Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Idea Hantaran Tunang Untuk Perempuan & Lelaki Cara Simple Dan Murah

Idea Hantaran Tunang Untuk Perempuan & Lelaki Cara Simple Dan Murah | Untuk menempuh sesebuah perkahwinan, memang ada beberapa fasa yang perlu dilalui. Dalam kaum Melayu sendiri kita ada proses merisik untuk meminang, proses bertunang dan proses akad nikah dengan majlisnya sekali setakat yang mampu. 

Tempoh bertunang itu sendiri tak ubah seperti sebuah ikrar janji yang perlu pihak perempuan lalui tanpa boleh menerima sebarang pinangan dari pihak yang lain. 

Untuk merisik itu pula, ianya tak ubah untuk bertanyakan tentang keluarga si pengantin perempuan sama ada gadis yang bakal dilamar itu sudah berpunya ataupun belum. 

Dan sekiranya memang bakal pengantin itu suka sama suka, nak terus buat upacara merisik dan bertunang serentak pun tak apa. 

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki


Dah hati memang suka sama suka, apa salahnya teruskan saja ke tahap bertunang. Jimat belanja juga. Tapi, sekarang ni majlis merisik dan bertunang dah tak macam dulu lagi. 

Aku tengok majlis bertunang sekarang dah tahap majlis saat akad nikah dan bersanding. Kalau dulu majlis begini simple saja. 

Untuk kalian yang sedang mencari info tentang majlis bertunang, nak tahu tentang berbalas-balas dulang, apakah perbezaan hantaran tunang dan hantaran kahwin berserta idea hantaran tunang untuk lelaki dan perempuan, di sini akan dikongsikan beberapa info yang berkaitan. 

Jumlah Hantaran Tunang dan Hantaran Kahwin Dalam Angka Ganjil

Selain memenuhi adat tradisi dan syarat, berbalas-balas dulang hantaran antara kedua-dua pihak memang telah dilakukan dari dulu lagi. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang ni simple-simple saja. 

Manakala jumlah dulang yang sering digunakan adalah hantaran tunang 3 balas 5 dan. Ini bermakna dari pihak lelaki 3 dulang dengan di balas oleh pihak perempuan sebanyak 5 dulang. 

Untuk hantaran perkahwinan dulang hantaran ini adalah lebih banyak. Selalunya untuk dulang hantaran perkahwinan hantaran kahwin itu adalah 5 balas 7 ataupun 7 balas 9. 

Maksudnya, pihak lelaki beri 5 dulang dengan di balas oleh pihak perempuan sebanyak 7 dulang ataupun pihak lelaki beri 7 dulang dengan di balas oleh pihak perempuan sebanyak 9 dulang. Angka ganjil digunakan di sini dan sebab apa dulang hantaran ini dalam angka ganjil, tak pula aku tahu. 

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

Barangan Yang Sesuai Dijadikan Sebagai Hantaran Tunang Untuk Lelaki & Perempuan

Barangan hantaran untuk tunang dan kahwin ini ada sedikit perbezaan. Contohnya barangan hantaran untuk kahwin jauh lebih mahal dibanding dengan barangan hantaran untuk bertunang. 

Selalunya barangan hantaran tunang ini diberi dalam bentuk barangan simple dan makanan tertentu dengan maksud yang tersendiri. 

Antaranya beri barangan yang ada unsur agama supaya perhubungan itu diberkati oleh Allah SWT, ia juga boleh membawa makna dambakan seorang suami atau isteri yang soleh / solehah. 

Beri dalam bentuk makanan manis sebagai simbolik supaya hubungan pertunangan antara ke dua bakal pengantin itu berjalan lancar tanpa ada halangan. Boleh juga beri barangan yang berbau wangi supaya hubungan kekal mewangi. 

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

Dan antara barangan yang selalu di pilih untuk dijadikan hantaran ini adalah seperti : 

  • Al-Quran
  • Sejadah
  • Telekung Solat
  • Kain Pelikat 
  • Baju Melayu / Baju Kurung 
  • Kain Pasang / Kain Meter  
  • Tudung / Shawl 
  • Baju Kemeja
  • Duit Mas Kahwin / Wang Hantaran
  • Jambangan bunga
  • Minyak Wangi
  • Potpourri
  • Tuala Bersulam 
  • Skin Care
  • Jam Tangan
  • Dompet / Tas Tangan 
  • Cermin Mata
  • Set Penjagaan Kulit (Skin Care)
  • Set Mandian
  • Set Wangian
  • Barangan MakeUp
  • Kek
  • Agar-Agar / Puding
  • Kuih Tradisional / Moden 
  • Coklat 
  • Pulut Kuning 
  • Sirih Junjung / Tepak Sirih 
  • Buah-Buahan 

Contoh Idea Gubahan Hantaran Tunang Untuk Lelaki Perempuan Gaya Simple, Murah & Jimat 

Nak dapatkan idea gubahan barang hantaran tunang untuk majlis pertunangan? Di bawah ini ada beberapa contoh idea hantaran tunang untuk 2019 dan 2020. 

Nak guna semasa bertunang di tahun 2021 dan sebagainya juga boleh. Semoga gambar hasil gubahan dulang hantaran tunang ini dapat membantu ya. 

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki



hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

Tips Sediakan Hantaran Pertunangan Cara Bijak Untuk Lebih Jimat Belanja 

1. Sedondon 

Beri barangan dalam bentuk sedondon antara lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, jika pihak lelaki beri baju kurung maka pihak perempuan beri baju melayu. 

Nak lebih jimat, beri baju kurung dan baju melayu yang sesuai untuk dipakai semasa majlis akad nikah nanti. 

2. Guna Idea Konsep DIY 

Gunakan idea hantaran konsep DIY yang unik seperti dalam gambar ini. Tampak unik dan yang pasti sesiapa tidak tahu apakah isi di dalamnya. 

Paling penting tak perlu terlalu membazir untuk membeli barangan aksesori sebagai penghias gubahan untuk hantaran itu lagi. 

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

3. Beli Barangan Kegunaan Selalu

Beri barangan yang memang digunakan untuk si bakal pengantin selalu. Sebagai contoh, beri minyak wangi, set penjagaan diri dan wajah yang memang dipakai selalu. 

4. Beli Sendiri Dengan Kos Sama

Nak lebih bagus, sediakan bajet sama rata kemudian si pengantin beli barangan yang memang diinginkannya mengikut bajet tersebut, begitu juga dengan bakal si pengantin lelaki. Setelah beli, boleh saling tukar untuk dihias sebagai hantaran. 

Selagi belum kahwin, masih tidak sah dari sisi agama. Maka dengan cara ini, boleh keluar berasingan untuk beli barangan kehendak masing-masing. 

Cara ini juga bagus untuk anda yang berhubungan jarak jauh. Tak payah lagi nak pening-pening kepala! 

5. Beri Pakaian Sesuai Untuk Kerja

Satu lagi cara yang menjimatkan, beli pakaian yang memang sesuai untuk dipakai semasa kerja. Sebagai contoh baju kemeja, tali pinggang dan sebagainya. 

6. Warna Gubahan

Kordinasi​kan w​arna​. Hadkan ​dengan tidak melebihi ​dari ​3 warna. Pastikan de​k​orasi dulang anda sesuai dan melengkapi barang yang akan dileta​k​kan. 

7. Kemas 

Pastikan dulang hantaran anda kemas dan rapi. Elakkan dari ​menghias dengan terlalu banyak perhiasaan. 

8. Guna Bunga Plastik

Dari gubahan guna bunga segar, tukarkan kepada bunga plastik. Boleh pilih bunga tulip, rose dan sebagainya. Tetap juga nampak cantik dan menarik. Malah bunga plasik boleh direcycle untuk kegunaan yang lain. 


Buat Ikut Kemampuan, Jangan Sampai Membazir! Ini Baru Bertunang, Belum Lagi Majlis Kahwin

Hantaran tunang merupakan pertukaran barang sebagai hadiah di antara pihak keluarga lelaki dan perempuan, setelah kedua-dua belah bersetuju untuk menjadi sebuah keluarga. Maka hantaran tunang untuk perempuan dan lelaki ini, ada baiknya simple saja.

Jika tak buat majlis yang grand pun tak mengapa. Memadai sekadar berpakaian biasa yang tampak manis dan kemas, sedikit hantaran simple sebagai tanda buah tangan, cincin tanda ikatan dan diikuti dengan sedikit makan-makan sesama ahli keluarga yang terdekat. 

Nanti semasa hantaran kahwin dan majlis nikah, nak buat majlis besar untuk panggil satu kampung pun tak apa! 

Dari Merisik Jadi Bertunang, Hanya Majlis Simple Tapi Nitizen Beri Pujian 

Untuk anda yang takut dengan kata-kata makcik bawang di luar sana. Ini salah satu kisah dari merisik jadi bertunang dalam sebuah majlis yang amat simple di antara Atlet renang paralimpik, Anas Zul Amirul, 19 tahun telah bertunang dengan gadis pilihannya, Suffi Mazatulnizam, 20 tahun pada tahun 2019 yang lalu. 

Manis berkongsi gambar-gambar majlis pertunangan mereka, rata-rata netizen memuji majlis tunang mereka serba ringkas. Membalas pujian netizen, Sufi di laman twitternya, @Suuuue_, mereka memang mahu berjimat. 

Baju yang digayakan merupakan baju kurung biasa yang dipakai untuk ke kelas manakala Anas memakai baju jalan biasa.

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

hantaran tunang simple untuk perempuan lelaki

Jadi, jangan takut untuk mengadakan majlis yang simple dengan hantaran perkahwinan yang murah dan bajet sekalipun. 

Jangan sampai seksa diri dek kerana takut berasa malu. Ikutlah kemampuan dan sesungguhnya simple is good. 

Yang penting niat dan kehendak untuk ikat janji antara dua pihak dalam sebuah majlis pertunangan itu boleh berjalan dengan lancar. 

Aamiin. 




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

3 comments for "Idea Hantaran Tunang Untuk Perempuan & Lelaki Cara Simple Dan Murah "

  1. Ai dulu bertunang bagi barang2 yang akan pakai masa kahwin dan kahwin bagi barang2 yang akan pakai selepas berkahwin.

    ReplyDelete
  2. Cantik je semua hehhe semoga dipermudahkan 🥰

    ReplyDelete