Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tonton Drama Ryan Aralyn Full Episode 1 Hingga Akhir

Tonton Drama Ryan Aralyn Full Episode 1 Hingga Akhir Drama Ryan Aralyn hasil lakonan Zul Ariffin mula mendapat perhatian peminat drama melayu di Malaysia. Nama Zul Ariffin memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia drama melayu Malaysia dan tidak dinafikan yang peminatnya juga ramai dari negara jiran yakni Indonesia. 

Lakonannya yang agak bersahaja dengan bentuk tubuh yang agak sasa turut menjadi salah satu faktor kenapa beliau diminati ramai. Dan tak hairanlah kenapa drama Ryan Aralyn turut mendapat perhatian pengemar drama melayu Malaysia. Drama Ryan Aralyn merupakan drama lakonan hasil gandingan Zul Ariffin bersama Raysha Resrose.  

ryan aralyn episode 1 hingga akhir

Drama Ryan Aralyn ini merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Riza Baharudin bersama-sama dengan barisan pelakon lain seperti Fify Azmi, Shah Iskandar, Raja Azura dan Aishah Atan. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 bermula pada 25 September 2020 bagi menggantikan drama Pengantin Satu Malam. 

Boleh tonton drama Pengantin Satu Malam Full Episode 01 Hingga Akhir di > SINI <


INFO LENGKAP DRAMA RYAN ARALYN

DRAMA RYAN ARALYNInfo Siaran. Tarikh Mula : 25 September 2020. Waktu : Setiap isnin hingga jumaat jam 7 malam. Jumlah episod : 28

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Riza Baharudin dan terbitan Qaisworks Production Sdn Bhd

Pelakon
Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil

Watak Pelakon 
Zul Ariffin sebagai Ryan
Raysha Rizrose sebagai Aralyn
Fify Azmi sebagai Hanis
Shah Iskandar sebagai Zarul
Raja Azura sebagai Ruby
Sharifah Husna sebagai Doweena
Kodi Rasheed sebagai Allif

Sinopsis Penuh Drama Ryan (TV3) 

ryan aralyn episode 1 hingga akhir

Drama Drama Ryan ini merupakan sebuah drama yang mengisarkan tentang kehidupan seorang lelaki bernama Ryan (lakonan Zul Ariffin) yang secara tiba-tiba berkait dengan kehidupan seorang wanita bernama Aralyn (lakonan Raysha Rizrose). 

Ryan merupakan seorang lelaki kampung yang memiliki sebuah rasa tanggungjawab yang agak tinggi di dalam dirinya. Ryan juga seorang yang tidak suka menyalahkan takdir dan cuba sedaya upaya membahagiakan orang lain disekelilingnya walaupun hati dan dirinya sendiri rasa terluka. 

Di kampung Ryan memperisterikan Hanis (lakonan Fifi Azmi), seorang perempuan yang agak 'liar' dan penuh dengan sifat penting diri tanpa tahu menghormati Ryan sebagai seorang suami. Ryan cuba menyayangi dan menerima Hanis sebagai isterinya dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami disamping menjaga neneknya yang lumpuh namun ternyata gagal. 

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, anaknya Amir dan perangai Hanis yang keras kepala benar-benar teruji. Namun begitu, Ryan ada pendirian, walaupun dibesarkan dalam keluarga susah, dia tetap tahu yang mana baik dan buruk. Hanis pulang ke rumah pada malam dan dia keluarkan ujian kehamilan. Dia disahkan hamil dan mula resah. Hanis terus terang tentang kandungan dia, Ryan bersyukur tapi dia ragu-ragu kali terakhir mereka bersama hingga boleh menyebabkan Hanis mengandung.

Kehendak Hanis yang ingin bebas ditambah dengan kehilangan anak mereka (Amir) di dala
m sebuah kemalangan menyebabkan Ryan patah hati dan terus menceraikan Hanis. Di sini bermulalah kehidupan Ryan dan Hanis dengan dua cara kehidupan yang berbeza. 

Ryan nekad mencari siapakah yang terbabit di dalam kemalangan yang telah meragut nyawa anaknya. Hasil pencarian itu, dia menemui Aralyn berkat bantuan Kak Ruby dan Ryan benar-benar tak sangka yang Aralyn telah menjadi lumpuh akibat dari kemalangan tersebut. 

Antara Kelainan Yang Ada Dalam Drama Ryan Aralyn

Jika sebelum ini Zul Ariffin seringkali di beri watak ala 'prince charming' sebagai seorang yang kaya, tapi kali ini wataknya sebagai Ryan berkisarkan tentang kehidupan orang biasa saja. Jarang nak jumpa Zul Ariffin bawa watak yang macam gini dalam sesebuah drama.

Drama ini juga turut membawa watak Zarul seorang lelaki yang amat mementingkan rupa luaran dan material tanpa mengambil berat tentang perasaan dan hati. Watak Hanis yang penuh dengan sikap penting diri dan keras kepala yang hanya mementingkan untuk bebas dan ingin jadi kaya akan membuatkan penonton turut berasa geram! 

Bagi yang baru ingin mula menonton atau mungkin ada terlepas mana-mana episode untuk drama Ryan Aralyn ini, bolehlah tonton dari episode 01 hingga akhir menerusi video-video di bawah ini. InshaAllah setiap episode akan dikemaskini dari mula hingga akhir. 

Tonton Drama Ryan Aralyn Episod 1 Hingga Episod 28 ( Akhir )

Untuk tonton Drama Ryan Aralyn Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh saksikan melalui video-video di bawah ini.

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 1

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 2

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 3

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 4

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 5

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 6

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 7

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 9

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 16

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 18

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 19

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 20

Tonton Drama Ryan Aralyn Episode 21



Daku sendiri sudah mula menonton Drama Ryan Aralyn dari Episod 1 dan InshaAllah akan menonton hingga episode akhir. Setelah mula menonton tak dinafikan watak Ryan dan Hanis benar-benar menyerlah. Memang nampak betapa keras kepalanya Hanis dan dalam masa yang sama rasa geram juga dengan sikap terlalu lembut hati yang ditunjuk oleh Ryan. Tapi, dalam lembut hati itu memang jelas sikap tegasnya cuma Ryan seperti tidak suka untuk mempanjangkan sesuatu isu. Namun sabarnya ada had hingga ia menceraikan Hanis untuk tidak terus menjadi seorang lelaki yang dayus. 

Drama bersiri 'Ryan Aralyn' yang menampilkan gandingan Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Fifi Azmi ini memang agak seronok untuk ditonton dan walaupun ianya sebuah drama yang agak panjang dengan 28 episod tapi rasanya ramai yang akan terus tonton dari episode 1 hingga akhir. 
Suka Tonton Drama? Boleh join group FB Suka Drama Malaysia. Di sana ada pelbagai link episode penuh untuk tonton pelbagai drama baru dan lama. 
Selamat menonton. 

Post a Comment for "Tonton Drama Ryan Aralyn Full Episode 1 Hingga Akhir "