Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Cara Pakai Face Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak

Panduan Cara Pakai Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak | Hari ini satu dunia tidak lekang dengan mask demi untuk keselamatan diri sendiri. Baik kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga emas semuanya memang wajib pakai mask peliput hidung dan mulut bagi menjaga keselamatan diri masing-masing dari berjangkit dan mengjangkiti sesiapa kiranya ada simptom batuk, demam, selesema dan sebagainya yang mudah untuk berjangkit. 

Sesungguhnya pakai mask peliput muka ini ada banyak kebaikannya. Maka memang patut pun kita pakai selalu terutama di tempat ramai orang (awam). Cuma apa yang menjadi kekeliruan, bagaimana nak pakai mask ini sebenarnya? 

cara pakai mask yang betul

Daku sendiri tertanya-tanya, mask peliput muka perubatan (medical mask) ini, ketika memakainya adakah warna biru di depan ataupun warna putih? Makin menambahkan kekeliruan, ada yang berkata kalau kita sakit mesti pakai biru di dalam dan kalau berada dalam keadaan sihat dan elak jangkitan pula mesti pakai putih di luar. Eh mana satu yang tepat ni?

Apa yang daku tahu, lapisan warna putih memang lebih lembut berbanding lapisan warna hijau / biru. Kerana itu rasanya warna putih lebih sesuai berada di dalam sebab lebih selesa untuk bernafas. Tapi itulah, bila ada yang berkata "Bukankah putih di luar untuk yang sihat?" terus jadi keliru tak tahu nak pakai putih atau biru di luar ni. 

Demi menghilangkan rasa keliru, daku mulakan operasi mencari info melalui Google Search dan antara jawapan yang diterima, hanya satu sahaja cara pemakaian surgical mask iaitu warna biru di luar kerana ia bersifat kalis air. 

Cara Memakai 'Face Mask' Dengan Betul Mengikut Standard

Inilah antara info yang berjaya diperolehi berkaitan cara pemakaian mask yang betul.

cara pakai mask yang betul


1) Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul, mempunyai kepingan logam yang mengikut bentuk dan dapat menutup keseluruhan mulut dan hidung bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang digunakan.
2) Pastikan ia berwarna biru di luar kerana ia adalah kalis air dan mempunyai bahagian yang berwarna putih disebelah dalam untuk penyerapan jika terbatuk atau terbersin.
3) Pastikan topeng muka digantikan dengan yang baru kerana ianya hanya boleh digunakan selama 8 jam sahaja ataupun apabila ia sudah menjadi lembab.
4) Membuang ‘face mask’ yang telah digunakan juga sangat penting. Harus diingat bahawa topeng muka yang telah digunakan adalah kotor dan jangan sentuh topeng tersebut selepas ia dibuang. Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.
5) Koyak topeng muka yang telah digunakan, masukkan ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas sebelum dibuang.
6) Pastikan untuk mencuci tangan selepas membuang ‘face mask’.Tapi ingat, selain dari memakai topeng muka, kita juga disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan.
Credits : Murai.my

Itulah dia info tentang cara pemakaian "face mask" yang betul. Jika tak nak terus keliru, boleh beli mask peliput muka boleh guna semula yang lebih mudah dan menjimatkan. Tapi sebelum membeli mask boleh guna semula ini, pastikan beli mask yang bukan saja mudah untuk di cuci tetapi mempunyai ciri-ciri aspek keselamatan dan lain-lain perkara yang baik padanya. 

Sebagai contoh, Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask. Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini daku sendiri dah guna dan ianya boleh dikatakan menepati semua ciri-ciri yang daku cari. Tidak hanya berfungsi sebagai mask untuk menutup mulut dan hidung sebaliknya mask ini turut selesa dipakai dengan pemilihan fabrik yang lembut dan selesa untuk bernafas ketika sedang memakainya. 

travel bersama anak kecil dengan Lunavie

Dengan Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini, cara pakai mask juga dah tak jadi sebarang masalah. Tak payah lagi nak fikir warna biru atau putih untuk berada di depan (bahagian luar). 
Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini juga turut bersifat anti bacterial.

Ini adalah info mengenai bahan material yang digunakandari layer 1 hingga layer 3. 

Dan ini pula adalah bukti pengesahan ke atas Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask.

Tidak hanya mementingkan soal anti bakteria dengan pemilihan material yang baik malah Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini turut didatangkan dalam dua size (dewasa dan kanak-kanak) dan bersifat boleh laras bagi mendapatkan saiz yang tepat mengikut bentuk wajah si pemakai.

Rupa bentuk untuk Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini juga tampak lebih comel dan eksklusif jika hendak dibandingkan dengan mask biasa yang sering kita beli di pasaran. Yang penting, sangat happy rasanya bila anak ku si Kasih Sufi suka pakai mask ni dan takde lagi adegan asyik nak minta buka mask macam dulu. 

mask lunavie

mask lunavie

Jadi, jika sedang mencari apakah mask muka tanpa perlu ada rasa pening kepala takut silap tentang cara pakai mask dengan betul, bolehlah cuba Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask ini. Harganya pun tak mahal mana. 

Untuk info lanjut boleh layari : https://www.lunavie.com/

3 comments for "Panduan Cara Pakai Face Mask Yang Betul Untuk Dewasa Dan Kanak-Kanak "

  1. orang yang bercermin mata dan pakai mask selalu ada masalah... berkabus hehehhe

    ReplyDelete
  2. alala comei nya anak anak..lama tak singgah sini

    ReplyDelete