Cara Semak Baki Loan AEON Credit Motor Kereta Dari Rumah
Cara Semak Baki Loan AEON Credit Motor Kereta Dari Rumah | AEON Credit sememangnya sudah terkenal di Malaysia sebagai salah satu pemberi pinjaman untuk mereka yang ingin berhutang untuk membeli pelbagai barangan keperluan rumah. Aeon credit ini juga termasuk untuk membeli kenderaan seperti motosikal dan juga kereta.
Bagi yang sedang mencari cara bagaimana untuk semak baki AEON kredit untuk motor dan kereta yang telah di beli, di sini akan dikongsikan beberapa info mengenai Aeon kredit ini.
Cara Semak Baki AEON Motor & Kereta Yang Mudah
Di sini akan dikongsikan kedua-dua cara untuk buat semakan bagi baki pinjaman Aeon kredit motor dan kereta ini. Yang pertama secara SMS dan yang ke dua secara online di website utama AEON Credits.
#1 - Cara Semak Baki AEON Credit Pinjaman Motosikal & Kereta Guna SMS
Cara semak baki Aeon melalui SMS adalah seperti di bawah ini : taip AEON <jarak> [keyword] <jarak> 1234 hantar ke 63633
Contoh: AEON CCBAL 1234 hantar ke 63633
Kadar & Bayaran untuk setiap SMS :
- Caj Normal: RM0.15 setiap SMS diterima (maklumat berguna)
- Kadar SMS standard akan dikenakan untuk setiap SMS yang tidak berjaya diterima
- Kadar SMS standard adalah berdasarkan kepada pembekal rangkaian
#2 - Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Pinjaman Motosikal & Kereta Secara Online
Cara Register Akaun Online AEON Credit Untuk Kali Pertama
1. pergi ke link ini :
2. Isi borang pendaftaran mengikut detail yang di minta.
Nombor Telefon AEON Credit Jika Perlukan Bantuan
Sekiranya mengalami kesulitan atau mempunyai soalan lain secara lebih detail, peminjam boleh terus menghubungi pihak AEON Credit secara terus melalui nombor +60 3-2719 9999
Itulah dia cara semak baki pinjaman AEON melalui SMS dan juga cara semak baki pinjaman motosikal kereta AEON kredit melalui online.
Lepas ni para peminjam dah boleh semak berapa baki statement motor atau kereta dengan mudah. Jika di lihat pada cara di atas, cara membuat semakan baki pinjaman AEON untuk kereta motor melalui kaedah semakan secara SMS lebih senang dan mudah!
Di harap perkongsian mengenai cara semak baki pinjaman motosikal kereta Aeon credit ini dapat membantu kalian di luar sana untuk membuat semakan dari rumah.


Setakat ini abe kie blom buat loan dgn Aeon sbb interestnya tinggi. Seram rasanya.
ReplyDeletefacebook,com
ReplyDelete