Pageviews Blog Cecah 13 Juta, Ini Cara Kekalkan Trafik | Alhamdulillah, selepas berjaya mencapai pageviews sebanyak 10 juta pada bulan Jun/2020 yang lalu, kini blog ini telah berjaya mencecah sebanyak 13 juta pageviews. Seperti yang pernah daku sebut, perkara ini merupakan satu pencapaian untuk seorang blogger kerana ia melibatkan susah payah si blogger untuk terus menulis di blognya. 

Perkongsian dalam bentuk entry (artikel blog) untuk berkongsi tentang hasil pageviews sebanyak 13 juta seperti ini juga demi untuk menyimpan kenangan gembira di sini. Ya Allah, terasa makin berbaloi segala penat lelah selama hampir 4 tahun menjadi blogger (Januari 2021, genap 4 tahun usia blog ini). 

Pageviews Blog Cecah 13 Juta
Pageviews Blog Cecah 13 Juta


Blog Sis Hawa Dot Com ini sebenarnya masih baru jika hendak dibandingkan dengan blog yang lain. Kerana itu daku sama sekali tak menyangka boleh berada dikalangan mereka yang telah berjaya dengan pencapaian pageviews blog tahap juta-juta seperti ini. Kerana itu tatkala pageviews berjaya naik dari 1 juta ke 1 juta yang berikutnya, hati rasa happy yang amat sangat.

Semua ini tak akan boleh di capai tanpa kehadiran para pengunjung (visitors) yang sudi singgah untuk baca blog ini. Sesungguhnya seorang blogger tak akan berjaya membina blognya tanpa kehadiran para pembaca seperti kalian. 

Apakah Cabaran Yang Dihadapi Oleh Seorang Blogger?

Banyak! Terlalu banyak! Dan cabaran ini sebenarnya ada kaitan dengan diri si blogger itu sendiri. Antara cabaran yang paling besar adalah untuk mengekalkan prestasi supaya terus rajin menulis blog sebagai bahan bacaan para pembaca blog. 

Bukan mudah sebenarnya untuk terus update blog dari masa ke semasa dengan konsisten. Lagi-lagi dengan title sebagai seorang ibu kepada anak yang seramai 6 orang ini. 

Namun, disebabkan minat dan juga pulangan yang agak lumayan dari blog, maka blog ini boleh dianggap sebagai satu tugas kerjaya yang mesti terus dilakukan. Nak tak nak kena juga cari masa. Mujurlah minat memang dari dulu suka menulis dan menaip, maka bolehlah terus berblog dan tak sangka, kejap je rasa tapi dah hampir 4 tahun lamanya. 

Oleh kerana itu, jangan terkejut jika blogger rasa seronok yang amat sangat saat pencapaian pageviews mencapai juta juta begini. Semakin naik jumlah PV , semakin semangat untuk terus update blog dengan artikel yang baru. 


Pageviews Blog Cecah 13 Juta

Bagaimana Cara Kekalkan Trafik Blog?

Cara kekalkan trafik blog ini boleh juga dianggap sebagai cara untuk tingkatkan trafik blog. Nak naikkan jumlah pembaca (traffic / trafik) memang satu perkara yang tidak mudah. 

Daku sendiri saat mula menulis blog dahulu terasa juga detik kepayahan tu. Selepas berapa lama, alhamdulillah nampak trafik blog ini meningkat sedikit demi sedikit hingga berjaya mencecah 1 juta pertama sehingga kini sebanyak 13 juta pageviews. 

Antara cara yang dilakukan untuk kekalkan trafik seperti sekarang ini adalah :

  • terus paksa diri untuk cari masa bagi menulis di blog.
  • cuba kawal diri untuk tidak mengalah dan berputus asa jika trafik blog tiba-tiba menurun.
  • sentiasa mencari bahan penulisan apa yang ingin dikongsikan dengan pembaca.
  • banyakkan membaca untuk menambah ilmu supaya gaya penulisan menjadi lebih baik
  • jika blogger, kunjungi blog orang lain untuk melihat gaya pembawaan blog mereka
  • jangan tulis berita yang tidak pasti kesahihahannya 
  • tulis perkara yang baik dan boleh membawa manfaat kepada sesiapa yang membacanya 
  • rajinkan juga untuk share link blog sendiri di laman media sosial yang lain 

Pageviews Blog Cecah 13 Juta


Tips Penting Untuk Seorang Blogger 


#1 - Nak berjaya sebagai seorang blogger, diri sendiri kena konsisten dan sungguh-sungguh untuk bergelar seorang penulis blog

#2 - Pageviews cecah angka juta bukan untuk berlagak tetapi untuk tersenyum lega dan lebih bersyukur kerana hasil susah payah selama ini terbalas. 

#3 - Jangan tulis dengan cara untuk syok sendiri sebaliknya menulis dengan mengambil kira perasaan si pembaca kerana kata-kata penulisan ini tidak ubah seperti mata pedang yang bila-bila masa boleh memberi impak pada seseorang. 

#4 - Jangan sesekali ada sikap dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya kita jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjaya sepertinya. Inilah antara perkara utama yang daku sering pesan di dalam team komuniti blogger #Biters. 

Hasilnya alhamdulillah ramai telah berjaya meningkatkan prestasi blog hingga berjaya melonjakkan pendapatan Adsense di blog masing-masing.

Pageviews Blog Cecah 13 Juta
Hasil pendapatan Adsense blog Sis Hawa Dot Com 


Masih Belum Berjaya Capai Trafik Tinggi? Jangan Putus Asa! Semua Blogger Pernah Berada Pada Tahap Yang Sama!

Itulah serba sedikit perkongsian berkaitan pageviews blog ini yang telah berjaya mencecah tahap 13 juta. Seperti yang daku telah katakan tadi, ini bukan untuk berbangga diri sebaliknya sebuah perkongsian tanda bersyukur atas segala usaha dan dalam masa yang sama supaya dapat memberi semangat untuk rakan blogger lain terus berblog.

Trafik yang tinggi boleh memberi pulangan hasil blog dari Adsense dan Innity dengan lebih banyak lagi. Jadi, jangan putus asa dan teruskan update blog dari masa ke semasa. Jika benar-benar tak ada masa sekalipun, cubalah curi masa sedikit sekadar ada. 

Moga terus berjaya dan sama-sama kita terus menulis blog kerana ia bermula sekadar hobi tapi boleh membawa pulangan yang besar jika dibuat dengan sepenuh hati. 









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.