Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lagu Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana Meletup

Lagu Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana MeletupDalam tempoh 24 jam dimuat naik di YouTube, video lagu Empat Dara 2020 nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana mendapat jumlah tontonan yang sangat banyak hingga tahap viral! Terlihat akan perkara ini, eh rasa teringin juga untuk tonton. Dah kenapa sampai banyak sangat jumlah tontonan ni? 

Rupanya lagu Empat Dara 2020 nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana ini telah diperkenalkan menerusi pentas malam kemuncak ABPBH 33, dan sebaik saja ia diperdengarkan, lagu 'Empat Dara 2020' ini ternyata mendapat banyak pujian ramai. 

Lagu Empat Dara 2020 : video dan lirik


“Dia Mintak Masuk, Kita Masuklah!,” Ayat yang ada di dalam lagu Empat Dara nyanyian Faizal Tahir bersama Elly Mazlein dan Zizi Kirana ini ternyata benar-benar mendapat sambutan yang baik hinggakan ayat 'Haa masuk' sudah mula disebut di sana sini terutama di dalam akaun media sosial milik nitizen. 

Lagu Empat Dara 2020 ini sebenarnya merupakan sebuah lagu klasik dengan tajuk judul yang sama (Empat Dara). Lagu asal ini merupakan ciptaan asal Atan Ahmad dan lirik oleh Ahmad Yusoh. Walaubagaimanapun, untuk Lagu Empat Dara 2020 ia telah diberikan suntikan baharu oleh Faizal Tahir

Lagu Empat Dara 2020 : video dan lirik

Faizal Tahir telah membuat sedikit perubahan pada muzik serta liriknya dan cetusan idea untuk bergandingan dengan Elly Mazlien yang sememangnya telah terkenal dengan watak lucu tak makan saman itu ternyata benar-benar menjadi. 

Empat Dara 2020 yang baru ini juga merupakan lagu terbitan Faithful Music dan untuk lagu ini Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Video lagu Empat Dara 2020 nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana dengan gabungan melodi dan lirik yang menarik ini ternyata sangat unik ketika dipersembahkan.

Video Muzik Rasmi Lagu Empat Dara 2020 


Lirik Lagu Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein 


Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Faizal masuk!!! 

Lagu Empat Dara 2020


[ FAIZAL TAHIR  ]

Satu dua tiga empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara

Semua anak dara
Jangan mudah percaya janji si teruna
Jangan mudah terpedaya dengan dunia
Hanya ilusi semata

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Haa Zizi masuk!!!


[ ZIZI ]

Boleh!!!
Satu dua tiga empat
Empat dara tunggu jebat
Mana teruna cuba dekat
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat


Empat tiga dua satu
Macam hitam merah jambu
Pilih bias mana satu
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu


[ ELLY MAZLEIN ]

Aku masuk!!!

Anak dara semua cantik melaram batik
Lembut berbahasa indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu
Empat dara duduk di tepi sungai
Hey duduk menjerat si ketam la batu


Maklumbalas Lepas Dengan Dan Tonton Video Lagu Empat Dara 2020


Lepas dengar dan tonton video lagu Empat Dara 2020 ini di Youtube, hmmm seronok juga. Lagi-lagi pada part 'haa masuk dan aku masuk' tu. Terasa lucu la pulak.

Lagu Empat Dara 2020 : video dan lirik


Walau lagi ini diberi sedikit sentuhan baru, namun ia nampak okay kerana sentuhan tersebut tidaklah keterlaluan. Yelah, lagu lama klasik kalau terlalu tukar sangat rasa tak best juga kan. 

Tahniah untuk Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana untuk LEmpat Dara 2020 yang berjaya meletup sampai tahap viral buat masa ini. 

3 comments for "Lagu Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana Meletup "

  1. Yang Sis ingat, lagu ni dinyanyikan oleh Noraniza Idris tapi tak tau laa penyanyi asalnya siapa, sebab arwah Sharifah Aini pun pernah nyanyikan juga..

    ReplyDelete
  2. Kelakar la dia punya VC. . Lagu pun best.

    ReplyDelete
  3. Kenapalah 4 anak dara nak menjerat ketam batu?

    ReplyDelete