Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis & Tonton Drama Tuan Danial Full Episode 01 Hingga Akhir

Tonton Drama Tuan Danial Full Episode 01 Hingga AkhirTuan Danial ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Idris Khan sebagai watak tajuk. Drama Tuan Danial ini pernah ditayangkan bermula pada 9 Ogos, di slot Lestary pada setiap Rabu hingga Jumaa dan Drama Tuan Daniel boleh ditonton bermula dari Episod 1 hingga Episod 13 (Episod Akhir) secara online buat masa ini. 

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton drama Tuan Danial ini di kaca TV, di sini akan dikongsikan Sinopsis Tuan Danial bersama dengan video full episode untuk tontonan dari ep 1 hingga akhir. 
Sedikit info mengenai drama Tuan Danial ini, cerita Tuan Danial merupakan adaptasi dari sebuah novel. Tuan Danial ialah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Azizah Ami. Novel ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Cute Kreatif. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019. 

Konsep cerita adaptasi novel yang dibentangkan drama-drama popular masa kini dikatakan stereotaip dan klise, serta hampir sama antara satu sama lain namun hakikatnya setiap cerita mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kerana itu tak hairanlah kenapa ramai pengemar drama melayu Malaysia tetap suka menonton cerita sebegini. 

drama tuan danial episode 1 hingga akhir

Sinopsis Novel Tuan Danial 

Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. 

Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu? “Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.” 

Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. "mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" "Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is. 

Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?" Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.

Novel Tuan Danial boleh baca di Watpadd dan jika nak lebih eksklusif, boleh beli novel Tuan Danial ni secara online atau di kedai-kedai buku yang berhampiran selagi stok masih ada. 

Sinopsis Drama Tuan Danial 

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim (Intan Najuwa) dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Danial bukan lelaki pertama yang membuatkan Tengku Ismahanim atau Is, menyamar sebagai pembantu rumah. 

Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil (Aman Graseka) namun semua calon itu tidak berjaya memikat hati Is sehinggalah Is menyamar menjadi pembantu rumah milik keluarga Tuan Danial (Idris Khan). 

Berlainan dengan lelaki-lelaki sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah. Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah. 

Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. Tengku Hatta (Syafi Tee DFKL), adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka. 

Kehadiran Nell (Atikah Suhaime), bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya. 

Bukan Is sahaja mempunyai saingan, Tuan Danial juga tergugat oleh kehadiran Rizal (Luqman Hafidz), jiran sebelah rumahnya yang obses untuk memiliki Is. Rizal cuba menggoda Is dengan menghantar kad dan bunga. Rizal juga berani menengking Is yang telah membuang bunganya dan menumbuk Tuan Danial dengan teruk sekali semata-mata kerana inginkan Is. Adakah cinta di antara Is dan Tuan Danial bakal bersatu dengan kehadiran Nell dan Rizal?

Sinopsis Drama TUAN DANIAL tidak terlalu berbeza dengan sinopsis versi novel. Sinopsis drama tuan Danial TV3 ini turut membawakan jalan cerita dengan nama watak-watak yang sama. Adegan yang ada di dalam novel juga sedaya upaya cuba dikekalkan. 

Video Drama Tuan Danial Full Episode 01 Hingga Akhir 

Tonton Drama Tuan Danial - Episod 1


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 2


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 3


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 4


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 5


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 6


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 7


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 8


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 9


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 10


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 11


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 12


Tonton Drama Tuan Danial - Episod 13 (Akhir) 


Itulah dia info mengenai novel dan drama Tuan Danial termasuk Sinopsis, nama pelakon dan sebagainya. Bagi yang belum pernah menonton bolehlah saksikan drama Tuan Danial ini dari ep 1 hingga akhir melalui video yang telah disertakan tadi. 

Tuan Danial ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang pernah mendapat tempat di hati ramai pengemar drama tempatan dan kenapa drama ini pernah disukai ramai, kenalah tonton sendiri. Namun tak dinafikan, tak semua orang suka dengan drama ala sweet genre romantic comedy begini. Masing-masing ada kesukaan tersendiri. 

Apapun, bagi yang sedang mencari link untuk tonton drama Tuan Danial episod 1 hingga 13 (akhir), selamat menonton! Dan jika kalian benar-benar suka dengan drama melayu Malaysia, bolehlah sertai group FB Suka Drama Malaysia untuk dapatkan link-link tontonan drama baru dan lama yang lain. 


1 comment for "Sinopsis & Tonton Drama Tuan Danial Full Episode 01 Hingga Akhir "