Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TM Net Login - Cara Semak Dan Bayar Bil TM Streamyx Unifi Secara Online

TM Net Login - Cara Semak Dan Bayar Bil TM Streamyx Unifi Secara Online | Hari ni tibalah masa untuk buat bayaran ke Telekom Malaysia. Aku memang menggunakan internet dari TM sepenuhnya. Sebelum ini dengan TM Streamyx dan selepas itu dinaiktaraf ke Unifi. 

Dulu aku semak dan bayar bil bulanan TM Streamyx atau Unifi melalui mesin TM kiosk tetapi sekarang semuanya dah bayar secara online saja. 

Cara semak bil internet, streamyx, unifi secara online ni sangat senang. Dan ada banyak cara juga untuk semak bil Telekom Malaysia ni seperti pergi terus ke mana-mana kaunter terdekat TM, ke mesin kiosk TM, hubungi talian 100 dan yang lebih mudah dan cepat adalah melalui TM Net login punya website.

Dengan login ke TM Net, bukan saja dapat buat semakan bil streamyx atau unifi bahkan dapat terus buat bayaran sekali. 

Bayaran ni boleh dibuat terus dari akaun bank masing-masing secara JomPAY melalui mana-mana akaun bank yang digunakan. Tak kisahlah sama ada CIMB Clicks, Maybank2u dan sebagainya. 

cara semak dan bayar bil tm

Cara Semak Bayar Bil TM Unifi Secara Online (TM Net Login)

1. Pergi ke lamanweb TM Net login di https://unifi.com.my/personal 

2. Kalian perlu membuat akaun terlebih dahulu. Caranya mudah je, hanya klik pada bahagian Log In dan jika belum mempunyai akaun di sini maka terus tekan pada bahagian 'Register' untuk daftar. 

3. Isikan borang yang telah disediakan dengan segala info yang diminta kemudian boleh sahkan pendaftaran melalui email. Setelah itu bolehlah masukkan username dan password kemudian Enter.

4. Bagi yang telah ada akaun (macam daku ni), boleh terus login untuk masuk ke akaun personal masing-masing. Untuk TM Streamyx dan Unifi, klik pada bahagian Home Broadband / Voice. 

5. Setelah itu klik pada bahagian CONTINUE dan jika profile sudah memang di save, maka kalian akan terus di bawa ke halaman utama. Jika profile tidak di save, boleh masukkan username serta password terlebih dahulu. 


6. Setelah berjaya login, akan terus nampak jumlah bil terkini yang perlu dijelaskan. Dan jika ingin lihat bil-bil terdahulu yang sudah lepas (mungkin nak check tunggakan dan sebagainya), boleh klik pada bahagian 'MORE DETAILS'. 

Jika nak terus buat bayaran, klik pada bahagian 'PAY NOW'. Boleh rujuk gambar di ini.

7. Setelah tekan pada bahagian PAY NOW, klik pula pada bahagian I AGREE & PAY NOW dan bolehlah pilih jenis pembayaran yang akan digunakan. 

8. Untuk bayar dari akaun bank, klik pada bahagian ONLINE BANKING diikuti dengan FPX dan kemudian tekan pada bahagian PROCEED.  

9. Sistem akan membawa ke Payment Gateway dan bolehlah pilih jenis bank yang ingin digunakan untuk membuat pembayaran bil TM Unifi ini. 

10. Daku guna CIMB jadi di bawa ke akaun bank CIMB. Login masuk macam biasa dan bolehlah teruskan pada bahagian pengesahan untuk terus selesaikan urusan pembayaran kepada pihak TM Net ini. 


Itulah dia langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk urusan semakan bil internet Streamyx atau Unifi secara online melalui kaedah TM Net login. Macam yang dah cakap tadi, memang mudah untuk buat semakan bil dengan Telekom melalui cara ini. 

Dengan cara ini, sangat menjimatkan masa juga kerana boleh semak bil TM Unifi / Streamyx dan boleh juga terus buat bayaran Pay Now / JomPAY melalui akaun Maybank2u, Cimb Clicks dan sebagainya mengikut akaun bank masing-masing. 

Dalam kesibukan urusan harian, tak dinafikan kita mungkin terlepas pandang pada bill semasa untuk perkhidmatan TM unifi atau Streamyx ini dan disebabkan itu, gunalah cara mudah yang sudah pihak Telekom Malaysia sediakan ini. 

Tak payah lagi nak call 100 hanya untuk cara semak dan bayar bil. Tak kisahlah sama ada TM Streamyx, Unifi atau bil telefon rumah biasa, janji ada kaitan dengan Telekom Malaysia. 

Nak check bil TM tertunggak pun boleh, yang penting kena daftar satu akaun di lamanweb milik TM tersebut. 

Dan kalau nak tahu, kita juga boleh kumpul point untuk setiap bil yang di bayar. RM1 bersamaan dengan 1 point dan point ini boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Salah satunya untuk diskaun pada bil-bil yang berikutnya. Okay la tu kan? At least ada juga manfaatnya. 

cara semak dan bayar bil tm unifi

Bagi kalian yang sedang mencari maklumat terkini cara atau langkah mudah dalam membuat semakan bil unifi dan bayaran bil semasa Unifi dan Streamyx secara online, semoga perkongsian ini dapat membantu. 

Dan bila dah tahu cara semak dan bayar bil TM Streamyx dan Unifi ni, jangan pula buat-buat lupa nak bayar. Takut nanti bila tarikh due date pembayaran tu dah terlepas, tak pasal-pasal internet akan di sekat. 

Aku sendiri pernah terlupa tersilap tarikh untuk membuat pembayaran dan akibatnya internet di sekat. 

Tak semena-mena terpaksa ke TM Point terdekat untuk membuat pembayaran dengan segera agar internet kembali ada macam biasa. Terpaksa bayar RM20 hanya untuk buka sekatan ni. Inilah pengajaran untuk diri sendiri. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

3 comments for "TM Net Login - Cara Semak Dan Bayar Bil TM Streamyx Unifi Secara Online "

  1. semalam abe kie check point kat unifi... ada 8049. Lalu abe kie tebus 8000 bersamaan rm80! Jd bln dpn bayar dlm rm20++ je lagi. Mcm ni la best! Ada gak ganjaran utk pengguna setia. x la rasa rugi byr bil tiap2 bln!

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada masa terlupa nak tengok berapa bil bulanab oerlu bayar, dengan adanya online sebegini memang memudahkan kerja..😊

    ReplyDelete