8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai
8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai | Nasi goreng merupakan salah satu menu yang sering di order tatkala singgah makan di mana-mana kedai makan atau restoran. Apa yang lebih menariknya lagi, menu nasi goreng ni ada banyak hinggakan kadangkala tu tak tahu nak makan menu nasi goreng yang mana satu.
Antara menu nasi goreng yang bagiku cukup best dan sedap adalah seperti nasi goreng belacan, nasi goreng kampung cili padi, nasi goreng kampung ala Thai dan nasi goreng pataya.
Kadangkala terdetik juga di hati nak makan nasi goreng sedap macam di kedai tapi dalam masa yang sama terfikir adakah resipi nasi goreng yang sedap macam di kedai tu memang boleh di buat sendiri di rumah atau sebaliknya.
Untuk penuhi hajat, maka resipi yang mudah dan sedap untuk nasi goreng ini cuba di cari melalui Google dan ternyata memang ada perkongsian resipi-resipi untuk nasi goreng yang sedap macam makan di kedai ini. Kiranya, kalau nak makan bolehlah cuba masak sendiri resepi nasi goreng tersebut.
Tapi tak dinafikan, tukang masak macam kat kedai tu bukan hanya bergantung pada resepi sesuatu nasi goreng tersebut tetapi juga bergantung pada skill kepakaran ketika memasak dan juga bahan-bahan masakan yang digunakan. Barulah resepi nasi goreng tu menjadi dan unik mengikut kepakaran seseorang tukang masak itu sendiri!
Walaubagaimanapun, tak salah kan untuk cuba resepi yang ada ini sendiri. Mana tahu ada skill tersemubnyi hingga benar-benar boleh dapat makan nasi goreng macam di kedai tu!
Dan di sini ada 8 resepi nasi goreng sedap macam makan di kedai untuk di cuba bersama-sama. Resepi ini juga tidaklah sesusah mana sebenarnya.
Selalu kat rumah asyik masak resepi nasi goreng telur, resepi nasi goreng kicap dan resepi nasi goreng bodoh. Jadi, bila lihat gambar nasi yang dah siap di goreng tu pun dah membangkitkan selera. Lagi-lagi kalau pekena di bulan puasa ketika waktu bersahur. Memang boleh buka selera di awal pagi. Bila terlihat resepi nasi goreng simple ni, rasa macam mampu je masak sendiri.
Ala kalau tak jadi hingga tahap terlajak sedap sebiji macam kat kedai tu pun, at least boleh makan juga kan. Sekali cuba resepi nasi goreng ni kalau kurang umph boleh cuba lagi dan lagi nanti. Yang penting cuba dulu.
+ Baca Juga : Senarai Barang IKEA Murah Yang Popular Untuk Dapur, Happy Shopping!
#1 - Resepi Nasi Goreng Sardin
Semangkuk nasi putih
Sardin tin/lebihan sardin
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji telur
Cili merah
1/2 batang lobak
Sedikit timun
Minyak untuk menumis
Garam untuk perasa
Cara memasak:
1) Hiris semua bahan tumis, bawang merah dan putih. Untuk lobak dan timun Kak Bell guna manual chopper.
2) Panaskan minyak & tumis bahan hiris sampai naik bau.
3) Masukkan lebihan sardin tanpa kuah dan juga lobak, cili merah dan timun. Kacau rata seketika.
4) Masukkan nasi dan kacau rata, perasakan dengan sedikit garam. Garam tu letak sikit je pepandaila rasa yer.
5) Alihkan nasi, pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
6) Goreng nasi sampai sedikit kering, dan boleh tutupkan api. siap!
#2 - Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk
1 pinggan nasi putih
Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya)
*10 tangkai cili api
*1 biji bwng besar-hiris
*3 ulas bwng putih
2 biji telur
kacang pnjng
Kubis
Garam dan perasa
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.
2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)
3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.
4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!
#3 - NASI GORENG USA
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu (boleh juga gantikan dengan sayur campur)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.
Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(sayur campur), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.
DAGING MASAK MERAH:
300gm daging - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1/2 biji capsicum - dihiris
1 biji tomato - dipotong 6
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.
Cara penyediaan daging:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.
#4 - Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai
Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur –
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)
Cara Memasak:
Nasi Goreng –
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur –
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
#5 - RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahannya:3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
1/2 ikat sayur kangkung
1 mangkuk kecil karot, didadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
2 ketul fish cake, putong dadu
ikan bilis goreng
serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.
#6 - Resepi Nasi Goreng Cina
4 cawan nasi putih
3 ulas bwg ros (kecil)*
1 ulas bwg merah besar*
5 ulas bwg putih*
3 biji cili api hijau*
Isi ayam
Sotong
1 sdk Lada putih
Cili merah
Carrot
Sawi
3 biji telur
1 sudu minyak bijan
Cara penyediaannya:
Tumbuk bahan yg bertanda *.
Panaskan minyak, goreng telur kacau-kacau. Kemudian, angkat dan asignkan dahulu.
Tumis bahan-bahan yang bertanda *. Apabila sudah garing masukkan ayam, sotong, carrot, cili merah, dan lada putih.
Masukkan garam, kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Kemudian, masukkan sawi dan telur tadi.
Kredit: Emanorsalha Zakaria
#7 - RESEPI NASI GORENG PATTAYA
.
2-3 mangkuk nasi (nasi yang sejuk-dileraikan sehingga tidak berketul)
1 keping dada ayam (dihiris nipis) - dilumurkan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah
2 sudu besar kicap.
2 sudu besar sos ikan
1 sudu air perahan limau nipis
1/2 batang serai (dihiris halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2-3 hiris halia (dihiris nipis dan dipotong memanjang)
3 cili api (dihiris halus/diketuk)- terpulang jika tak mahu pedas
1/2 cawan sayur/kacang campur frozen (Rendam dengan air panas dan toskan)
Garam dan serbuk perasa rasa secukupnya
Sedikit minyak (untuk menumis)
Sedikit daun bawang (dihiris untuk hiasan)
Sedikit lada sulah (putih)
2 biji telur ayam dipukul dengan ditambah 1 sudu kecil air
Cara-cara:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Goreng hirisan ayam seketika sehingga agak kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan ketepikan seketika.
Kemudian, dengan minyaknya sama (atau tambah sedikit jika kurang) tumiskan semua bahan-bahan yang dihiris halus (boleh juga ditumbuk) sehingga naik bau.
Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali sayur campur yang dipotong dadu.
Kacau sekata dan tambahkan garam dan serbuk perasa.
Jangan lupa hirisan ayam yang digoreng tadi. Masukkan dan gaul bersama.
Kemudian masukkan nasi dan gaul serta kacau sehingga rata antara perencah dan nasi.
Padam api dan ketepikan nasi goreng yang telah masak.
Membuat Telur untuk Membalut Nasi Goreng:
Untuk telur bagi membungkus atau membalut nasi pula, pukul telur dalam mangkuk.
Kemudian panaskan kuali lain dengan sedikit minyak masak dan rata-ratakan dipermukaan kuali. Gunakan api yang kecil.
Seterusnya, goreng telur tersebut membentuk pemukaan kuali sehingga menjadi bulat dan lebar. Ratakan dengan cepat sementara telur masih belum masak. Padamkan api setelah telur masak.
Selepas itu, ambil semangkuk nasi goreng dan telengkupkan di atas telur yang goreng dalam kuali tadi. Buat seolah-olah membungkus nasi goreng tersebut.
Ambil pinggan untuk hidangan, telengkupkan pula dalam kuali di atas nasi yang dibungkus dengan telur tadi. (hati-hati kuali panas).
#8 - Resepi Nasi Goreng Hailam
Nasi Goreng –
Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Kuah Hailam –
1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)
Cara Memasak:
Nasi Goreng –
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.
Kuah Hailam –
1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.
Post a Comment for "8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai "