Income Blogger Malaysia : Bagaimana Blogger Boleh Buat Duit?
Income Blogger Malaysia : Bagaimana Blogger Boleh Buat Duit? | How to earn money from blogging in Malaysia? Sejujurnya bukan mudah untuk menjadikan blog ini sebagai punca pendapatan utama. Ini kerana setiap blogger itu perlu tahu ilmu asas blogging yang betul supaya boleh memahami kehendak dan hala tuju sesebuah blog itu sendiri.
Dan bagi yang ingin mengetahui cara untuk buat duit dengan blog ini, di sini daku akan kongsikan serba sedikit info mengenainya.
Topik nak buat duit dengan blog pada hari ini daku kongsikan bagi menjawab soalan yang telah di tanya oleh seorang pembaca blog ini. Nama beliau adalah Arif Rahman.
Soalannya adalah, "Macamana blogger boleh dapat duit?" InshaAllah di sini daku akan terangkan serba sedikit dengan jelas untuk pengetahuan kalian semua di luar sana.
Bagaimana Blogger Boleh Buat Duit?
Jawapannya, blogger boleh buat duit dengan beberapa cara. Yang pertama melalui hasil penulisan yang di buat pada blognya sendiri dan yang ke dua hasil dari iklan-iklan yang diletakkan pada sesebuah blog tersebut.
Untuk hasil penulisan blog, seseorang blogger (penulis blog) itu akan di bayar oleh mana-mana pihak yang berminat dengan blog tersebut. Sebagai contoh, katakan Tuan Arif Rahman yang bertanyakan soalan ini adalah seorang peniaga.
Tak kisahlah sama ada berniaga secara online, ada buka restoran, pusat servis sewa atau jual beli kereta, kedai jual pakaian mahupun tuan empunya homestay sekalipun.
Seandainya berminat untuk muncul di dalam sesebuah blog, maka Tuan Arif Rahman boleh email kepada tuan empunya blog itu sendiri. Tuan Arif Rahman boleh pilih sama ada inginkan artikel dengan penulisan dalam bentuk review (maklumbalas) ataupun advertorial (pengiklanan).
Maksud Artikel Dalam Bentuk Review
Artikel dalam bentuk review ini bermaksud penulisan dalam bentuk maklumbalas yang merujuk kepada sesuatu jenama / bisnes. Di sini blogger digunakan untuk tujuan mencuba dan memberi feedback yang jujur ikhlas terhadap produk/servis tersebut.
Terus terang, artikel review sangat gerun untuk di buat. Sebabnya, daku kena betul-betul guna dan beri maklumbalas yang tepat kepada para pembaca blog tanpa ada unsur berat sebelah.
Dalam erti kata lain, jika produk itu tidak okay maka daku tak boleh cakap okay pada penulisan blog. Sebab itu, sebelum menerima apa-apa tawaran dalam bentuk review ini, daku akan beritahu direct yang penulisanku itu nanti adalah berpandukan kepada pendapat peribadiku sendiri. "Jika okay akan betul-betul cakap okay dan jika tak okay, memang akan cakap tak okay!"
Dan bagi peniaga yang memang yakin dengan produk / servis mereka, semestinya mereka tidak akan ada sebarang masalah untuk meneruskan kerjasama ini. Gambar di bawah ini adalah salah satu contoh maklumbalas dari salah sebuah butik pakaian di negara kita ini.
Disebabkan itu, ada dikalangan blogger yang dapat bercuti di dalam dan luar negara, dapat memakai pakaian berjenama, dapat makan di hotel atau restoran mewah dan sebagainya. Bukan kerana nak tunjuk lagak ye tapi kerana perlu mencuba sesuatu produk/servis yang dikehendaki bagi memberi semula maklumbalas pada para pembaca blog itu sendiri khususnya.
Maksud Artikel Dalam Bentuk Advertorial
Artikel dalam bentuk advertorial ini pula merujuk kepada 'pengiklanan'. Iklan di dalam blog boleh di buat dalam pelbagai cara.
#1 - Letak Link di dalam artikel sedia ada
Letak link ini akan berlaku apabila ada mana-mana pihak suka dengan mana-mana artikel yang sudah di tulis. Selalunya artikel yang di pilih ini adalah kerana ada kaitan dengan produk / servis yang ditawarkan oleh sesuatu brand/seller itu sendiri.
#2 - Satu Artikel Penuh Dengan Tujuan Memperkenalkan
Cara yang ke dua adalah dengan cara menulis satu artikel penuh khusus untuk memperkenalkan sesuatu produk / servis. Sebagai contoh ada seorang pengusaha kedai baiki keyboard laptop yang murah di KL.
Maka, dengan terang-terangan daku menulis sebuah artikel dengan tajuk Kedai Repair Keyboard Laptop Murah KL di dalam blog ini.
Maka, pembaca dengan sendirinya boleh tahu yang artikel tersebut memperkenalkan sebuah kedai baiki keyboard laptop yang agak murah di KL. Hasilnya, sesiapa yang ada masalah berkaitan laptop, bolehlah cuba mendapatkan servis di kedai tersebut.
#3 - Menyiarkan Iklan Dalam Bentuk Banner Pada Blog
Kalian tentu perasan ada banyak iklan di dalam blog ini kan? Itu adalah iklan-iklan yang diletakkan oleh brand/seller. Tujuan iklan ini diletakkan adalah untuk memperkenalkan sesuatu produk / servis terhadap para pengguna internet yang datang singgah ke blog tersebut.
Sebagai contoh, manalah tahu kalau-kalau kalian sedang merancang untuk membeli sebuah kereta dan tiba-tiba ada iklan berkaitan kereta muncul di blog ini. Bolehlah kalian klik untuk mendapatkan info yang berkaitan.
Jika terasa nak iklankan apa-apa produk / servis di dalam blog ini, bolehlah hantar email untuk pertanyaan harga sewa bulanan. Ada DUA size yang ditawarkan iaitu 728 x 90 dan 300 x 300.
Brand Popular Dan Jenama Besar Juga Suka Guna Blogger
Blogger mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat untuk berkerjasama. Tak kisahlah sama ada untuk letakkan link, review mahupun advertorial, jika dirasakan sesuai maka bolehlah diteruskan. Dan untuk pengetahuan kalian juga, jenama-jenama besar yang agak popular cukup gemar guna blogger dalam memperkenalkan produk/servis mereka.
Hinggakan, setiap kali dikeluarkan produk baru, para blogger akan segera dipilih dan dihubungi supaya dapat segera muncul di sesebuah blog terbabit.
Macam daku ni blog parenting jadi selalunya tawaran dari barangan yang berkaitan wanita, ibubapa, anak dan keluarga yang akan muncul.
Apakah Faedah Menggunakan Blogger Ini Sebenarnya?
Okay, selain daripada dapat di baca oleh para pembaca setia untuk sesebuah blog itu sendiri, blogger ini juga mempunyai kuasa untuk mengangkat sesuatu produk / servis itu di mata Google. Bahasa lebih mudah, para penulis blog ini mempunyai kepakaran untuk menaikkan sesuatu produk/servis untuk berada di halaman pertama carian (Google Search).
Sebagai contoh, daku ditawarkan untuk menulis sebuah artikel dalam bentuk advertorial untuk kedai baiki keyboard laptop itu tadi. Maka, di sini daku perlu mencuba sedaya upaya yang termampu untuk menulis dengan baik menggunakan skill sebagai seorang blogger bagi mendapat tempat di mata Google.
Apabila mendapat tempat di mata Google, tatkala ada mana-mana rakyat Malaysia di dalam negara ini yang sedang mencari info di internet mengenai kedai baiki keyboard laptop murah di KL, maka Google akan mencadangkan artikel yang telah daku tulis itu kepada si pencari maklumat untuk kedai baiki keyboard laptop murah itu tadi.
Untuk lebih jelas boleh rujuk gambar di bawah ini.
Dan apa yang lebih menariknya lagi, setiap artikel yang telah ditulis ini, sama sekali tidak akan di padam dari blog tersebut. Kiranya, hanya perlu bayar sekali tapi artikel tersebut akan terus ada untuk memperkenalkan sesuatu produk/servis dalam satu jangka masa yang amat panjang!
Bayar sekali tapi promote sampai bertahun-tahun. Tak ke untung tu?
Berapa Jumlah Bayaran Yang Diterima Oleh Blogger?
Untuk jumlah bayaran ianya bergantung pada kepakaran dan kelebihan seseorang blogger dan sesebuah blog itu sendiri. Selalunya ia akan di nilai pada TIGA aspek utama iaitu :
- jumlah pembaca harian atau bulanan untuk blog tersebut
- gaya penulisan
- kepakaran menulis untuk berada di 1st pages Google Search
Itulah serba sedikit penjelasan mengenai income blogger Malaysia. Blog ini lebih kurang macam Youtube juga (blog dan Youtube kedua-duanya di miliki oleh Google), cuma apa yang membezakan.. Youtube itu kontennya dalam bentuk video manakala blog ini kontennya dalam bentuk penulisan.
Masing-masing boleh pilih sama ada nak jadi seorang blogger malaysia travel, blogger kecantikan malaysia dan sebagainya. Yang pasti, blog ini memang boleh jana income aktif dan juga pasif.
Bagaimana Nak Menjadi Seorang Blogger? Dari Mana Nak Mula?
How to start a blog in Malaysia? Cara yang paling mudah adalah dengan memiliki sebuah ebook dengan panduan bagaimana untuk memulakan blog dari awal hingga boleh berjaya.
Kalian sangat bernasib baik sebabnya sis dulu bermula kerjaya sebagai blogger ini sendiri. Menggagau kata orang utara untuk mencari jawapan dan cara yang sebenar bagaimana untuk menjana income sebagai seorang blogger.
Hasil pendapatan yang mencecah ribuan ringgit sebulan seperti sekarang ini adalah hasil titik peluh selama beberapa tahun untuk mencari, mencuba dan mempraktik segala ilmu yang diperolehi.
Oleh kerana itu, jika kalian benar-benar ada hasrat untuk menjadi seorang blogger di Malaysia dan berminat untuk menjana income secara bebas dengan blog, ada baiknya kalian dapatkan ebook 'Cara Bina Blog Untuk Hasil RM2,000 Sebulan' ini. Di dalamnya sis dah selitkan pelbagai panduan dengan telus bagaimana untuk bina blog dari awal hingga boleh berjaya.
Step by step di beri berserta dengan gambar sebagai rujukan dan sis juga turut sertakan sekali pelbagai panduan cara bagaimana untuk menulis dengan betul di dalam blog masing-masing. Tak hanya itu, bukti-bukti hasil jana income dengan blog juga turut sis tunjukkan sebagai pembakar semangat untuk kalian ikut berjaya sebagai seorang blogger di Malaysia.
Harga Hanyalah RM27.90 dengan 81 Mukasurat
Niat di hati nak kongsi ilmu, kerana itu harga sebenar ebook ini telah daku cantas sebanyak 70% (harga asal RM92) demi untuk memudahkan kalian untuk memilikinya. Nak tahu sangat berapa income sebenar blogger Malaysia ni? Haa boleh tengok di dalam ebook ini nanti.
CARA BINA BLOG UNTUK HASIL RM2,000 SEBULAN
Oleh Siti Awadah
email untuk beli : rosebirumuda@gmail.com
Akhir kata, jika sudah ada minat, teruskan! Jika sudah ada matlamat, jayakan! Jika sudah ada semangat, buktikan! Mulakan langkah walaupun setapak demi setapak kerana dengan setapak itulah kalian boleh mula meneroka dunia ini dengan lebih luas lagi.
Awas! Jangan letak misi untuk menjadi seorang famous blogger semata-mata untuk buat duit tetapi letaklah misi untuk mencari rezeki halal yang Allah SWT redhai.
Aaamiin.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Sis Hawa Dot Com
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
terima kasih awa sbb berkongsi cara jana duit melalui blog. Pasti akan abe kie baca sampai hadam betul2! Mama's power!
ReplyDeletePadat dan sangat berinformasi :-)
ReplyDeletePerkongsian yg baik utk newbie dan juga otai..ada info baru yg dapat :)
ReplyDeleteterbaik kak awa..dah maju lagi setapak..semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kak awa..you're the best!
ReplyDeleteterbaiklah bagi info macam ini. Nak tanya boleh tak show Search performance dari Google Search Console blog ini, bilangan online tu fuuuuu telan air liur.
ReplyDeletewww.oohsenyum.com
terima kasih awa atas sharing yg sgt bernilai ini :)
ReplyDeleteshida juga timba ilmu sedikit sbyk dgn tips yg awa kongsi kan.
terima kasih awa!
Alhamdulillah. Terima kasih Kak Awa sudi berkongsi Info. Ilmu yang sangat² berguna untuk daku ni ha ☺️
ReplyDeleteBaca satu satu nak bagi faham dan hadam.
Tahniah atas penghasilan ebook blog.
Terima kasih sis kongsi maklumat.. sangat2 berguna..
ReplyDeleteKalau trafik tinggi, boleh dapat banyak duit dari adsense.
ReplyDeleteAkak saya berminat dgn buku akak ..macam mana nak beli
ReplyDeleteemail saya rosebirumuda@gmail.com
DeleteKak net baca satu per satu line by line nak bagi faham betul-betul. Tq Awa ilmunya..
ReplyDelete