Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai (Mudah Sangat, 15 Minit Siap!)

Resepi Sayur Air Pedas & Sayur Rebus Manis Kulit Tembikai (Mudah Sangat, 15 Minit Siap!) | Kulit tembikai masak tumis air, sedap ke? Haaa kalau nak tahu ini adalah salah satu menu masakan kampung yang sangat sedap. Cukup terkenal di utara cuma di sana mereka masak bersama dengan siput mentarang. 

Antara menu yang boleh dimasak dengan kulit tembikai ni, memang banyak tau.. antara resepi yang boleh di masak dengan kulit tembikai ni adalah :

  • kerabu kulit tembikai
  • sayur pedas kulit tembikai
  • sayur rebus kulit tembikai (disebut juga sebagai sayur air) 
  • kulit tembikai masak lemak
  • asam pedas kulit tembikai
  • air asam kulit tembikai (makan dengan ikan bakar)

Untuk artikel ni, daku kongsikan resepi sedap dan mudah cara untuk buat sayur air kulit tembikai. Ada yang panggil sayur rebus. Cuma daku buat ni versi pedas-pedas sikit. Bagi yang belum pernah cuba masak dan makan kulit tembikai, bolehlah cuba masak dengan ikut resepi sayur air atau sayur rebus kulit tembikai macam cara yang daku buat. Mudah je! Tak susah pun! 

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

Jom Cuba Resepi Mudah Kulit Tembikai Masak Air Pedas Ni

Untuk masak kulit tembikai dengan kaedah sayur air ini, ada dua versi yang boleh kita gunakan. Versi pertama resepi sayur air pedas kulit tembikai dan versi ke dua, resepi sayur air manis kulit tembikai. 

VERSI 1 : RESEPI SAYUR AIR PEDAS KULIT TEMBIKAI 


Langkah 1 : Buang bahagian hijau kulit tembikai (ambil hanya bahagian putih dan merah) 

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai



Langkah 2 : Bahagian putih merah tu potong serong nipis memanjang (ketepikan sekejap)

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

Langkah 3 : Tumbuk 1 ke 2 biji bawang merah besar (jika guna bawang merah kecil dalam 4 ke 5 biji) hingga halus

Langkah 4 : Masukkan secubit lada hitam yang telah dibersihkan (anggaran lebih kurang 20 ke 30 biji gitu) , tumbuk bersama bawang yang telah lumat tadi. Lada hitam tak betul-betul lumat halus pun tak apa. 

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai


Langkah 5 : Potong 2 biji cili kering dan basuh hingga bersih 

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai


Langkah 6 : Masukkan semua bahan ke dalam periuk / kuali, dan letakkan 1 sudu kecil garam

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai


Langkah 7 : Masukkan air cukup-cukup utk tenggelamkan kulit tembikai tu. Jangan letak air banyak sangat nanti hilang rasa manis pada kulit tembikai. Setelah siap semuanya, boleh hidupkan api dapur dan tunggu hingga mendidih. 

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai


Langkah 8 : 
Setelah sayur mendidih, boleh masukkan udang atau sotong (jika mahu). Jika nak guna ikan bilis atau udang kering pun boleh tapi pastikan tumbuk dulu ikan bilis atau udang kering tu.

Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

 
Langkah 9 : Gaul sekejap, dan bila kulit tembikai kelihatan benar-benar telah lembut, boleh perasakan dengan sedikit lagi garam bersama serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. 


VERSI 2 : RESEPI SAYUR AIR MANIS KULIT TEMBIKAI 


Langkah 1 : Buang bahagian hijau kulit tembikai 

Langkah 2 : Bahagian putih tu ambil dan potong serong nipis memanjang (ketepikan sekejap)

Langkah 3 : Potong halus 1 ke 2 biji bawang merah besar (jika guna bawang merah kecil dalam 4 ke 5 biji) 

Langkah 4 : 
Masukkan semua bahan ke dalam periuk / kuali, dan letakkan 1 sudu kecil garam bersama dengan 2 inci belacan. 

Langkah 5 : Masukkan air cukup-cukup utk tenggelamkan kulit tembikai tu. Jangan letak air banyak sangat nanti hilang rasa manis pada kulit tembikai. 
Setelah siap semuanya, boleh hidupkan api dapur dan tunggu hingga mendidih. 

Langkah 6 : 
Setelah sayur mendidih, boleh masukkan udang atau sotong (jika mahu). Jika nak guna ikan bilis atau udang kering pun boleh tapi pastikan tumbuk dulu ikan bilis atau udang kering tu. 
 
Langkah 7 : Gaul sekejap, dan bila kulit tembikai kelihatan benar-benar telah lembut, boleh perasakan dengan garam lagi jika suka. 

SIAP!!! Anggaran masak sayur air pedas kulit tembikai dan sayur rebus manis kulit tembikai ni hanya dalam masa 15 minit saja. Senang sangat-sangat! Bahan yang diperlukan pun tak banyak. 

Rupa Sayur Air Pedas Kulit Tembikai Yang Telah Siap 


Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

Khasiat kulit tembikai daku tak pasti, yang daku tahu jika nakkan sayur kulit tembikai yang lebih sedap, masa ambil isi tembikai tu, pastikan tinggal sedikit bahagian merah isi tembikai pada kulit. Simpan kulit di dalam peti ais dan bolehlah masak bila perlu. 

Tapi kulit tembikai ni tak boleh di simpan lama tau, seeloknya dalam masa 24 ke 36 jam saja. Lebih dari tu, ia akan berasa masam (dah rosak la tu). 

Itulah dia resepi sedap dan mudah untuk tumis air kulit tembikai versi pedas dan manis. Lepas ni bila beli buah tembikai tu, kulitnya jangan dibuang. Boleh buat sayur kulit tembikai. Dah jimat kan! 

Ohya, rasa sayur kulit tembikai ni lebih manis dari sayur labu air dan teksturnya juga lebih crunchy keras berbanding dengan sayur labu air yang lembik setelah di masak. Resepi kulit tembikai ini juga boleh dianggap sebagai salah satu resepi masakan kampung yang memang dah lama ada. Menu orang-orang kampung ni kreatif dan sedap sebenarnya. Cuma kadangkala kita terlepas pandang. 

Okaylah, selamat mencuba!!! 

3 comments for "Resepi Sayur Air Pedas Kulit Tembikai (Mudah Sangat, 15 Minit Siap!) "

  1. Pernah makan kerabu kulit timun cino ni jer..sedap!

    ReplyDelete
  2. Memang sedap masak rebus air je kulit tembikai ni. Makan dengan nasi sup banjir. Pehhh, yummy!

    ReplyDelete