7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba
7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba | Makaroni (macaroni) mungkin masih ada yang masih tidak tahu bagaimana untuk memasaknya, akan tetapi makaroni ini sebenarnya mudah saja untuk memasaknya.
Bahkan makaroni ini boleh dipelbagaikan kepada pelbagai jenis masakan sama ada dalam bentuk goreng, bakar, sup berkuah dan sebagainya.
Anak cukup suka sangat dengan makaroni ni. Lagi-lagi kalau resepi makaroni yang dimasak tu mengikut resepi makaroni goreng mudah yang ada cheese. Nak nak lagi makaroni bakar! Sekali makan diulangnya berkali-kali sampai licin!
Bagi yang belum biasa dengan cara masak makaroni, di sini akan dikongsikan resipi-resipi untuk masak makaroni dengan pelbagai cara.
Antaranya makaroni dalam bentuk salad, bakar, goreng dan lain-lain. Resepi yang dikongsikan di sini walau ada yang kelihatan macam banyak bahan tapi hakikatnya mudah saja, jadi bolehlah kita cuba sama-sama.
#1 - MACARONI FRUIT SALAD
Resepi oleh: Evelyn Gemina My ResepiBahan-bahan ( Di hidang sejuk )
1 bungkus makaroni
1 botol besar mayonaise
1 kotak kecil Nestle Cream (optional)
1 tin susu pekat (guna separuh)
1 tin buah campuran dlm tin (tos & buangkan airnya)
Sedikit kismis
Sedikit kacang tanah/gajus goreng di cincang
Cara-cara
~Rebus makaroni sampai lembut (jgn terlalu lembut nnt cepat hancur)
~Toskan & sejukkan sebentar.
~Dalam mangkuk besar, masukkan semua bhn2 tadi,gaul sebati.
~Masukkan pula makaroni & gaul hingga rata & sejukkan dlm p.sejuk semalaman.
#2 - Resepi Makaroni Goreng Pedas
Resepi ini adalah resepi makaroni goreng yang pedas sikit dan diubah dari intanredha@myresipi.com
Bahan-Bahan Resepi Makaroni Goreng
*1 bungkus daging cincang atau sedikit UDANG *
500 gram makaroni
2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih)
7 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
Sedikit cendawan butang
2 batang carrot (dipotong dadu/panjang)
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng
1. Didihkan air terlebih dahulu.
2. Kemudian masukan macaroni. Rebus makaroni selama lebih kurang 5 minit.
3. Semasa rebus tu masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau minyak masak ke dalam air rebusan tadi.
4. Setelah makaroni empuk, toskan. Biarkan seketika.
5. Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan naik bau.
6. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.
7. Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar (atau udang). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.
8. Bolehlah masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.
9. Masukkan cendawan butang, dan carrot.
10. Masukkan makaroni. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang. Siap
#3 - MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN :
300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - Prego-boleh ditambah 1 cawan susu full cream milk- dalam kotak
1/2 cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella-utk ditabur atas macaroni * saya campurkan 1 cawan susu ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh juga ditambah 1/2 cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.
CARA MEMBUAT :
1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi .
2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.
3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.
Kredit : Nannie & Pages Sheila Rusly
#4 - Resepi Makaroni Goreng Basah
Bahan-bahan :
2 cawan makaroni direbus dan ditos
1 keping daging burger dicincang
Separuh batang lobak didadu
Suku lada benggala didadu
Sedikit hirisan sawi penambah ceria
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan minyak
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato masak
2 sudu cili giling
Air
Cara penyediaan :
1. Tumis bahan kisar sehingga berubah keemasan, masukkan garam
2. Masukkan daging burger dan lobak, gaul rata
3. Masukkan sos cili dan sos tiram
4. Sedikit air jika terlalu kering
5. Masukkan makaroni, lada benggala dan sawi. Gaul rata sehingga masak.
6. Hidangkan.
*tabur cheese jika suka. Selamat Mencuba!
#5 - Resepi Makaroni Cheese Goreng
2 kiub pati ayam knorr
2-3 ulas bwg putih diketuk/dihiris
1 packet sosej ayamas dihiris
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji Lada benggala (hijau & merah)
2 tin prego cheese & herbs
Macaroni sepaket (dlm 500g)
Garam
Kalau nk buat half packet macaroni, blh kurang kan separuh utk semua bahan kcuali cendawan butang. Kakau suka, blh tambah ayam ptong kecik2. Ikot tekak masing2 la
CARA-CARA
1. Tumis bawang putih smpai bertukar warna, pastu masukkan kiub pati ayam
knorr. Kacau sampai kiub hancur.
2. Masukkan sosej n cendawan butang yg dh dihiris td. Goreng kejap.
3. Tambah minyak sket kalau kurang.
4. Masukkan sos prego cheese & herbs. Kacau sebati.
5. Masukkan makaroni yg dh direbus td.
6. Kalau kering sgt, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur
sedikit garam. Xyah byk2 garam sbb dlm kiub td dh bg rasa masin.
7. Lepas tu....masukkan lada benggala yg dh didadukan. Nampak lawo warna
warni gini kan. Klau ada 1 warna je pn xpe nak bg naik seri makaroni.
8. Utk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese (takde takpe)
#6 - RESEPI MAKARONI DAGING
1/2 kilo makaroni1/2 bungkus daging hancur ( Ramly)
3 biji bawang besar dicincang
3 biji bawang putih
3 sudu cili giling
1 biji capsicum hijau
1 bij carrot
4 sudu cili sos
4 sudu tomato sos
4 sudu sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara
1.Rebus makaroni dan toskan
2.Panaskan kuali tumis bawang putih, bawang besar dan cili giling
3. Masukkan daging cincang letak sedikit air biarkan seketika sehingga daging masak
4. Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram
5. Masukkan capsicum dan carrot
7. Masukkan serbuk lada hitam
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Last sekali masukkan makaroni gaul rata
#7 - MAKARONI GORENG BEREMPAH
Sumber: Famili AzamBahan-bahannya
200gm makaroni maggi
3 camca besar minyak masak
Bahan A
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi
Bahan B
2 pek perencah bihun goreng maggi
1 camca besar serbuk kari
100 gm daging ayam dipotong dadu
11/2 camca teh kicap pekat maggi
1 camca teh serbuk pati ayam maggi
3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang
Cara-caranya
Masak makaroni mengikut arahan pada pek
Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan.
Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau.
Tambahkan daging ayam dan goreng selama 2 minit.
Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang
Paling suka makaroni fruit salad. Sedaaappp!
ReplyDelete