Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah (Petua Pilih Buah Tembikai)
Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah (Petua Pilih Buah Tembikai) | Buah tembikai merupakan salah sejenis buah kegemaran anak-anak kat rumah ni. Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis dan part paling best, kulit tembikai tu boleh di buat sayur manis yang juga sedap rasanya. Untuk beli buah tembikai ni memang agak mencabar sebenarnya. Silap pilih dapat buah tembikai yang tidak elok isinya dengan rasa yang tawar.
Kerana itu untuk beli buah tembikai ini kena ambil tahu dulu tips dan petua bagaimana untuk pilih buah tembikai manis sedap berjus supaya bila balik rumah boleh makan buah tembikai juicy idaman.
Bagi kalian yang ingin tahu bagaimana untuk memilih buah tembikai yang manis, sedap dan berjus dengan kualiti bagus, di sini akan dikongsikan cara-cara dan petua bagaimana untuk pilih buah tembikai ini. Barulah tak menyesal bila beli nanti!
![]() |
Sedapnya jika dapat buah tembikai yang manis macam ni |
9 Tips @ Petua Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Sedap Dengan Betul
#1 - Kenali Jantina Buah Tembikai
#2 - Lihat Tompokan Kuning Pada Buah Tembikai
#4 - Belang Buah Tembikai Lebih Rapat Pada Bahagian Bawah
#5 - Belang Buah Tembikai Lebih Sekata Dan Gelap Warnanya
#6 - Tekstur Lebih Licin Dan Berkilat
#7 - Bila Timbang Agak Berat
#9 - Tepuk Dan Jentik Buah
Buah Tembikai Disebut Sebagai Timun Cina di Kelantan
Daku yang berkahwin dengan orang Kelantan ni, pada mulanya memang agak keliru juga dengan sebutan timun ini. Lama-lama baru boleh biasakan diri. Untuk pengetahuan, buah tembikai ini jika di Pantai Timur (terutama Kelantan), untuk buah tembikai ia dipanggil sebagai timun cina manakala untuk buah timun biasa yang sering dibuat ulam tu, ia dipanggil sebagai timun batang.
Jom Beli Tembikai Dengan Cuba Tips-Tips Cara Pilih Di Atas
Alhamdulillah sekarang dapat dapat cara memilih tembikai yang rasanya manis. Melihat pada cara-cara yang dikongsikan itu tak adalah susah sangat cuma mungkin sebelum ini memang betul-betul tak tahu tentang semua tips dan petua ini.
Dengan adanya cara nak pilih tembikai yang manis, elok dan merah isinya ini, dapatlah tahu cara-cara yang betul untuk pilih tembikai supaya tak rasa menyesal macam dulu. Tembikai memang ramai yang suka kerana sedap untuk dijadikan jus atau dimakan begitu saja cuma kadangkala rasa tembikai ini boleh juga mengikut keadaan musim yang berubah.
Ohya, untuk cara pilih tembikai susu tak pasti pula adakah sama atau tidak dengan cara pilih buah tembikai biasa dengan isi merah dan kuning ni. Mungkin boleh di cuba dulu.
Semoga dengan perkongsian cara pilih tembikai yang sudah masak sempurna atau belum ini dapat memberi manfaat pada kalian di luar sana. Semoga dapat digunakan panduan yang ada agar dapat membeli tembikai terbaik dan manis untuk dinikmati dengan hati yang senang gembira bersama keluarga.
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
3 Comments
Saya tahu makan saja, haha. Bagusnya info ni. Lepas Ni nak beli tembikai, kena ikut petua awa..
ReplyDeleteBest betul kalau dapat isi tembikai manis. Selalunya tengok orang ketuk-ketuk jew buah tembikai untuk uji isi kandungannya. Tq for sharing.
ReplyDeleteBagus perkongsian awak. Terima kasih tau. Hari tu Eza ada tanam tembikai dekat kebun belakang rumah. Berbuah 2 biji je, 1 manis 1 lagi tawar. So lepas ni mudah sikit nak tau mana tembikai yang bagus sebab ada rujukan kat blog awak.
ReplyDelete