Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Suami Masak Apa Hari Ini Muncul Di Edisi 7 - Tahniah, Cayalah Para Suami!

Suami Masak Apa Hari Ini Muncul Di Edisi 7 - Tahniah, Cayalah Para Suami! | SMAHI itulah nama singkatan untuk group facebook Suami Masak Apa Hari Ini yang semakin hari semakin ramai keahliannya. Group ini di buka secara open ke public (buat masa ini) jadi sesiapa saja boleh melihat isi kandungan group tersebut. Secara tak langsung mudah untuk para isteri macam aku ni nak skodeng. Hahahaha... (jangan mare)

Kenapa sampai tahap kena skodeng? Ini kerana kalau tak silap, syarat untuk menjadi ahli group ini, ianya di buka hanya untuk disertai oleh para lelaki yakni dari kalangan kaum adam saja. Jika ada yang terasa dirinya lelaki bolehlah join! Siap ada apron special lagi tu, cayalah!

suami masak apa hari ini facebook
- gambar credit to suami masak apa hari ini facebook -


Siapa yang terasa nak masak hebat-hebat tapi tak pandai, group ini boleh membantu kalian. Dari resepi simple sampai ke resepi yang agak susah ada di sana. Kiranya pada mana-mana lelaki tak kisahlah di kalangan remaja, para bakal suami mahupun suami yang sudah punya anak bini, kalian memang elok join group masak-masak ni. 

Jika dulu gah sekejap dengan kumpulan facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, sekarang para suami dah mula tunjuk taring juga. Daku tak terkejut sebenarnya kerana suamiku sendiri seorang yang boleh dikatakan pandai juga dalam bab masak memasak ni. 

suami masak apa hari ini facebook

Bahkan golongan adam ni, walau nampak main campak-campak bahan dalam kuali yang kadangkala seolah-olah seperti tak ada hala tuju tapi diakhirnya boleh menjelmakan satu menu yang agak best. Ini mengikut pengalaman daku sebagai seorang isteri selama hampir 20 tahun ni la. 

Apapun, terus terang daku suka lihat group facebook dengan nama Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI). Walau nampak simple tapi ianya ternyata dapat memberi banyak manfaat. Bukan saja dapat memupuk rasa ingin membantu isteri di dapur dalam menunjukkan skill masak masing-masing malah dapat juga memberi idea untuk membuat menu-menu baru di dapur. Tak mustahil hingga boleh bikin bisnes dalam bidang masakan dan makanan. 

Makin hebat, group Suami Masak Apa Hari Ini telah berjaya muncul dalam Edisi 7! Wah tahniah untuk semua para suami! 

suami masak apa hari ini facebook


Walau kami para isteri tak boleh join group ni, tapi kami sokong kalian dalam aktiviti masak memasak di FB ni. Suami dan bakal suami yang join eloklah asah bakat tu dan jangan lupa cari sekali resepi untuk isteri di dalam pantang tau!


Daku doakan moga group Suami Masak Apa Hari Ini boleh kekal lama. Tak hanya menjadi bualan sekadar sebuah fenomena sementara (viral) tetapi boleh terus bertahan untuk satu tempoh yang sangat panjang. 

Pendek kata, biarlah group Suami Masak Apa Hari Ini boleh ada sampai bila-bila dan nanti di suatu masa bolehlah fikirkan aktiviti lain untuk ahli SMAHI. 

Senang kan sekarang ni, jika terasa bingung nak masak apa untuk sarapan, menu tengah hari, minum petang dan makan malam, boleh dapatkan resepi secara terus dari group facebook, blog dan sebagainya. Tak reti nak masak apa hari ini, nak masak menu ayam, daging, ikan, sayur dan sebagainya... boleh join group masak di fb (facebook), baca blog atau tonton di Youtube untuk follow tutorial langkah demi langkah. 

suami masak apa hari ini

suami masak apa hari ini


Inilah serba sedikit tulisan nukilanku untuk para suami yang semakin suka memasak di luar sana. Adakah suamiku juga ada dalam group Suami Masak Apa Hari Ini tu. Hmmm, yang ni daku tak pasti pula, rasa macam ada. Hehe. 

Dan untuk para isteri dan anak-anak gadis di luar sana, kalau rasa tak pandai masak, bolehlah skodeng group Suami Masak Apa Hari Ini sebabnya admin tak sembunyikan pun group tu hanya untuk tatapan ahli. Elok juga admin buat begini, bolehlah kami para isteri skodeng sekali sekala tengok aktiviti para suami yang suka memasak ni.

Ohya.... kalau buat sebarang aktiviti di luar nanti, mana tahu buat gathering ke apa, jangan pula dilupa dan tinggalkan kami para isteri ni ye... Kalau takkkkk....  kami merajuk lari balik umah mak! Hahaha.. gurau je..


1 comment for "Suami Masak Apa Hari Ini Muncul Di Edisi 7 - Tahniah, Cayalah Para Suami!"

  1. Semoga sukses semua. Tahniah Awa masuk TV, tahniah juga SMAHI ..

    ReplyDelete