Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Baki Loan AEON Credit Motor Kereta Dari Rumah

Cara Semak Baki Loan AEON Credit Motor Kereta Dari Rumah | AEON Credit sememangnya sudah terkenal di Malaysia sebagai salah satu pemberi pinjaman untuk mereka yang ingin berhutang untuk membeli pelbagai barangan keperluan rumah. Aeon credit ini juga termasuk untuk membeli kenderaan seperti motosikal dan juga kereta. 

Bagi yang sedang mencari cara bagaimana untuk semak baki AEON kredit untuk motor dan kereta yang telah di beli, di sini akan dikongsikan beberapa info mengenai Aeon kredit ini.

Cara Semak Baki AEON Credit Motor Kereta

Cara Semak Baki AEON Motor & Kereta Yang Mudah 

Bagimana nak semakan baki pinjaman motosikal dan kereta Aeon? Terdapat 2 cara semak baki pinjaman motosikal dan kereta AEON credit iaitu secara online dan juga SMS. Cara yang paling cepat dan mudah untuk semak baki pinjaman motosikal kereta AEON Credit adalah melalui SMS. 

Di sini akan dikongsikan kedua-dua cara untuk buat semakan bagi baki pinjaman Aeon kredit motor dan kereta ini. Yang pertama secara SMS dan yang ke dua secara online di website utama AEON Credits. 

#1 - Cara Semak Baki AEON Credit Pinjaman Motosikal & Kereta Guna SMS 

Cara semak baki Aeon melalui SMS adalah seperti di bawah ini : 

taip AEON <jarak> [keyword] <jarak> 1234 hantar ke 63633
Contoh: AEON CCBAL 1234 hantar ke 63633 


Keyword Untuk Check Baki Loan AEON Credit :

Cara Semak Baki AEON Motor kereta

CCST, CCBAL, CCMIN, CCAVA dan CCACT adalah Keyword
 
Nombor 0000 itu pula adalah 4 digit terakhir untuk I.C atau passport yang si peminjam untuk Aeon kredit tersebut
Contoh format untuk check baki pinjaman motosikal kereta Aeon credit seperti yang telah diberitahu tadi iaitu : AEON<jarak>keyword<jarak>0000
Hantar mesej seperti guna SMS seperti biasa ke nombor 63633.

Kadar & Bayaran untuk setiap SMS : 
  • Caj Normal: RM0.15 setiap SMS diterima (maklumat berguna) 
  • Kadar SMS standard akan dikenakan untuk setiap SMS yang tidak berjaya diterima 
  • Kadar SMS standard adalah berdasarkan kepada pembekal rangkaian

#2 - Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Pinjaman Motosikal & Kereta Secara Online

Untuk cara semak baki pinjaman Aeon kredit untuk motor kereta secara online, ianya boleh dilakukan melalui website ini : https://www.aeoncredit.com.my/login 

Jika belum lagi mempunyai akaun online di website utama milik Aeon credit tersebut, boleh terus mendaftar melalui link ini:  https://www.aeoncredit.com.my/register

Cara Register Akaun Online AEON Credit Untuk Kali Pertama 

1. pergi ke link ini : https://www.aeoncredit.com.my/register

2. Isi borang pendaftaran mengikut detail yang di minta. 

Cara Semak Baki AEON Motor Kereta

3. Pilih soalan mengikut pilihan sendiri sebagai salah satu ciri keselamatan untuk akaun tersebut. Setiap jawapan untuk soalan ini hendaklah diingat dan sebaiknya pilih soalan yang memang mudah untuk di ingat jawapannya nanti. 
Cara Semak Baki AEON Motor Kereta

Nombor Telefon AEON Credit Jika Perlukan Bantuan 

Sekiranya mengalami kesulitan atau mempunyai soalan lain secara lebih detail, peminjam boleh terus menghubungi pihak AEON Credit secara terus melalui nombor +60 3-2719 9999

Cara Semak Baki AEON Motor

Itulah dia cara semak baki pinjaman AEON melalui SMS dan juga cara semak baki pinjaman motosikal kereta AEON kredit melalui online. 

Lepas ni para peminjam dah boleh semak berapa baki statement motor atau kereta dengan mudah. Jika di lihat pada cara di atas, cara membuat semakan baki pinjaman AEON untuk kereta motor melalui kaedah semakan secara SMS lebih senang dan mudah! 

Di harap perkongsian mengenai cara semak baki pinjaman motosikal kereta Aeon credit ini dapat membantu kalian di luar sana untuk membuat semakan dari rumah. 

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

2 comments for " Cara Semak Baki Loan AEON Credit Motor Kereta Dari Rumah"

  1. Setakat ini abe kie blom buat loan dgn Aeon sbb interestnya tinggi. Seram rasanya.

    ReplyDelete