.

6. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti itu.

7. Bila dah masak inti dan telur, balikkan roti seketika balikkan kasi dua² permukaan masak dan angkat.

8. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi,di tabur parutan timun,kobis,dituangkan sos, mayonis,sos cili, dan letak kan kepingan keju cheedar lagi (jika suka)

9. Potong dan sedia dimakan.selamat mencuba

Credits : FB Dari Dapur Ummu 

#4 - Resepi Roti John Special Beriani Cheese 

Ini memang betul-betul rare. Tak pernah sangka sebelum ni yang roti john pun boleh di buat special dengan rasa beriani cheese. Hmmm.. beriani campur cheese ye? Menarik menarik!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 

1 cawan daging / ayam kisar
2 sdb bawang holland potong dadu
1 sdt daun sup racik halus
1 sdt rempah kari daging
1 sdt rempah beriani
Perasa ( garam )
1/4 cawan air
3 sdb minyak utk menumis
2 biji telur
1/4 cawan parmesan cheese ( masuk dlm telur )
1/4 sdt white pepper ( masuk dlm telur )
1 sdb susu full cream ( masuk dlm telur )
1 biji tomato hiris bulat
1/4 cawan kobis hiris halus
1/4 cawan mozarella cheese
1 sdb butter utk menumis
Sos utk garnishing ( mayo, cili sos & bbq sauce )

Cara untuk membuatnya :

1. Mula-mula kena sediakan intinya dulu.


Panaskan minyak Masak, tumis bawang holland seketika kemudian masukkan rempah kari dan beriani. Tumis sekejap. Setelah itu masukkan pula daging / ayam. Masak dalam 2 minit dan masukkan pula air dan garam. Masak hingga air kering dan sebelum di tutup api jangan lupa untuk masukkan daun sup. Ketepikan. 

2. Sekarang satukan telur bersama susu full cream, white pepper dan parmesan cheese. Kacau sebati dan masukkan inti tadi ke dalamnya. 

3. Cairkan butter dalam
 pan. Curahkan bancuhan telur. Taburkan kobis dan mozarella cheese. Letak roti yg telah di belah dua ( belah jangan putus). Bila nmpk inti dah masak, bolehlah di angkat. 

4. Susun tomato dalam roti. Drizzle sos-sos yang ada iaitu mayonis, sos cili dan juga sos BBQ. Dah pun siap! 



Credits : FB Kelas Masakan Anna 

#5 - Resepi Roti John Meleleh

Untuk yang berminat dengan resepi roti john simple, kalian boleh cuba resepi roti john meleleh ni. Walaupun nampak simple tetapi resepi roti john ni tetap special juga.


Bahan-bahan:
-8 biji roti sosej
-6 biji telur
-daun bawang daun sup
-kobis dan timun *hiasan*
-mayonis dan sos
-(sosej sebagai manu tambahan)

Bahan-bahan inti:
-bawang putih bawang merah
-setengah peket kecil rempah kari daging
-sepeket daging ayam kisar
-lada sulah

Credits : Corat Coret Nina

#6 - Resepi Roti John Telur 

Bagi yang nak makan roti john untuk sarapan dan kelam kabut sangat nak ke tempat kerja, jom kita buat resepi roti john telur ni untuk breakfast. Kalau nak buat untuk minum petang pun tak apa.



Resepi roti john telur ni mudah sangat-sangat! Caranya adalah :

1. 5 biji telur atau lebih dikocak rata.  Taruk serbuk perasa dan lada putih.  Jika nak lebih wangi, boleh ketak sedikit daun sup.

2. Jika kebetulan ada hotdog, filet ketam, daging burger atau sebagainya. Boleh letak jika mahu dan haruslah diingat yang bahan untuk inti ini hendaklah dicincang sepenuhnya dulu. 

3. Boleh juga letak kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan telur. Nak letak bahan yang lain seperti carrot pun boleh.

4. Sekarang masak adunan telur ini seperti ingin membuat telur dadar.  Kemudian cepat-cepat letakkan roti john diatasnya supaya telur dapat melekat pada roti dengan baik.

5. Akhir sekali boleh letak jenis sos yang disukai seperti mayo, cheezy mayo, black pepper sos dan sebagainya. Boleh letak duan bawang juga jika mahu. 

Credits : Anakbonda.com

#7 - Roti John Tuna - Menu Sihat

Jika sedang mencari-cari resepi roti john yang sihat, mungkin boleh cuba resepi roti john tuna ni. Resepi roti john tuna homemade ni memang sedap dan yang penting boleh letak bahan apa yang kita suka. Benda apa tak suka tak payah letak! Haa kan senang tu. Mari buat resepi roti john tuna versi sihat.



Cadangan hidangan: 4-6 orang
Bahan-bahan A:
4 biji Telur
2 sudu besar Mayonis (boleh ganti dengan susu)
100 g Isi ikan tuna 
2 sudu kecil Lada 
30 g Bawang besar, dipotong dadu
1 batang Daun bawang, dipotong dadu
1 batang Cili merah, dicincang

Bahan-bahan B:
Sedikit Mentega
3 biji Bun roti john
Sedikit Cili sos
Sedikit Mayonis
Sedikit Lada 
½ biji Timun, dihiris
150 g Kubis, dihiris
1 biji Tomato, dihiris

Cara menyediakan:
1. Pukul telur bersama mayonis sehingga kembang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan (A). Gaul sebati.
3. Cairkan mentega di dalam kuali, tuangkan sedikit bancuhan telur.
4. Letakkan roti pada bancuhan telur dan biarkan ia masak. Terbalikkan dan biarkan roti menggaring. Keluarkan dari kuali.
5. Letakkan sos cili dan mayonis, tambahkan Lada 
6. Susun sedikit timun, kubis dan tomato.
7. Tutupkan roti, potong dan sedia untuk dihidang.
Credits : icookasia.com 



#8 - Resepi Roti John Gardenia


Nak makan roti john tapi roti panjang takde? Takde hal, guna je roti keping gardenia yang biasa tu. Resepi roti john gardenia ni rupanya seakan sandwich dan sedap juga makan sambil layan tengok TV kat rumah. Jom lihat resepi roti john dengan menggunakan roti gardenia ini.




Bahan bahan:

6 keping roti gardenia
3 biji telur
2 keping daging burger
Segenggam kubis hiris nipis
Daun bawang
Daun sup
Bawang besar (setengah bji potog dadu)
Cili besar (ikut suka nak banyak mana)
Halia(sikit je)
Perasa.(gula/garam)

Untuk topping boleh letak Cheese, Sos Cili, Timun, Tomato, ikut kreativiti masing masing.


Cara-caranya : 

1. Daging burger di potong kasar.

2. Kacau bersama dengan telur biar sekata.

3. Campurkan semua bahan sayuran tadi.

4. Tuangkan semua sekali ke dalam pan tadi. Ratakan semua bahan.

5. Susun lapisan Cheese. .lagi banyak lagi sedap tau.

6. Tutup dengan roti di atas Cheese tadi.

7. Terbalikkan pan & taruk sos n mayo

8.Lipatkan roti tadi.



Sumber:FB Haz Anna Hasan




Resepi Roti John Hanis Zalikha Pernah Viral

Tidak lama dulu (sekitar tahun 2018 rasanya), Hanis Zalikha ada berkongsi resipi yang dinamakan 'Roti John Anniversary' sempena meraikan ulangtahun perkahwinan beliau dan suami. Masa tu memang bikin viral jugalah sebabnya kasi roti john. Ramai juga yang memuji "Roti John! Comel je 'hadiah' anniversary Hanis Zalikha buatkan untuk Hairul"


Lihat pada gambar pun dah tau, ni mesti sedap! Selebriti Hanis Zalikha memang gemar berkongsi resipi masakannya di rumah. Selain resepi roti john beliau juga ada kongsikan resepi roti telur lembut, pancake dan lain-lain lagi. Bagi yang teringin nak mencuba Resepi Roti John Hanis Zalikha boleh follow bahan dan langkah-langkahnya ini. 

Cara Untuk Buat Roti John Hanis Zalikha


Bahan-bahan :

Roti Hotdog
Mentega

Daging kisar
Bawang merah
Bawang putih
2 sudu kecil serbuk kari 
Serbuk smoked paprika
Serbuk lada hitam

3 - 4 biji telur
Daun bawang
Mayonis
Sos cili
Keju Cheddar


Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang di potong dadu

2. Masukkan serbuk kari dan kacau sebati

3. Masukkan pula daging kisar

4. Kemudian, masukkan serbuk paprika

5. Masukkan juga garam secukup rasa

6. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan daging tadi bersama sedikit serbuk lada hitam, kacau sebati

7. Sekarang, sapu mentega pada roti dan bakar seketika di atas kuali

8. Curahkan sedikit bancuhan telur tadi di atas kuali dan setelah telur separuh masak, letakkan keju cheddar dan tekapkan roti di atasnya.

9. Terbalikkan roti dan bolehlah letak mayonis dan sos cili. Siap untuk dinikmati.

Contoh Senarai Harga Roti John Untuk Berniaga  

Alang-alang dah berkongsi tentang resepi roti john untuk makan sendiri atau berniaga, aku turut mencari contoh senarai harga roti john untuk jualan. Hmmm.. banyak benda juga kena fikir sebelum start berniaga roti john ni.

MENARIK IDEA ROTI JOHN SUPERHERO NI


Kena tahu harga roti panjang, kena fikir isi roti john apa nak di buat, kena tahu juga resepi sos roti john yang sesuai.

Tak hanya itu, jenis roti john pun kena perhatikan sekali sama ada nak guna roti john panjang yang sering digunakan oleh peniaga tu ataupun nak guna roti hotdog yang lebih pendek. Yang pasti, kena cari pembekal roti john yang sesuai untuk memudahkan urusan pembelian roti nanti.

Antara harga jualan yang diletakkan untuk roti john ini adalah :



Kesimpulan : Roti John, Sedap Untuk Dinikmati Pada Bila-Bila Masa!


Bestnya resepi roti john mudah yang diberikan dalam artikel resepi ni kan? Roti John ayam atau daging merupakan juadah yang sering dihidangkan terutama ketika berbuka puasa. Boleh cuba masaknya dirumah dengan hanya beberapa bahan asas.

Roti John ni jika dilihat betul-betul, boleh dikategorikan sebagai sandwich omelette. Ianya merupakan pelengkap selera untuk sesiapa sahaja. 

Roti John ini boleh didapati hampir di seluruh Malaysia dan makin hangat dicari tatkala tiba bulan Ramadhan. 

Sememangnya roti john merupakan juadah ringan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia dan aku sendiri sangat gemarkan menu roti john ni. Kalian sendiri bagaimana? Suka roti john yang bagaimana ya? 


Jemput join di Telegram  : 

Semoga bermanfaat. 



5 comments for "8 Resepi Roti John Sedap Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga "

  1. Roti John daging tetap di hati. Chewahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sama la kita... rasa tekstur dia tu best masa kunyah :D

      Delete
  2. Semua resepi nampak mudah aje ni, boleh cuba sendiri kann..tak pernah buat roti john tu haaa...nanti nak cuba..

    ReplyDelete
  3. Memang mudab roti john. Saya pon suka buat. Lagi puas hati.

    ReplyDelete
  4. Memang mudab roti john. Saya pon suka buat. Lagi puas hati.

    ReplyDelete