Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tik Tok Snydrom, Apakah Benar Ada?

Tik Tok Snydrom, Apakah Benar Ada? | Tik Tok, hampir seluruh pengguna internet tahu apa itu Tik Tok. Sebuah platform dalam bentuk video baru-baru ini heboh kisah beberapa remaja yang terkena TikTok syndrome. Kisah remaja ini dikongsikan melalui video Youtube dan semakin hari, Tik Tok Syndrome ini meluas diperkatakan.

Sejujurnya daku sama sekali tidak mengenali akan remaja yang telah membuat pengakuan terkena Tiktok Syndrome ini. Yang ku tahu, video tersebut telahpun mulai viral di media sosial.



Apakah Tik Tok Snydrome Ini?


Berdasarkan video tersebut, sang pemilik akuan yang bernama Kesar (dari Indonesia) telah mengaku bahawa dirinya telah terkena TikTok syndrome. Tiktok syndrome adalah satu 'penyakit' yang telah menjadikan si 'pesakit' sukar untuk mengawal diri sendiri.

Untuk lebih jelas, beliau menjelasakan bahawa saat ini dia sudah agak sukar untuk mengawal kelakuannya sendiri. Dalam erti kata lain, dalam duduk diam boleh menari macam tarian yang pernah dibuat oleh para pengikut tegar Tiktok.



Bagi kalian yang masih belum menonton video pengakuan tersebut, bolehlah melihatnya melalui video di bawah.


Benarkah Tiktok Snydrome Ini Benar-Benar Wujud? Boleh Percaya Ke? 

Memang ada ramai remaja mengalami tiktok addiction. Golongan ini sememangnya sangat tegar dengan dunia tiktok dan benar-benar mengikuti perkembangan dunia tiktok dari masa ke semasa.

Tapi.....

Jauh di sudut hati, hmmmmm.. agak susah untuk daku nak mempercayai kisah sebegini 100%. Entah mengapa, diri ini masih lagi ada rasa was-was untuk mengakui akan masalah kesihatan yang diberi nama sebagai Tik Tok Snydrome ini.

Serius ke, benar ke? Betulkah yang tiktok syndrome ini benar-benar wujud? Pada pendapat peribadiku sendiri ianya hanya sebuah cerita samar-samar dan sebagai seorang blogger, daku tidak berani untuk terus mempercayai sesuatu perkara hanya dengan berpandukan kepada sebuah video (lainlah kalau ada bukti yang benar-benar sahih).

Pelbagai kemungkinan muncul termasuklah kalau ini semua hanyalah sebuah gimik sahaja.

Walaubagaimanapun....

Dalam masa yang sama, kewujudan video ini boleh juga dijadikan sebagai peringatan awal untuk para remaja di luar sana. Buat sesuatu tu kena berpada-pada, jangan terlalu obses sangat okay!


3 comments for "Tik Tok Snydrom, Apakah Benar Ada?"

  1. ramai orang suka tik tok sebab mudah popular.....

    huhuh hebat blog ini....tak terkata bila tengok bilangan orang online di blog ini......


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  2. ya..memang ada..ramai org suka buat video kat aplikasi Tik Tok ni..nadia prnah tengok orang tua pun ada yg terpengaruh dgn sindrom Tik Tok ni..orang tua yang berasal daripada negara luar siap ada akaun sendiri lg dengan Tik Tok dan buat macam2 gaya menari dalam Tik Tok...nadia tengok pun rasa malu tengok orang tua terkija kinja menari tanpa rasa malu

    ReplyDelete
  3. hmmmm macam tak percaya jugak lah kak, mereka tu lebih kepada dah terlalu addict dengan tiktok bukan la sydrom tu... saja je depa nih, dah terlalu taksub sangat

    ReplyDelete