Drama Bicara Cinta Full Episode 1 Hingga Akhir
Drama Bicara Cinta Full Episode 1 Hingga Akhir | Bicara Cinta merupakan sebuah drama lakonan Emma Maembong yang terbaru di dalam tahun 2020 ini. Ia mula disiarkan dalam slot Samarinda sebagai drama sangat TV3 terbaru bermula 21 September 2020, setiap Isnin hingga Khamis.
Bicara Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia menggunakan khidmat arahan Along Kamaludin. Bicara Cinta pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada April 2020, namun namun ditangguhkan kerana penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan perintah kuarantin seluruh negara.
Drama Bicara Cinta ini diadaptasi dari novel 2017 bertajuk sama karya Missa J. Novel Bicara Cinta ini boleh dikatakan agak 'popular' juga kerana berjaya mendapat tempat di hati pengemar novel tanah air.
Sinopis Penuh Drama Bicara Cinta
Sinopsis Bicara Cinta. Mengisahkan tentang Anis Sofea yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Rais kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Rais hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.
Pada suatu hari, Rais tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.
Baca sinopsis novel Bicara Cinta pun menarik juga, inikan pula setelah didramakan. Untuk mereka yang telah membaca novel Bicara Cinta dari awal hingga akhir pastinya tak sabar untuk tonton secara terus dalam bentuk drama pula. Lagipula, gandingan Adi Putra dan Emma Maembong nampak serasi dan comel. Untuk tahu keseluruhan jalan ceritanya macam mana, kenalah tonton full episode 1 hingga 16 (akhir).
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 1
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 2
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 3
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 4
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 5
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 6
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 7
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 8
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 9
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 10
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 11
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 13
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 14
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 15
Tonton Drama Bicara Cinta Episode 16
Benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai group FB Suka Drama Malaysia untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain.
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
1 Comments
layaaaaaaaaaaan
ReplyDelete