Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Neelofa Baca Untuk Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan

Doa Neelofa Baca Untuk Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan | Dalam agama Islam, berdoa adalah salah satu ibadah. Neelofa, bila sebut saja nama ini terus terbayang rupa cantik manis Neelofa yang sememangnya sudah menjadi bualan sejak dulu hingga kini. 

Neelofa tidak hanya mempunyai kejayaan dalam dunia hiburan tetapi juga dalam bidang perniagaan sehingga berjaya melebarkan sayap ke tahap yang sangat tinggi. 

Neelofa Kongsi Amalan Doa Murah Rezeki 

Tika ditanya tentang tips kejayaan, Neelofa dengan ramah menjawab yang hidupnya sentiasa diamalkan dengan bacaan doa.

Doa yang dimuat naik oleh Neelofa dalam Instagramnya, dibaca sebagai doa memohon agar Tuhan mempermudahkan urusan hidupnya.

 Antara yang diberitahu olehnya, “Biasanya saya bangun dalam pukul 4.15 pagi, solat dan baca doa-doa rasul dulu. Kemudian saya sambung zikir sebab masa itulah suasana tenang dan sunyi."

Doa Neelofa Baca Tentang Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan


Rupanya Neelofa semakin hari semakin cuba mendalami ilmu agama dan sebagai bukti, kini Neelofa telah berhijrah dengan mengenakan niqab. Tidak hanya itu, saat ini pengacara popular Neelofa telah selamat dirisik dan bertunang dengan pendakwah PU Riz. 

Kehadiran PU Riz yang berjaya memaut hati Neelofa ternyata mendapat reaksi positif dari para peminat Neelofa sendiri. Rata-rata menganggap pilihan Neelofa adalah sangat tepat dan secara tidak langsung, ramai yang beranggapan bahawa perubahan Neelofa sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan dari PU Riz juga. 

Tambahan pula Neelofa turut rasa bersyukur kerana dapat berkongsi doa harian, tip fahami erti bacaan dalam solat termasuk perkara ilmiah yang sedang didalaminya satu demi satu dari masa ke semasa. Ini semua tidak lain untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. 

Doa Amalan Neelofa Selepas Solat Yang Menjadi Viral

Setelah berniqab ini, Neelofa sempat berkongsi satu doa yang sering dibacanya. Dan hasil dari perkongsian tersebut telah membuatkan doa Neelofa baca itu menjadi viral. 

Doa murah rezeki yang dikongsi oleh Neelofa telah menjadi viral dengan sekelip mata di media sosial. Ya lah siapa tak kenal dengan Neelofa tu.

Doa rezeki tak putus2 ini turut boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki dan doa dipermudahkan urusan juga. 

Doa Neelofa tentang rezeki tersebut berbunyi begini :


Doa rezeki seluas langit di bawah ini pula, seringkali juga di baca oleh Neelofa. 

Doa yang diamalkan oleh Neelofa ini elok juga untuk di baca selepas solat supaya rezeki melimpah ruah dan tak putus2. InshaAllah.

doa neelofa baca tentang rezeki

Di bawah ini merupakan sebahagian daripada wajah Neelofa dari mula berhijab sehinggalah ke tahap sudah berniqab seperti sekarang ini. 

Doa Neelofa Baca Tentang Rezeki

Doa Neelofa Baca Tentang Rezeki

Dari Hijab Ke Niqab Ada Levelnya

Bila lihat foto Neelofa di atas, pastinya kalian perasan bagaimana Neelofa bermula dari memakai hijab tanpa stokin tangan sehinggalah ke tahap hijab dilabuhkan, pakai sarung kaki, sarung tangan dan kemudiannya berniqab. Inilah juga fasa yang aku lalui sama seperti Neelofa saat mula-mula ingin berniwab dulu. 

Fasa 1 - aku pakai tudung sedia ada tetapi dengan gaya yang lebih labuh.

Fasa 2 - Mula pakai stokin kaki dan tangan dengan tujuan untuk menutup aurat pada bahagian kaki dan lengan.

Fasa 3 - mula beli tudung baru bersaiz labuh dan ketepikan tudung-tudung lama yang kurang sesuai.

Fasa 4 - selepas beberapa bulan dalam fasa 3, terus mula pakai niqab dengan izin suami. Alhamdulillah.

Peringatan Saat Berniqab

Setelah mengambil keputusan untuk berniqab, ada perkara lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya, tidak boleh makeup secara berlebihan sehingga boleh menarik perhatian orang lain dan mencemarkan nilai pemakaian niqab itu sendiri. 

Nak bermakeup boleh tapi biarlah sekadar sederhana supaya orang yang melihat tidak salah tanggapan yang niqab itu hanya untuk nampak menarik semata-mata (fesyen).

Tidak boleh juga memakai bau-bauan (minyak wangi) yang keterlaluan hingga boleh menarik perhatian orang lain. 

Aku sendiri saat keluar sekadar pakai deadorant untuk kurangkan peluh, losyen dengan tujuan untuk penjagaan dan kesihatan kulit serta perfume rambut untuk pemakaian hijab dan niqab yang lebih selesa. 

Ada juga sesekali pakai minyak wangi itupun sedikit dan tidak terlalu kuat baunya. 

Cantiknya Wanita Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna 

Doa Neelofa Baca Tentang Rezeki

The Power Of Doa

Amalan yang elok, baguslah dikongsikan untuk sama-sama dapat manfaatnya. Bila lihat wajah cantik Neelofa terus terbayang, betapa indahnya bidadari yang akan ada di syurga nanti. 

Neelofa sendiri aku lihat sudah cantik, apatah lagi bidadari di sana nanti yang sememangnya berkali ganda cantik dari ini. Dan betapa cantiknya juga firdausi yang Allah janjikan kelak! MasyaAllah. 

Yang pasti, ingatlah selalu yang doa merupakan senjata dan perisai kejayaan hidup setiap umat islam. Jadi, sebagai hambaNya, jangan pernah berhenti berdoa. Neelofa kini berniqab, mohon doa perjalanan baharunya dilindungi Allah. 

Tidak siapa dapat menyangkal betapa besarnya kuasa doa selain menakjubkan kerana ia lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati.

Doa merupakan senjata dan perisai kejayaan hidup setiap umat islam. Jadi, sebagai hambaNya, jangan pernah berhenti berdoa. Aamiin. 

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

1 comment for "Doa Neelofa Baca Untuk Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan "

  1. Sebelum ini saya bukanlah follower Neelofa. Sejak April 2020 semasa PKP saya mula follow Telegram dia. Memang perkongsian telegram dia amat menarik, banyak ilmu agama dan doa yang dia share. Sejak tu memang dah nampak perubahan dia sedikit demi sedikit sehingga lah akhirnya dia berniqab.

    ReplyDelete