Doa Tidur Dan Bangun Tidur Dalam Bacaan Jawi Rumi Berserta Maksud
Doa Tidur Dan Bangun Tidur Dalam Bacaan Jawi Rumi Berserta Maksud | Tidur adalah salah satu kurniaan Allah untuk kita merehatkan diri. Tak kisahlah tidur sekejap di waktu siang ataupun tidur panjang lena di waktu malam. Yang penting tidur ini memang bagus untuk manusia terutama dari segi kesihatan.
Untuk tidur dan bangun dari tidur ini, sebagai seorang Muslim adalah sangat bagus jika dapat membaca doa sebelum dan selepas bangun dari tidur tiap hari. Lagipun doa tidur dan bangun tidur ini tidaklah sesusah mana pun!
Bagaimanakah doa tidur? Bagi yang belum biasa dengan doa hendak tidur ini, di sini akan dikongsikan doa ketika hendak tidur dan juga doa ketika sudah bangun dari tidur untuk kita sama-sama amalkan. Selain dari itu, bagus juga jika dapat mengikut tuntutan adab Islam dalam tidur, antaranya seperti membaca doa dan juga zikir semasa hendak dan ketika bangun dari tidur ini.
Banyak manfaat yang bisa kita ambil dari doa sebelum dan bangun tidur. Dalam Islam, tidur akan semakin berkualiti jika kita terbiasa dengan amalan betul sebelum dan selepas tidur lena ini. Doa ini tak ubah seperti sebuah rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih sudi memanjangkan umur kita untuk terus bersama yang tersayang di atas muka bumi milikNya ini.
Doa sebelum dan selepas tidur memang patut kita baca setiap kali ingin tidur dan juga tatkala bangun dari tidur. Doa tidur dan bangun tidur ini terpulanglah nak baca dalam bacaan jawi ataupun rumi. Jika tahu sekali dengan maksud atau artinya lagi bagus.
• Doa Sebelum Tidur Dalam Jawi & Rumi Berserta Maksudnya
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
•Doa Selepas Bangun Tidur Dalam Jawi $ Rumi Berserta Maksudnya
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi) dalam Islam
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur yang patut kita semua contohi dan amalkan.
1. Pakai pakaian yang sesuai
7. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
8. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
9. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
10. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
11 Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
12. membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
Untuk doa tidur dan bangun tidur ini sangat elok di ajar pada anak sedari mereka masih kecil lagi. Untuk anak-anakku termasuk Kasih yang berusia hampir 3 tahun ini, alhamdulillah dia boleh membaca doa sebelum tidur tiap malam walau dalam sebutan bacaannya yang agak pelat. Ini bermakna doa sebelum tidur ini sangat mudah untuk di ingat dan di baca cuma atas kita untuk praktik ataupun tidak.
Info Tambahan : 4 Jenis Cara Tidur Yang Perlu Kita Ketahui
1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka
Inilah doa sebelum dan selepas bangun dari tidur berserta dengan maksud atau artinya sekali. Jom kita praktik sama-sama dan ajar pada anak-anak sebagai satu bacaan lazim yang elok setiap malam.
Adakah doa tidur sekejap, panjang dan tidur lena boleh guna doa yang sama? Jawapannya adalah boleh! Itulah dia perkongsian berkaitan bacaan doa sebelum tidur dan bangun tidur berserta terjemahannya, semoga bermanfaat!
terima kasih awa kerana sudi berkongsi doa nak tidur n bangun tidur.
ReplyDeletetak tahu pun pasal 4 cara tido tu. thanks sis hawa for sharing. :)
ReplyDelete