Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah (Petua Pilih Buah Tembikai)

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah (Petua Pilih Buah Tembikai) | Buah tembikai merupakan salah sejenis buah kegemaran anak-anak kat rumah ni. Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis dan part paling best, kulit tembikai tu boleh di buat sayur manis yang juga sedap rasanya. Untuk beli buah tembikai ni memang agak mencabar sebenarnya. Silap pilih dapat buah tembikai yang tidak elok isinya dengan rasa yang tawar. 

Kerana itu untuk beli buah tembikai ini kena ambil tahu dulu tips dan petua bagaimana untuk pilih buah tembikai manis sedap berjus supaya bila balik rumah boleh makan buah tembikai juicy idaman. 

Bagi kalian yang ingin tahu bagaimana untuk memilih buah tembikai yang manis, sedap dan berjus dengan kualiti bagus, di sini akan dikongsikan cara-cara dan petua bagaimana untuk pilih buah tembikai ini. Barulah tak menyesal bila beli nanti! 

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap
Sedapnya jika dapat buah tembikai yang manis macam ni 


9 Tips @ Petua Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Sedap Dengan Betul

#1 - Kenali Jantina Buah Tembikai 

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap


Baru tahu rupanya buah tembikai ini juga ada jantina (jantan dan betina.) Bagaimana nak bezakan jantina buah tembikai ni? Menurut info yang ku baca, tembikai ini mempunyai jantinanya dan bagi buah tembikai jantan, bentuknya agak lonjong dan besar. Manakala tembikai betina pula bentuknya lebih bulat.

Sifat lain untuk buah tembikai jantan, ia mempunyai biji dan air yang banyak maka tembikai jantan ini lebih sesuai untuk di buat jus. Manakala tembikai betina lebih kurang biji dan lebih padat serta manis isinya maka buah tembikai betina lebih sedap untuk dimakan begitu saja. 

#2 - Lihat Tompokan Kuning Pada Buah Tembikai

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap

Cara seterusnya untuk pilih buat tembikai dengan rasa manis dan sedap, pilih buah tembikai yang ada tompokan berwarna kuning krim atau oren pada bahagian bawahnya. Warna kuning krim atau oren ini menandakan buah tembikai tersebut sudah lama berada di atas tanah dan selalunya buah tembikai dengan tanda sebegini sudah betul-betul masak dengan sempurna berbanding buah tembikai dengan tompokan berwarna putih. 

#3 - Lihat Jika Ada Tompokan 'Jaringan Lebah'

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap


Selalunya ramai yang lebih suka pilih buah dengan permukaan yang bagus. Untuk buah lain okay tapi untuk buah tembikai jangan ikut cara itu. Kalau nak tahu, buah tembikai yang ada tompokan 'jaringan lebah' adalah lebih bagus kerana ia menandakan bahawa buah tersebut isinya sangat manis hingga disukai oleh lebah untuk hinggap padanya. 

#4 - Belang Buah Tembikai Lebih Rapat Pada Bahagian Bawah 

Lihat juga pada rupa belang buah tembikai pada bahagian bawah. Jika belang buah tembikai pada bahagian bawah itu rapat, bermakna buah tembikai itu lebih baik dengan kulit yang lebih nipis. 

#5 - Belang Buah Tembikai Lebih Sekata Dan Gelap Warnanya 

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap

Belang buah tembikai dengan jalur yang sekata pada kiri dan kanannya, serta mempunyai warna jalur yang lebih gelap dikatakan mempunyai isi yang lebih manis dan sedap rasanya. 

#6 - Tekstur Lebih Licin Dan Berkilat 


Tekstur permukaan kulit buah tembikai itu sendiri boleh memberitahu isi di dalamnya. Pastikan pilih buah tembikai dengan tekstur kulit yang lebih licin dan lebih nampak berkilat berbanding buah tembikai dengan permukaan yang agak kasar. Buah tembikai dengan kulit licin berkilat ini menandakan ianya telah masak dengan sempurna. 

#7 - Bila Timbang Agak Berat 

Tembikai yang lebih berat bermakna isi kandungan air di dalamnya lebih banyak. Biar ia nampak kecil, tapi jika timbangannya berat maka besar kemungkinan buah termbikai tersebut sangat manis dan berjus. 

#8 - Tangkainya Kering

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap


Tangkai yang kering dan kecut bermaksud buah tembikai itu benar-benar telah masak dengan sempurna berbanding dengan tangkai yang masih kelihatan basah dan berwarna hijau. Dikhuatiri buah tembikai dengan tangkai yang masih berwarna hijau ini telah dipetik secara sengaja tanpa menunggu buah itu masak sepenuhnya dengan sempurna. 

#9 - Tepuk Dan Jentik Buah 


Tujuan untuk tepuk dan jentik-jentik buah tembikai ini adalah untuk mendengar bunyi dari dalam buah tembikai tersebut. Caranya mudah saja, hanya tepuk atau jentikjentik buah tembikai itu dengan perlahan, dalam masa yang sama cuba dengar bunyi yang dihasilkan. Jika ia mengeluarkan bunyi seakan-akan kosong, itu bermakna buah tembikai tersebut sudah masak sempurna dengan isinya yang baik. 

Buah Tembikai Disebut Sebagai Timun Cina di Kelantan

Daku yang berkahwin dengan orang Kelantan ni, pada mulanya memang agak keliru juga dengan sebutan timun ini. Lama-lama baru boleh biasakan diri. Untuk pengetahuan, buah tembikai ini jika di Pantai Timur (terutama Kelantan), untuk buah tembikai ia dipanggil sebagai timun cina manakala untuk buah timun biasa yang sering dibuat ulam tu, ia dipanggil sebagai timun batang. 

Jom Beli Tembikai Dengan Cuba Tips-Tips Cara Pilih Di Atas 

Alhamdulillah sekarang dapat dapat cara memilih tembikai yang rasanya manis. Melihat pada cara-cara yang dikongsikan itu tak adalah susah sangat cuma mungkin sebelum ini memang betul-betul tak tahu tentang semua tips dan petua ini. 

Dengan adanya cara nak pilih tembikai yang manis, elok dan merah isinya ini, dapatlah tahu cara-cara yang betul untuk pilih tembikai supaya tak rasa menyesal macam dulu. Tembikai memang ramai yang suka kerana sedap untuk dijadikan jus atau dimakan begitu saja cuma kadangkala rasa tembikai ini boleh juga mengikut keadaan musim yang berubah. 

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap

Ohya, untuk cara pilih tembikai susu tak pasti pula adakah sama atau tidak dengan cara pilih buah tembikai biasa dengan isi merah dan kuning ni. Mungkin boleh di cuba dulu. 

Semoga dengan perkongsian cara pilih tembikai yang sudah masak sempurna atau belum ini dapat memberi manfaat pada kalian di luar sana. Semoga dapat digunakan panduan yang ada agar dapat membeli tembikai terbaik dan manis untuk dinikmati dengan hati yang senang gembira bersama keluarga. 



3 comments for "Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah (Petua Pilih Buah Tembikai)"

  1. Saya tahu makan saja, haha. Bagusnya info ni. Lepas Ni nak beli tembikai, kena ikut petua awa..

    ReplyDelete
  2. Best betul kalau dapat isi tembikai manis. Selalunya tengok orang ketuk-ketuk jew buah tembikai untuk uji isi kandungannya. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bagus perkongsian awak. Terima kasih tau. Hari tu Eza ada tanam tembikai dekat kebun belakang rumah. Berbuah 2 biji je, 1 manis 1 lagi tawar. So lepas ni mudah sikit nak tau mana tembikai yang bagus sebab ada rujukan kat blog awak.

    ReplyDelete