Total Pageviews (PV) Blog Sis Hawa Kini Melepasi 10 Juta! Alhamdulillah | Allah SWT saja yang tahu betapa happynya rasa hati bila pageviews blog berjaya melepasi angka 10 juta. Kalau kalian ada terbaca entry yang lepas-lepas, memang impian dari awal nak usahakan blog ini untuk cecah 10 juta yang pertama. Tapi, tak sangka pula secepat ini.

Macam biasa, mungkin ada yang menganggap pencapaian PV sesebuah blog itu bukanlah satu perkara yang besar tapi tidak untuk si penulis blog itu sendiri.

Angka pageviews yang semakin meningkat dari 1 juta ke 1 juta yang berikutnya (tak kisahlah sampai 10 juta atau sebagainya), itu adalah pembakar semangat untuk seorang blogger terus menulis dan menulis.



Tarikh-tarikh penting sebegini juga menjadi salah satu kenangan manis untuk si penulis blog. Dan antara tarikh/bulan yang daku ingat untuk blog ini adalah :

16.01.2017 - tarikh artikel pertama diterbitkan untuk bacaan umum

19.06.2019 - pageviews capai 2 juta
07.09.2019 - pageviews capai 3 juta
10.11.2019 - pageviews capai 4 juta
13.12.2019 - pageviews capai 5 juta
04.02.2020 - pageviews capai 6 juta 
29.03.2020 - pageviews capai 7 juta

Perubahan PV dan UV ini juga menjadi bukti bahawa blog yang diusahakan ini boleh diterima oleh pembaca. Secara tak langsung ia dapat juga memberitahu yang cara penulisan sekarang boleh diterima dan InshaAllah akan diteruskan usaha untuk meningkatkan lagi trafik dari masa ke semasa.

Peningkatan Pageviews selalunya disumbang oleh beberapa artikel yang paling banyak di baca di dalam sesebuah blog. Dan untuk blog Sis Hawa Dot Com ini, alhamdulillah 'killer entry #1' yang paling banyak menyumbang trafik secara organik telahpun melebihi 1 juta views.




Tips Mendapatkan Trafik Blog Yang Konsisten


Jujur cakap, SEO memainkan peranan yang amat penting untuk sesebuah blog. Selain daripada itu, cara penulisan dan pembawaan blog itu sendiri turut memainkan peranan. Mudah cakap, siapa suka baca blog yang boring dan takde isi kan? Kalian sendiri tak gemar untuk membaca blog seperti itu.

Maka para penulis blog hendaklah mempunyai kreativiti dalam menyediakan bahan bacaan yang boleh diterima ramai. 

Untuk lebih bagus, praktikkan penggunaan keyword untuk setiap artikel yang ditulis. Ini bagi menarik hati Google dan untuk menjadikan artikel tersebut mendapat ranking yang lebih baik setelah di Google Search. 

Mungkin ada yang cakap, blog ni kena tulis selalu. Hari-hari kena update. Ya! Tak dinafikan jika baru bermula dengan dunia penulisan blog, kenalah rajin update selalu dengan pelbagai artikel yang menarik bagi mendapatkan entry bagus yang boleh menyumbangkan trafik.

Tapi bila artikel tersebut sudah berjaya mendapat tempat di hati Google Search, ianya boleh menjadi pemberi trafik walaupun usia untuk artikel tersebut sudah lama benar diterbitkan.

Selain daripada itu, kenalah juga bina lain-lain akaun di media sosial. Sebagai contoh FB Pages. Diri ini sangat-sangat berterima kasih pada pembaca yang sudi Follow dan Like FB Pages Sis Hawa Dot Com

Dengan adanya pages tersebut, sedikit sebanyak telah membantu dalam proses perkongsian artikel blog ini melalui platform Facebook. Sokongan rakan-rakan blogger yang turut sudi Like pages tersebut turut ku hargai dengan ucapan jutaan terima kasih. 



Paling penting, sebagai seorang penulis blog tak boleh sesekali give up! Jika artikel yang ditulis ditakdirkan kurang mendapat sambutan sekalipun, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus patah semangat.

Blog yang dibina walaupun masih baru boleh berjaya jika diuruskan dengan baik. Ilmu yang berkaitan dengan blog juga perlu ambil tahu dari masa ke semasa. 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi membaca dan follow blog ini sama ada secara terang-terangan mahupun senyap. Terima kasih juga pada subscribers yang sudi membaca artikel terbaru blog ini dari masa ke semasa melalui email peribadi kalian. 

Sokongan yang diberikan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk ke arah 20 juta pageviews pula, InshaAllah. 


"Saya sayang semua pembaca ketat-ketat!"







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.